Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Sunday, November 17, 2013

Solat dan rukhsah

  • Solat dan rukhsah  
  • Sebagai Muslim kita diwajibkan menunaikan solat walau di mana berada
  • Solat dan rukhsah  
  • Berpakaianlah menutup aurat dan sentiasa berwuduk bagi memudahkan bersolat. - Gambar hiasan

SESUNGGUHNYA sebagai makhluk ciptaan ALLAH SWT kita diamanahkan dengan tanggungjawab dalam kehidupan seharian.
ALLAH SWT menganugerahkan akal fikiran, amanah dan tidak terkecuali daripada menunaikan tanggungjawab terbesar iaitu solat lima waktu sehari semalam tanpa ada sebarang kelonggaran pada umumnya.

Jamak dan qasar

Pensyarah Pusat Pengajian Syariah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Ahmad Farid Ibrahim menjelaskan, Islam adalah agama mudah dan langsung tidak membebankan umatnya. Sebagai contoh, apabila kita berada dalam situasi musafir disarankan melakukan solat jamak dan qasar, begitu juga semasa kita melakukan aktiviti beriadah seperti meneroka hutan, mendaki bukit dan sebagainya.
“Harus disematkan dalam minda akan pentingnya kewajipan bersolat walau dalam apa jua keadaan. Hak untuk bersolat langsung tidak dapat dinafikan. Ini tidak,  bayangkan satu situasi, apabila tidak membawa telekung sembahyang terus tidak bersolat sedangkan jika baju yang dipakai bersih serta menutup aurat boleh sahaja untuk menunaikan solat.
“Mahu atau tidak mahu sahaja, kerana itulah kita disarankan sentiasa dalam keadaan berwuduk dan berpakaian menutup aurat sekali gus membolehkan kita bersolat,” katanya kepada Rehal.

Menurutnya, umat Nabi SAW tergolong sebagai umat yang diberi kemudahan berbanding umat rasul dan nabi lain.

Bayangkan, semasa peristiwa Israk wal Mikraj, Nabi SAW menerima perintah bersolat daripada ALLAH dalam jumlah yang banyak, namun atas nasihat daripada nabi lain, Nabi SAW meminta ALLAH mengurangkan bilangan itu sehingga menjadi lima sehari semalam.

Lihatlah betapa ALLAH memberi kemudahan kepada umat Muhammad.

Solat semasa berekreasi
Ustaz Farid menjelaskan, dalam kehidupan seharian sebagai makhluk ALLAH yang beriman, kita tidak terkecuali daripada hidup bebas ke sana dan ke sini tanpa ada sekatan.

 “Ketahuilah bahawa dalam kita berseronok menjalani hidup sebagai hambaNya seperti berekreasi, mendaki gunung atau mengembara (bermusafir) tetap tidak dapat lari daripada tugas utama iaitu beriman kepada ALLAH dengan bersolat di mana jua dan dalam keadaan macam mana sekalipun," katanya.

Menurutnya, ramai kurang jelas mengenai hukum dan panduan melaksanakan solat ketika waktu pendakian kerana ada berpandangan solat itu boleh diqada atau ditinggalkan begitu sahaja dengan alasan sukar mencari air untuk berwuduk atau ada juga berpandangan dalam keadaan berpakaian kotor comot dan tidak selesa penuh dengan lumpur dan berpeluh.

Namun Islam adalah agama yang lengkap dengan pelbagai kaedah, panduan dan peraturan hidup bermula dari sekecil-kecil sehinggalah sebesar-besarnya. Islam itu sendiri memperlengkapkan setiap apa jua bentuk amalan dengan peraturan dan panduan serta hukumnya yang tersendiri.

Solat semasa bermusafir

Nabi SAW berkata kepada Imran bin Hushain: “Solatlah kamu sambil berdiri, dan jika kamu tidak mampu, maka sambil duduk, dan jika tidak mampu, maka dengan berbaring”. (Riwayat Bukhari).
Menurut mazhab Syafie, apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah (60 batu), maka dia harus melakukan solat qasar dan jamak sekali. Solat jamak dan qasar ini adalah suatu keringanan diberi ALLAH kepada hambaNya dalam segenap masa bagi orang musafir, senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah.
Permulaan musafir ini dikira setelah keluar kawasan, sama ada melalui sungai, parit, kota sempadan atau kawasan yang sudah tidak ada bangunan lagi.
Solat jamak dan qasar boleh dilakukan apabila perjalanan seorang musafir tidak kurang dari 60 batu atau 100 km walaupun ada khilaf ulama dalam penentuan jarak jauhnya. Jadi, untuk berhati-hati, eloklah dikira melebihi dari 60 batu.

Jika seseorang itu sudah sampai ke kawasan dia bertolak tadi, maka selesailah solat jamak dan qasarnya. Dia tidak boleh lagi mengerjakan solat secara jamak dan qasar.

Seseorang itu bermusafir dan berhenti pada satu tempat selama empat hari atau lebih, maka putuslah safarnya. Tapi, sekiranya dia hendak berhenti di situ selama tiga hari, maka bolehlah solat jamak dan qasar. Tiga hari itu tidak termasuk hari sampai dan hari keluar.

Semasa berhenti di suatu tempat dengan niat akan berada di situ selama tiga hari, tapi kerana urusan tidak selesai dari sehari ke sehari, maka dia diharuskan jamak dan qasar sehingga 18 hari.

Perjalanan seseorang musafir hendaklah tentu dan dia tahu ke mana arah tujuannya bolehlah jamak/qasar.
Orang yang musafir kurang dari tiga marhalah (90 batu) maka afdal solat sebagaimana biasa. Jika perjalanannya melebihi 90 batu, maka baginya lebih afdal mengerjakan solat jamak dan qasar.
Menyapu khuf (usap sepatu)

Jika dikaji dari sudut kaedah pelaksanaannya, Islam menyarankan umatnya supaya laksanakanlah solat itu walaupun dalam keadaan seperti di atas, jadi kefahaman mengenai kaedah menyapu khuf  (mengusap sepatu) adalah sesuatu kaedah yang penting.

Seseorang itu boleh melakukan solat itu dalam keadaan bersepatu yang mana sepatu atau kasut itu tadi dipakai sebelum melakukan solat serta pemakai tadi diisyaratkan dengan menyapu kedua-dua khuf tadi dengan lima syarat:

i.    Kedua-dua dipakai setelah wuduk yang sempurna (iaitu dipakai dalam keadaan berwuduk).
ii.    Hendaklah kedua-duanya menutupi semua tempat kaki yang wajib dibasuh( ketika berwuduk), kerana kedua-duanya tidak dinamakan khuf kecuali dalam keadaan demikian.
iii.    Hendaklah keduanya tahan daripada dimasuki air ke dalam kaki, kecuali di bahagian jahitan.
iv.    Hendaklah keduanya kuat dan lasak sehingga boleh berjalan berturut-turut sehari semalam bagi orang bermukim dan tiga hari tiga malam bagi yang bermusafir.
v.    Kedua-duanya adalah suci. Sekiranya ia diperbuat daripada kulit bangkai, maka ia hendaklah kulit bangkai yang disamak.

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...