Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Sunday, December 1, 2013

Mitos Yang Dipercayai Kera Bertudung (Free Hair Wajib Baca)


Kamus Dewan Serbaguna

Kera:

1. Sejenis haiwan spesis monyet.
2. Analogi peribahasa: Bermaksud individu yang jahil dalam memahami dan menghayati sesuatu.
3. Konteks blog ini: Wanita yang mempermainkan kewajiban tudung, bertudung secara pura-pura, bertudung tidak sungguh-sungguh dan bertudung demi fesyen.

Mitos Yang Dipercayai Kera Bertudung (Free Hair Wajib Baca)

Anda tahu apa itu mitos. Mitos adalah kepercayaan karut atau yang tidak mempunyai asas.

Kera bertudung dan wanita-wanita Islam 'free hair' mempercayai satu kenyataan mitos. Berpegang pada mitos ini, mereka mempertahankan tindakan mereka untuk kekal "free hair" dan bertudung sambil memakai pakaian sendat dan ketat.

Mitos tersebut adalah:

Tudung itu bukan paksaan. Tidak bertudung pun tidak mengapa, asalkan hati baik..Kalau bertudung pun tetapi hati busuk buat apa ?

Hujah membatalkan mitos:

Tuntutan diri seorang Muslim Muslimah terbahagi kepada 2 iaitu kewajiban zahir dan batin. Kedua-dua kewajiban insan ini sama penting di dalam Islam. Ibarat menilai sebiji buah, semua pembeli akan memandang bukan sahaja kualiti isinya, tetapi juga kecantikan kulit luarnya. Islam menyuruh setiap wanita Islam agar menutup aurat dan juga menjaga akhlak dalaman mereka pada masa yang sama. Tidak berkualiti jika menutup aurat tetapi hati busuk dan juga tidak berkualiti jika hati baik tetapi tidak menutup aurat.

Perlu diingat bahawa tiada insan yang mampu sampai ke tahap sempurna. Tidak kisah sedikit atau tinggi tahapnya, apa yang penting dalam Islam adalah WAJIB ada niat ikhlas dan usaha sungguh-sungguh untuk menutup aurat dengan penuh dan menjaga akhlak masing-masing. Maka, jika sekadar hati baik tetapi tiada langsung usaha untuk menutup aurat dengan sepenuhnya adalah berdosa.

Menutup aurat adalah tuntutan zahir yang dikategorikan WAJIB dalam Islam bukannya sekadar PERLU atau MESTI kerana aurat adalah kunci kepada SAHnya ibadah-ibadah dalam Islam khasnya Solat, Umrah dan Haji. Aurat WAJIB dijaga kerana aurat wanita sangat mudah dijadikan dan dimanipulasikan sebagai daya penarik ke arah maksiat mata dan zina. Kecantikan tubuh badan wanita Islam dilindungi dan dirahsiakan oleh konsep aurat. Maka, jika ada yang mengatakan wanita yang mengatakan "tidak kisah tidak menutup aurat, asalkan hati baik..", itu adalah sangat salah dan bertentangan.

Bagi mereka yang bertudung sempurna tetapi hati busuk, mereka sudah selesai urusan menutup aurat yang diarahkan Allah. Soal sikap dan kebusukan hatinya, adalah soal dosa yang lain pula. Namun, golongan ini sentiasa dituntut untuk menyeimbangkan kecantikan dalam dan luar mereka agar dikenali sebagai Muslimah sejati.

Sebaliknya, wanita Islam yang sengaja tidak mahu bertudung@menutup aurat akan terus berdosa besar selagi tidak bertaubat, tidak kira walaubagaimana baik hatinya kerana hukum menutup aurat di hadapan bukan muhrim itu adalah WAJIB bagi wanita Islam sama seperti konsep menutup aurat di dalam Solat. Ada sebuah hadis Rasulullah ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi:

"Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj (dedah aurat dan berhias-hias)".

Fikir-fikirkanlah wahai wanita Islam yang masih "free hair".


**Berpakaianlah mengikut cara Islam agar diri anda dimuliakan. Amin

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...