Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Thursday, May 24, 2012

Kenal pasti status surau

Masjid adalah premis yang digunakan oleh umat Islam bagi menunaikan solat Jumaat dan solat fardu, di samping pelbagai kegiatan pengimarahan masjid. - Gambar hiasan



SOLAT Jumaat yang sinonimnya dilakukan di masjid kian menjadi tanda tanya bagi umat Islam apabila kebanyakan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) membenarkan ia diadakan di surau.
Malah, ramai yang sering keliru dan mempersoalkan mengenai hukum permasalahan tersebut. Apatah lagi surau itu terletak berhampiran dengan masjid yang juga diadakan solat Jumaat di dalam satu kawasan.
Bahkan, mengikut Mazhab utama yang diamalkan di negara ini iaitu Mazhab Syafie memutuskan, tidak berlaku solat Jumaat kecuali dengan bilangan 40 orang lelaki mukalaf yang bermastautin. Tidak sah juga solat Jumaat dalam satu kariah (mukim) jika terdapat dua lokasi solat Jumaat yang berbeza.
Namun begitu, sejak kebelakangan ini, seperti satu trend semasa, semakin banyak surau-surau di sesuatu kawasan terutamanya di bandar mahupun di pusat membeli belah didapati turut diadakan solat Jumaat.
Fungsi surau terus dinaik taraf sehingga hampir menyamai fungsi masjid.
Ia secara tidak langsung memberi kesan dan mengelirukan pegangan segelintir umat Islam di negara ini untuk mengerjakan ibadat wajib pada setiap hari Jumaat itu dengan yakin.
Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid menjelaskan, orang ramai tidak perlu keliru dan was-was untuk menunaikan solat di surau yang mengadakan solat Jumaat.
Ini kerana ia di telah disepakati oleh ulama dan Majlis Fatwa Selangor untuk membenarkannya dengan disandarkan kepada hujah tiga Mazhab lain.
Bagaimanapun katanya, ia mestilah mendapat kelulusan daripada JAIN sebelum diadakan solat Jumaat, dan jawatankuasa surau perlu mematuhi segala arahan yang diberikan.
"Terdapat tiga lokasi utama yang dibolehkan untuk mengadakan solat Jumaat, iaitu masjid, surau yang dinaik taraf dan surau solat Jumaat sementara.
"Bagi masjid memang tiada masalah dan menjadi kelaziman kita bersolat Jumaat di masjid. Tetapi surau yang dinaik taraf serta surau solat Jumaat sementara perlulah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Qaryah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," katanya.
Menurut persepakatan tersebut, antara syarat yang ditentukan bagi menaik taraf surau untuk melakukan solat Jumaat ialah, ruang masjid di sesuatu mukim tidak lagi mampu menampung kapasiti jemaah di sesuatu kawasan, masjid terletak terlalu jauh daripada kawasan perkampungan dan keperluan yang mendesak.
"Pihak Jawatankuasa Qaryah, JAIS akan melakukan siasatan sebelum memberi kelulusan kepada surau yang memohon untuk dinaik taraf tersebut mengikut keperluan.
"Sekiranya ia didapati perlu mengikut keperluan di kawasan tersebut, maka tiada masalah kepada JAIS bagi membenarkan surau tersebut untuk dinaik taraf. Tetapi ia perlulah mematuhi peraturan yang ditetapkan JAIS," jelasnya.
Surau yang telah dinaik taraf untuk mengadakan solat Jumaat juga menurutnya, perlulah sentiasa diimarahkan dengan aktiviti ibadah dan solat lima waktu dan wajib membaca khutbah yang disediakan oleh JAIS.
"Surau yang diberi kelulusan naik taraf mesti mematuhi syarat yang ditetapkan JAIS seperti sentiasa diimarahkan dengan mengerjakan solat lima waktu. Untuk menyeragamkan bacaan khutbah, JAIS turut menyediakan salinan teks khutbah untuk dibaca di seluruh Negeri Selangor.
"Khutbah yang disediakan itu adalah dikira paling sesuai dengan semua peringkat umur dan tidak cenderung kepada mana-mana pihak.
"Ini kerana seramai 12 orang pakar bidang agama yang dilantik untuk menyediakan teks khutbah tersebut dengan menjalani beberapa tapisan lain untuk memastikan salinan khutbah itu benar-benar tiada kesalahan," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...