Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Thursday, May 24, 2012

Demi kemudahan penduduk setempat

JEMAAH tidak perlu lagi mengambil masa yang lama dengan melalui jalan jauh untuk pergi ke masjid menunaikan solat Jumaat, ditambah pula cuaca yang tidak menentu seperti hujan.
"Ini kerana, kemudahan syariat Islam yang membenarkan solat Jumaat dilakukan di surau meringankan penduduk setempat untuk menunaikan solat Jumaat dengan sempurna," kata pengerusi Surau Al-Madrasah Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, Datuk Abdul Manan Endon.
Beliau yang telah memegang jawatan sebagai pengerusi surau itu sejak enam tahun lalu berkata, melihat kepada keperluan di kawasan setempatnya, Abdul Manan dan jawatankuasa surau membuat permohonan untuk menaik taraf surau menjadi surau solat Jumaat.
Walaupun permohonan tersebut pernah ditolak pihak berkuasa, namun usaha ini tidak terhenti, demi kemudahan penduduk setempat.
"Surau ini telah mengadakan solat Jumaat kira-kira lima tahun lalu. Permohonan ini dibuat bagi membantu penduduk setempat untuk menunaikan solat dengan mudah dan cepat kerana berhampiran dengan kawasan perumahan.
"Pada peringkat awal, permohonan menaik taraf surau ini pernah ditolak oleh Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) kerana kekurangan beberapa dokumen yang diperlukan. Tetapi apabila lengkap segala dokumen, akhirnya surau ini diberi kelulusan untuk mengadakan solat Jumaat," katanya.
Ini menunjukkan prosedur ketat yang diambil kira oleh Jabatan Agama Islam sebelum meluluskan sesuatu permohonan terutamanya berkaitan dengan ibadah.
"Syukur, selepas surau ini diberi kelulusan untuk mengadakan solat Jumaat, jemaah di surau ini juga semakin bertambah dari semasa ke semasa. Pada mulanya hanya kira-kira 300 jemaah sahaja, tetapi kini hampir 800 jemaah hadir untuk menunaikan solat Jumaat," katanya.
Di samping memberikan banyak kelebihan, surau Jumaat ini turut menjadi lokasi program kemasyarakatan bersama penduduk.
"Surau ini sentiasa aktif dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Sebagai contoh, pada setiap malam kecuali malam minggu, kita mengadakan ceramah dengan memanggil ustaz yang mahir dalam bidang masing-masing.
"Kita juga mengadakan aktiviti mengikut kalendar atau tarikh penting bagi umat Islam, seperti Maulidur Rasul, Maal Hijrah dan banyak lagi," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...