Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Thursday, May 9, 2013

Wajib Qada Puasa Sebelum Ramadan Tiba

APABILA tiba Rejab, ia menandakan Ramadan akan berkunjung tiba tidak lama lagi. Ramadan ialah penghulu segala bulan yang menjanjikan kelebihan luar biasa serta membuka peluang seluas-luasnya kepada setiap Muslim memohon keampunan Allah s.w.t. Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang menghidupkan bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran, diampunkan baginya segala dosa-dosa yang telah lalu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Sebab itu, kenikmatan dan kerinduan menunggu Ramadan hanya dapat dirasai jiwa yang peka terhadap hak dan tuntutan Allah. Puasa adalah perkara asas dalam Islam. Ia antara tiang asas kepada agama yang menjadi kayu ukur tahap keimanan seseorang Muslim. Namun, Islam tidak pernah sekali-kali memberatkan hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu untuk ditunaikan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya." (Surah al-Baqarah ayat 286). Justeru, terdapat sebahagian daripada kita yang mendapat rukhsah puasa pada bulan Ramadan lalu iaitu kebenaran meninggalkan ibadat puasa apabila berhadapan keadaan tertentu seperti orang yang dalam musafir, wanita haid atau nifas, hamil, masalah kesihatan atau melakukan kerja yang terlalu berat. Bagaimanapun, rukhsah bukanlah untuk mengecualikan mereka daripada ibadah puasa tetapi wajip qada' (ganti) puasa itu. Firman Allah yang bermaksud: "(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain". (Surah al-Baqarah, ayat 184) Mungkin terdapat golongan masyarakat yang amat teruja melakukan amalan puasa sunat tetapi menunaikan qada' puasa Ramadan adalah lebih utama. Hal ini dijelaskan menerusi sebuah hadis Qudsi yang bermaksud: "Dan tidaklah hampir kepada-Ku seseorang hamba dengan apa jua pun, maka yang lebih Aku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardu (wajib) ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin mendampingi-Ku dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya." (Hadis riwayat Bukhari). Menurut Syeikh Muhammad ibnu Soleh al-'Uthaimin, puasa sunat tidak boleh ditunaikan melainkan sempurna puasa wajib iaitu puasa Ramadan. Keadaan itu disandarkan melalui hujah berasaskan kepada sabda Rasulullah ketika menyatakan kelebihan puasa enam hari di bulan Syawal. Sabda Nabi yang bermaksud: "Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadan, kemudian diikuti dengan enam hari dari bulan Syawal, maka ia (pahala puasa) adalah seperti puasa setahun." (Hadis riwayat Muslim). Justeru, sementara masih ada lagi masa berbaki sebelum tiba Ramadan, gunakan peluang ini untuk qada' puasa Ramadan yang lalu. Ia boleh dijadikan medan latihan sebelum kedatangan Ramadan kelak. Latihan berpuasa sebelum kedatangan Ramadan dapat memberi isyarat awal kepada anggota tubuh badan untuk berehat daripada aktiviti makan dan minum.

Malah, lebih penting ia dapat mendidik nafsu memenuhi tuntutan Allah. Saidatina Aisyah memberi contoh kepada kita bahawa amalan menunaikan qada' puasa Ramadan pada bulan Syaaban iaitu hampir kepada datangnya Ramadan adalah dibolehkan dalam Islam. Saidatina Aisyah berkata yang bermaksud: "Kewajipan ke atasku untuk puasa (qada') daripada puasa bulan Ramadan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang bulan Syaaban." (Hadis Riwayat Muslim). Anas berkata, Rasulullah ditanya: "Apakah puasa yang afdal selepas puasa Ramadan?" lalu Baginda menjawab: "Puasa di bulan Syaaban iaitu untuk memuliakan Ramadan." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi). Justeru, kita perlu berusaha melatih diri mengamalkan ibadat puasa sunat sebelum tibanya Ramadan. Bagi mereka yang masih belum lagi menunaikan qada' puasa Ramadan yang lalu, lunaskan hutang Allah itu segera. Menurut mazhab Syafie dan juga jumhur ulama, bagi mereka yang gagal menunaikan qada' puasa Ramadan yang lalu sehingga tiba Ramadan berikutnya, mereka wajib membayar fidyah iaitu memberi makan seorang miskin untuk setiap hari tidak berpuasa, di samping kewajipan menunaikan qada' puasa yang masih lagi tertanggung di atas bahunya.

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...