Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Thursday, June 7, 2012

Anak gadis belum khatan

SAYA seorang ibu kepada anak perempuan yang berumur tiga tahun. Masalah yang dihadapi sekarang ialah anak saya itu masih belum dikhatankan kerana dia mengalami ekzema yang teruk membabitkan seluruh badan dan juga kemaluannya semasa bayi.
Hingga kini ekzema itu masih belum sembuh. Ekzema itu menyakitkan apabila terkena air di tubuhnya dan merumitkan apabila menyuci najisnya.

Apa hukumnya jika saya lambat khatan anak saya itu? Saya ada tanya beberapa klinik, tapi memberi jawapan mereka hanya khatan bayi bawah umur dua tahun saja.

ANA,

Kuala Lumpur



TERMASUK dalam perkara sunat bagi anak lelaki dan perempuan ialah berkhitan.

Ini jelas apabila Rasulullah s.a.w bersabda: “Lima perkara termasuk (sunnah-sunnah) fitrah: khitan, mencukur bulu kemaluan, memendekkan kumis, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.” (Muttafaq ‘alaih).

Bagaimanapun, terdapat perbezaan hukum antara mazhab berkhitan atau bersunat.

Mazhab Shafie menganggap berkhitan sebagai wajib bagi kedua-dua anak lelaki dan perempuan.

Ia mempunyai beberapa hikmah, antaranya bagi menjaga kebersihan diri, kesihatan dan kehormatan bagi wanita.

Mazhab Hanafi menganggap berkhitan hanya sunat.

Manakala mazhab Hanbali menghukumkan wajib bagi anak lelaki dan sunat bagi anak perempuan.

Berdasarkan pendapat hukum di atas dan kes yang berlaku kepada anak puan, berkhitan boleh ditangguhkan sehingga penyakit anak itu sembuh atau reda.

Walaupun berkhitan biasanya dilakukan semasa anak masih kecil, ia boleh ditangguh sehingga berumur tujuh tahun atau sebelum baligh bagi anak lelaki.

Puan boleh berhubung dengan pihak hospital sekiranya klinik tidak dapat melakukannya.

Berkhitan sebenarnya hanya membabitkan prosedur kecil yang tidak memudaratkan.

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...