Berkaitan dengan hukum aurat perempuan secara jelasnya telah dinyatakan
oleh Allah Taala dalam Al-Qur'an sebagai satu perintah dan kewajipan
yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukmin mengikut keadaan dan
situasi yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap
wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai menutup kepala mereka
dan jika perlu termasuk juga mukanya tanpa banyak soal dan tanpa
alasan-alasan yang bodoh. Kiranya ada di antara mereka yang ingkar
dengan perintah yang sudah termaktub dalam Kitabullah, ingatlah siksaan
Allah adalah amat keras buat mereka!!!!!!. Sebagai melaksanakan
kewajiban untuk menyebarkan yang HAQ ini, maka suluk bentangkan di sini
dalil dan nas yang berkaitan dengan KEWAJIPAN MENUTIP AURAT bagi setiap
wanita Islam yang mengaku beriman dengan Kitab Allah dan Rasulnya.
Antaranya ialah sebagaimana berikut;
Nas Pertama
"Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup
belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,
atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau
anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara
mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba
mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak
berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti
lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki
untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka;
dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang
beriman, supaya kamu berjaya." [Surah An-Nur:31}
Nas Kedua
"Wahai
Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi
menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian
lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)
maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]
Nas Ketiga {Dari Kitab-kitab karangan Ulama Muktabar]
1. Aurat antara muslimat dan bukan muslimat.
Khilaf ulama' dalam mentafsirkan kalimah `auNisaa' ihinna' dalam ayat 31 surah anNuur (24).
Menurut
Tafsir Fakhrur_Razi, Jld 23, ms 207 menyatakan jumhur ulama' mentafsir
kalimah itu sebagai wanita-wanita Islam sahaja. Dari tafsir Qurthubi
(Jld 12, ms 233) juga mentafsirkan kalimah "aunisaa'ihinna" itu sebagai
wanita muslimah sahaja.
Ini bermakna aurat wanita dihadapan
wanita bukan Islam ialah muka dan dua tapak tangan. Imam Qurthubi
membawa hujah perintah Umar alKhattab RA kepada Gabnurnya, Abu Ubaidah
alJarrah supaya tidak membenarkan wanita Islam mandi
bersama wanita ahli Zimmah di permandian awam.
Pandangan yang agak berlainan dari pandangan jumhur ialah pendapat Ibn Arabi (Ahkamul Qur'an, Jld 3, ms 326)
beliau
berpendapat maksud `aunisaa'ihinna' (wanita mereka) itu bermaksud semua
wanita yang baik akhlaqnya dan baik hubungannya dengan wanita muslimah.
Ini bermakna wanita Islam boleh membuka auratnya kepada wanita yang
baik akhlaknya dan menjalin hubunan baik dengan mereka. Ia termasuk
wanita bukan Islam. Jika wanita itu buruk akhlaknya termasuk wanita
Islam sendiri, maka wanita Islam tidak boleh membuka auratnya. Syaikh
Ali Asyhabuni (mufassir baru dari Saudi (Tafsir Asyabuni) menyokong
pendapat Ibn Arabi.
MASALAH PERTAMA:
Hukum lelaki yang baligh melihat perempuan ajnabi. Di bawah ini saya nyatakan beberapa masalah di sekitar hukum ini:
a)
Haram melihat kepada aurat perempuan yang ajnabi. Aurat perempuan di
hadapan lelaki ajnabi sebagaimana yang telah disepakati oleh jumhur
fuqahak ialah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan dua tapak tangan.
b) Fuqahak telah berselisih pendapat mengenai muka dan dua tapak tangan perempuan ajnabi, adakah ia aurat atau tidak.
Menurut
sebahagian ulamak, kedua anggota ini adalah aurat yang wajib ditutup
samada ia menimbulkan fitnah ataupun tidak, atau samada akan menaikkan
syahwat kepada lelaki yang melihat ataupun tidak.
Sebahagiannya
pula berpendapat bahawa kedua anggota ini bukanlah aurat yang wajib
ditutup. Tidak diharamkan bagi seorang lelaki melihatnya.
Walaubagaimanapun
mereka ini bersepakat mengatakan bahawa keduanya haram dilihat apabila
akan menimbulkan fitnah. Ini bermakna mereka bersetuju mengatakan haram
hukumnya bagi lelaki ajnabi melihat kedua anggota ini apabila
menimbulkan fitnah atau melihat keduanya dengan syahwat.
c)
Pengharaman melihat aurat bukan sahaja pada anggota yang masih
berhubung atau melekat dengan tubuh badan, bahkan diharamkan juga
melihatnya setelah ia bercerai dari tubuh badan seperti kuku, rambut,
bulu kemaluan dan lain-lain.
Wajib menyimpan anggota atau bulu yang telah bercerai dari tubuh badan dari dilihat oleh lelaki atau perempuan ajnabi.
MASALAH KEDUA: Kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan melihat perempuan.
Perempuan tersebut wajib menutup anggota di antara pusat dan lutut sebagaimana auratnya di hadapan mahram.
MASALAH KETIGA: Lelaki yang hampir baligh.
Lelaki
yang hampir baligh diharamkan melihat aurat perempuan yang ajnabi
sebagaimana lelaki yang telah baligh (lihat masalah pertama).
MASALAH KEEMPAT: Lelaki yang terpotong zakarnya dan buah pelirnya
Lelaki
ini diharuskan melihat perempuan yang ajnabi sebagaimana dia melihat
mahramnya, iaitu selain anggota di antara pusat dan lututnya.
MASALAH KELIMA: Lelaki yang hanya mempunyai zakar sahaja tanpa buah pelir atau yang mempunyai buah pelir sahaja tanpa zakar
Lelaki ini seperti hukum lelaki yang normal, iaitu yang mempunyai zakar dan buah pelir (lihat masalah pertama).
MASALAH KEENAM: Hamba lelaki melihat tuannya (perempuan)
Jika
hamba tersebut bersifat adil (tidak fasik) dan tuannya juga bersifat
adil, maka harus melihatnya sebagaimana melihat mahram, iaitu selain
dari anggota di antara pusat dan lutut.
MASALAH KETUJUH: Melihat hamba perempuan
Melihat hamba perempuan sebagaimana hukum melihat perempuan yang merdeka (lihat masalah pertama).
MASALAH KELAPAN: Melihat kanak-kanak perempuan
Harus melihat seluruh anggota kanak-kanak perempuan yang belum sampai peringkat diingini oleh lelaki kecuali pada farajnya.
Diharuskan
kepada ibubapa, penjaga atau perempuan yang menyusukan kanak-kanak
perempuan yang masih dalam peringkat menyusu dan asuhan melihat dan
menyentuh farajnya. Kerana dalam usia begini, ibu ataupun pengasuh
terpaksa membasuh farajnya dari najis, mengubatinya atau sebagainya.
Melihat dan menyentuh zakar kanak-kanak lelaki adalah sebagaimana faraj kanak-kanak perempuan.
MASALAH KESEMBILAN: Melihat perempuan yang telah tua
Imam
al-Ghazali berkata bahawa hukum melihat perempuan ajnabi yang telah tua
adalah sebagaimana hukum melihat perempuan yang masih muda.
MASALAH KESEPULUH: Melihat perempuan yang mahram (yang haram dinikahi seperti ibu, saudara perempuan dan sebagainya)
Seorang
lelaki diharamkan melihat anggota di antara pusat dan lutut mahramnya.
Dia diharuskan melihat selain dari anggota tersebut.
Dia juga diharuskan berkhalwat dan bermusafir bersama mahramnya.
MASALAH KESEBELAS: Lelaki melihat lelaki
Seorang lelaki diharuskan melihat selain dari anggota di antara pusat dan lutut lelaki lain.
MASALAH KEDUABELAS: Melihat lelaki muda belia yang belum ditumbuhi janggut atau bulu (amrad)
Haram melihatnya dengan syahwat.
MASALAH KETIGABELAS: Perempuan melihat perempuan
Sebagaimana hukum lelaki melihat lelaki (lihat masalah kesebelas).
MASALAH KEEMPATBELAS: Perempuan kafir melihat perempuan muslimah
Diwajibkan
kepada perempuan muslimah menutup auratnya di hadapan perempuan kafir
kerana tidak, berkemungkinan dia akan menceritakan auratnya kepada
lelaki kafir.
MASALAH KELIMABELAS: Perempuan melihat lelaki yang ajnabi
Sebagaimana hukum lelaki melihat perempuan yang ajnabi (lihat Masalah pertama).
MASALAH KEENAMBELAS: Perempuan yang fasik melihat perempuan yang terpelihara kehormatannya
Perempuan
yang terpelihara kehormatannya wajib menutup auratnya di hadapa
perempuan yang fasik kerana melakukan zina atau lebian (hubungan seks
antara perempuan dengan perempuan)
MASALAH KETUJUHBELAS: Suami melihat isteri
Di bawah ini adalah masalah yang berhubung kait dengan hukum ini:
a)
Harus bagi suami melihat seluruh tubuh badan isterinya atau hamba
perempuan yang halal untuknya, tetapi makruh melihat farajnya
lebih-lebih lagi batin farajnya.
b) Diharuskan juga menyentuh farajnya. Manakala melihat dan menyentuh duburnya tanpa memasukkan zakar ke dalamnya adalah harus.
c)
Pengharusan ini hanya berlaku ketika isterinya masih hidup lagi.
Setelah kematiannya, hukumnya adalah sebagaimana melihat mahramnya
(lihat masalah kesepuluh).
MASALAH KELAPANBELAS: Isteri melihat suami
Sebagaimana hukum suami melihat isteri (lihat masalah ketujuhbelas).
MASALAH KESEMBILANBELAS: Menyentuh sesuatu yang haram dilihat
Masalah di sekitar hukum ini ialah:
a)
Haram menyentuh sesuatu yang haram dilihat sebagaimana yang tercatat di
dalam masalah-masalah yang lalu, kerana menyentuh adalah lebih
mendatangkan kenikmatan dan kelazatan lagi jika dibandingkan dengan
melihat.
b) Haram bagi dua orang lelaki atau dua orang perempuan
berbaring di dalam satu kain atau selimut dalam keadaan berbogel dan di
atas satu tilam.
Ibubapa atau penjaga wajib memisahkan di antara
kanak-kanak lelaki atau perempuan dari tempat tidur ibubapanya. Begitu
juga antara adik beradik lelaki dan perempuan.
c) Haram memicit
atau mengurut peha lelaki lain tanpa lapik. Jika berlapik, maka
diharuskan tetapi dengan syarat tidak dikhuatirkan fitnah dan tidak
dengan syahwat.
d) Haram menyentuh mahramnya, begitu juga sesama
lelaki atau sesama perempuan sekalipun pada anggota yang harus dilihat
seperti pada kaki atau perutnya, termasuk mengusapnya kecuali kerana
hajat atau dilakukan kerana timbul dari perasaaan kasih sayang serta
bebas dari fitnah dan syahwat.
e) Haram menyentuh muka perempuan yang ajnabi sekalipun diharuskan melihatnya kerana hendak meminang.
f) Hukum berjabat tangan.
i- Seorang lelaki diharamkan berjabat tangan dengan perempuan yang ajnabi. Dalil yang mendasari hukum ini ialah:
Dalil pertama:
Di
dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saiyidah Aisyah r.a. mengenai
bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap beberapa orang
perempuan, Aisyah r.a. berkata:
" Demi Allah, tangan baginda tidak
menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai'atan itu. Baginda hanya
membai'at mereka dengan perkataannya: "Benar-benar telah aku bai'at kamu
atas hal itu." (Riwayat Bukhari)
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari berkata:
"Maksud ucapan Rasulullah s.a.w.:
"Benar-benar telah bai'at kamu dengan ucapan."
adalah ucapan tanpa berjabat tangan sepertimana yang biasa terjadi, di mana lelaki berjabat tangan sewaktu bai'ah dijalankan.
Dalil kedua:
Dari Abdullah bin Amr bin al-As r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. tidak pernah berjabat tangan tangan dengan perempuan dalam pembai'atan." (Riwayat Imam Ahmad)
Sunat berjabat tangan antara sesama lelaki atau sesama perempuan ketika bertemu.
Makruh berjabat tangan dengan orang yang mempunyai penyakit kusta.
Haram hukumnya berjabat tangan dengan amrad (lelaki muda yang belum tumbuh misai atau bulu) dengan disertai oleh syahwat.
g)
Makruh memeluk dan mengucup kepala sesama lelaki atau sesama perempuan
kecuali terhadap orang yang baru sampai dari musafir atau orang yang
lama tidak ditemui. Bahkan perkara ini sunat dilakukan.
h) Sunat
mengucup tangan orang soleh, warak, berilmu agama atau sebagainya yang
dihormati dan dimuliakan dari segi agamanya. Manakala makruh hukumnya
melakukan perkara tersebut terhadap orang yang dihormati dari sudut
keduniaannya, seperti orang yang berpangkat, orang kaya atau sebagainya.
i) Diharuskan mengucup mayat orang soleh.
j) Sunat mengucup kanak-kanak sekalipun anak orang lain kerana kasih sayang.
k)
Sunat berdiri untuk orang yang mempunyai kelebihan di dalam bidang ilmu
agama kerana menghormatinya, bukan kerana riyak, membesarkan atau
mengagungkannya.
l) Makruh membongkokkan badan terhadap sesiapa sahaja.
KEADAAN KEDUA: MELIHAT DENGAN HAJAT
Berikut ini adalah masalah yang berhubung kait dengan keadan kedua ini, iaitu:
1) Harus melihat muka dan tapak tangan perempuan ajnabi kerana hendak mengahwininya
2) Kerana hendak membeli hamba perempuan.
Diharuskan melihat selain dari anggota di antara pusat dan lutut.
3)
Kerana bermuamalat atau berurusan dengan perempuan seperti berjual
beli. Yang dibenarkan hanyalah melihat mukanya sahaja untuk
mengenalinya.
4) Menjadi saksi, seperti melihat faraj atau zakar
kerana menjadi saksi zina atau melihat buah dada kerana menjadi saksi
penyusuan.
5) Harus melihat dan menyentuh perempuan ajnabi dengan tujuan berbekam atau mengubatinya, tetapi dengan dua syarat:
a) Pengubatan itu dilakukan di hadapan mahram, suami atau dua orang perempuan yang boleh dipercayai.
b) Tidak terdapat seorangpun perempuan yang boleh mengubatinya.
6) Harus melihat muka perempuan ajnabi dan amrad ketika mengajar dengan syarat:
a) Ketiadaan tenaga pengajar wanita.
b)
Berkeuzuran untuk mengajar di balik tabir, sebagai contoh: Ketika
mengajar menulis atau menjahit guru terpaksa mengajarnya tanpa tabir.
c) Ada mahram, suami atau dua perempuan yang boleh dipercayai bersama perempuan tersebut.
7) Haram mengajar isteri yang telah ditalak.
Demikian
himpunan hukum-kukum yang berkaitan dengan aurat perempuan yang dikutip
dari Al-Quran, Hadis dan Ulama-ulama yang Muktabar.
Kesimpulannya; tidak syak lagi bahawa WAJIB bagi seorang perempuan menutup kepala dan seluruh tubuh kepada lelaki-lelaki asing.
Sebagai pengakhirnya renungilah firman Allah Taala seperti di bawah, semoga sama-sama kita mendapat peringatanNya;
"Dan
tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan -
apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara
- (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri
mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah
dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang
jelas nyata." {Surah Al-Ahzab:36}
Pages
"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."aurat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Translate
Muhasabah Diri Sebelum Tidur
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
No comments:
Post a Comment