Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Friday, January 25, 2013

Akhirat Itu Dekat

Seorang yang terkenal dengan ilmunya yang luas serta mempunyai murid yang ramai. Bukan sedikit para tabi'in yang mengambil riwayat darinya seperti Sufyan bin 'Uyainah, Sufyan Atsauri, Sa'id bin Musayyib dan ramai lagi. Sebagai seorang penidik, dia sering menasihati muridnya untuk tetap teguh berjalan di atas kemuliaan dan menjaga akhlak. Melalui keduanya inilah ilmu itu terjaga kebersihannya. 

Pada suatu ketika beliau berkata : "Sesungguhnya engkau tidak akan mampu menjadi orang yang berilmu kecuali jika memiliki tiga sifat ini. Pertama, tidak sombong kepada orang yang lebih tinggi di atasmu. Kedua, tidak menghina orang yang lebih rendah darimu. Dan ketiga, engkau tiak mencari dengan ilmumu itu kesenangan dunia." 
Beliau juga pernah menasihati anaknya, dengan ungkapan : "Wahai anakku, ikutilah orang yang takut kepada Allah dalam bersendirian, menjaga diri dari perbuatan yang tercela. Yang berbuat baik sewaktu muda dan tidak menundanya hingga usia senja. Anakku, setiap matahari terbit, datang hari baru. Setiap itu dalam diri manusia bertarung antara ilmunya dan hawa nafsunya. Jika ilmunya menang, beruntunglah dia. Tapi jika hawa nafsu menang, celakalah dia." 

Ketaatan setiap saat 
Qanaah dan zuhud merupakan salah satu sifat beliau yang menonjol. Dengan begitu yakin beliau berkata : "Sesungguhnya dunia itu ada dua bahagian. Sebahagian untuk aku dan sebahagian lagi untuk orang lain. Apa yang untuk orang lain tidak akan mampu aku perolehi walau dengan apa cara sekali pun. Sesungguhnya rezeki orang lain tidak akan atang paaku, sebagaimana rezekiku tidak akan lari ke tangan orang lain." 
Pada waktu yang lain beliau pernah mengungkapkan: "Aku hanya memiliki ua harta. Tsiqah (percaya sepenuhnya) kepada Allah dan tidak mengharap apa yang ada di tangan orang lain. Jika apa yang sederhana dari dunia ini tiak mampu mencukupi engkau, maka tiak ada sesuatu di dunia ini mampu memuaskan hatimu. 
Suatu hari ketika musim sejuk tiba, isteri beliau dengan hormat menyampaikan bahawa mereka perlu menyiapkan pakaian, makanan, kayu bakar dan keperluan lain untuk menghadapi musim sejuk yang semakin hampir. Namun beliau menasihati isterinya : "Apa yang kau minta itu sebahagiannya memang perlu. Tetapi jangan lupa siapkanlah untuk sesuatu yang pasti terjadi. Iaitu kematian, kemudian hari kebangkitan, seterusnya berdiri di hadapan Allah, seterusnya syurga atau neraka�" 
Ketaatannya pula menyebabkan orang yang melihatnya menjadi hairan. Malah ada yang menganggap ketaatannya itu suatu yang terlalu berlebih-lebihan. Ketika mendengar komen yang sedemikian rupa, beliau menjelaskan : "Bagaimana aku tidak beramal seperti ini, seangkan aku diintai oleh 14 jenis musuh. Empat di antaranya adalah syaitan yang memperdayakan, mukmin yang dengki, orang kafir yang ingin membunuh dan munafik yang benci. Manakala yang sepuluh lagi adalah kelaparan, kehausan, kepanasan, kedinginan, kekurangan pakaian, tua, kemiskinan, kematian dan satu lagi yang namun yang paling mengerikan, neraka. Aku tidak mungkin melawan semua itu kecuali dengan senjata yang baik. Dan aku tidak melihat senjata itu kecuali taqwa kepada Allah SWT." Tambah beliau lagi : "Jika engkau dibenci oleh seorang muslim, lebih baik bagimu daripada dicintai orang yang fasik." 
Beliau sering membersihkan dirinya dari segala penyakit hati, seperti ujub, takabbur dan sebagainya. Beliau menyedari bahawa semua amalnya akan menjai sia-sia dengan setitik nila yang menguasai dirinya. Beliau mengungkapkan kata-kata tentang perkara ini : "Sesungguhnya ada orang yang berbuat baik namun merasa sombong dan yakin amalnya iterima Allah. Sementara ada orang yang melakukan kesalahan, tetapi hatinya terseksa kerana takut kepada Allah. Padahal boleh jai Allah membinasakan amal orang yang pertama dan mewafatkan orang keua dalam keadaan bertaubat kepaa Nya." 
Inilah asas-asas utama yang digunakan beliau untuk menata hatinya. Betapa ia sangat takut kalau amal-amal yang ilakukannya tidak iterima Allah SWT. 

Memandang Dunia 
Beliau pernah mengatakan : "Sesungguhnya urusan agama dan dunia amat berat. Urusan agama, engkau menanggungnya sendiri. Sedang urusan dunia, setiap kali tanganmu hendak mencapainya, sudah ramai orang yang mendahuluinya." Meskipun demikian, dia tetap meletakkan segalanya di atas neraca yang benar. 
Suatu hari, Abdur Rahman bin Zaid datang menemui beliau dan meminta nasihat tentang keadaan hatinya yang terlalu cinta kepada dunia. Setelah mengetahui maksud rakannya itu, beliau berkata, "Saudaraku, soal suka kepada dunia, aku sendiri tidak mampu untuk mencelanya. Hatiku juga telah dijadikan Allah suka kepada sebahagian arinya. Namun mudah-mudahan bukan kerana fitrah ini menggugat diri kita. Yang penting, rasa suka itu jangan sampai menjadikan kita melakukan perkara yang dimurkai Allah. Sebagaimana pula keengganan kita kepada dunia, jangan sampai menjadikan kita menolak apa-apa yang disukai Allah. Jika kita mampu menata hati kita sedemikian rupa, nescaya rasa suka kita kepada dunia tidak akan memberi mudharat apa-apa kepada kita." 
Sesungguhnya inilah sikap yang mulia. Dengan berbekalkan sikap inilah manusia akan mampu menemui bahtera yang menyelamatkan dirinya dalam mengharungi lautan ombak dan badai kehidupan dunia yang fana ini. 
Walau pun mencintai dunia di atas neraca yang benar dibolehkan, beliau tetap meyakini bahawa dunia adalah godaan yang begitu mudah memungkinkan manusia itu tergelincir dari landasan yang betul. 
"Banyak perkara-perkara kecil dari urusan dunia yang boleh melalaikan urusan-urusan besar di akhirat," katanya. Oleh itu, di luar keperluan normal, beliau tetap memandang dunia sebagai sesuatu yang yang tidak seberapa berbanding kehidupan akhirat. Perhatikanlah kata-katanya ini : "Apalah ertinya dunia ini, yang telah berlalu adalah mimpi. Dan yang tersisa adalah khayalan dan harapan." 
Dalam menghadapi hidup yang penuh dengan kekejian dan kotor ini, beliau telah menunjukkan suatu rumusan ringkas yang berbunyi: "Apa yang kau lihat akan membawa kepad kebaikan, lakukanlah. Walau pun orang lain memandang itu buruk. Dan apa saja yang kau lihat akan membawa kamu kepada kebinasaan, tinggalkanlah. Meskipun orang lain memandangnya suatu kebaikan." 
Pada ketika lain beliau juga pernah mengatakan : "Ada dua langkah mudah untuk mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat. Lakukanlah apa yang kau benci jika hal itu adalah sesuatu yang disukai oleh Allah. Dan tinggalkanlah apa yang kau sukai jika hal itu adalah sesuatu yang dibenci oleh Allah." 
Nikmat yang dianugerahkan Allah kepada manusia tidak selamanya bererti menjai tanda cinta Allah kepadanya. Demikian juga musibah dan bencana yang ditimpakan Nya kepada para hamba, belum tentu menjadi bukti kebencian Nya kepaa hamba tersebut. Hanya seorang mukmin yang beriman dengan sebenarnya, yang mampu merasakan bahawa segala yang ditetapkan Allah atas dirinya adalah yang terbaik bagi dirinya. 
Oleh itu, beliau telah memberi nasihat kepada kita akan pentingnya mensyukuri nikmat dan kurnia Allah. Meyakini bahawa apa yang diberikan oleh Allah adalah kebaikan yang tidak terkira jika dibandingkan dengan kesulitan yang di alami manusia. Pesan beliau : "Barangsiapa mengetahui hakikat dunia, tidak akan terlalu gembira dengan nikmat dunia dan tidak akan berdukacita dengan musibahnya." 

Sikap Beliau Terhadap Penguasa 
Beliau meyakini bahawa terlalu hampir dengan penguasa pada zamannya boleh meerosakkan agama. Oleh itu beliau terkenal dengan ketegasan dan kekerasan sikapnya terhaap para penguasa. Malah beliau benci kepaa para ulamak yang mengakrabkan diri dengan para penguasa. Kadang-kadang sikap beliau ini dipandang "aneh" pada pandangan ulamak lain. Namun dengan tegas dan tegar beliau berkata: "Sebaik-baik penguasa adalah yang mencintai ulamak. Dan seburuk-buruk ulamak adalah yang mencintai penguasa." 
Pada suatu ketika beliau telah diminta oleh Sulaiman bin Abdul Malik (salah seorang pemerintah Bani Umayyah) untuk menasihati diri Sulaiman. Peluang dan kesempatan keemasan ini tidak beliau sia-siakan. Begitu panjang lebar beliau menyampaikan nasihat, di antaranya : "Wahai Amirul Mukminin, kita takut kepada kematian, kerana kita memakmurkan dunia dan menggersangkan akhirat. Akhirnya, kita pun enggan meninggalkan tempat yang makmur menuju tempat yang gersang tadi. Sesungguhnya orang-orang yang soleh ketika mengadap kepada Allah adalah bagaikan orang yang pulang kepada keluarganya dengan penuh kerinduan kerana telah musafir begitu jauh. Adapun orang yang tidak baik ketika kembali mengadap Allah adalah bagaikan seorang hamba yang melarikan diri dari Tuannya, lalu ditangkap dan diheret pulang." 
Nasihat yang begitu menyentuh hati itu menyebabkan Sulaiman tidak mampu menahan deraian dan esakan tangisnya. Semakin lama tangisan itu semakin kuat. Ketika itu beliau menambah lagi nasihatnya : " "Wahai Amirul Mukminin, orang yang paling mulia adalah yang paling bertaqwa. Orang yang berakal adalah orang yang taat kepada Allah, beramal dan mengajak orang kepada ketaatan itu. Manakala orang yang paling bodoh adalah orang yang zalim lagi tenggelam dalam hawa nafsunya. Ia rela menjual akhiratnya dengan hawa nafsunya." 

Kembali Mengadap Ilahi 
Jiwa yang mulia ini telah mengisi peranan usianya dengan berjaya dan cemerlang. Akhirat yang dekat menjadikannya beliau sentiasa mengingati kematian setiap saat. Pernah suatu hari beliau berkata penuh tawadhu' kepada muridnya Abu Dawud Addhorir : " Kita ini tidak mahu mati sebelum bertaubat. Padahal kita tidak mahu bertaubat kecuali setelah kematian itu datang. Ketahuilah, kematian orang seperti kita ini tidak akan menggoncangkan keadaan. Sesungguhnya diri kita itu kecil, maka kenalilah dirimu baik-baik." 
Begitulah, teladan agung itu mengakhiri hidupnya. Meninggalkan suri teladan harum mewangi sepanjang zaman. Ketika ajalnya menjemput, Mutharrif, yang menunggunya sempat bertanya: "Bagaimana keadaan engkau wahai saudaraku?" Dengan tenang beliau menjawab, "Aku dalam keadaan baik. Penuh pengharapan kepada Allah, berbaik sangka kepada Nya. Demi Allah, tidaklah sama orang-orang yang pergi pagi pulang petang demi menyiapkan kampung akhiratnya dengan orang yang pergi pagi pulang petang hanya demi kemakmuran dunianya." 
Pada tahun 140 Hijriah, beliau pergi menemui Kekasihnya. Kembali kepada Tuannya menanti balasan segala jerih payahnya yang tidak akan sia-sia. Diri yang mulia ini adalah Salamah bin Dinar atau lebih dikenali sebagai Abu Hazim

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...