Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab begitu
dianggap mulia khususnya bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan
Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut
dengan berbagai cara, di antaranya:
1. Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara'
2. Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah
3. Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan
4. Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang
hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat
sepuas-puasnya.
Walaubagaimanapun,setelah kedatangan
Islam,sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti
menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud:
"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH
Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan
kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak
langsung iaitu Surah al Baqarah(ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah
(ayat 2,36 dan 37)
"Mereka bertanya kepadamu(wahai Muhammad)
mengenai(hukum)berperang dalam bulan yang dihormati,
katakanlah"Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi
perbuatan menghalangi(orang-orang Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan
kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat(orang-orang Islam) ke
Masjidil Haram(di Mekah),serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya
itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT. (Al Baqarah ayat 217)
Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah)
Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa dalam bulan
ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa
pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan
bertanya"Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada
tahun pertama"Nabi bersabda"Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal
dahulunya kelihatan baik?Kata lelaki itu"semenjak berpisah dengan anda,
saya tidak makan hanyalah di waktu malam "Maka tanya Rasulullah
SAW"Kenapa kamu seksa diri kamu? Lalu sabdaNya"Berpuasalah pada bulan
sabar-yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari setiap bulan"Tambahlah
buatku kerana saya kuat melakukannya!Ujar lelaki itu"Berpuasalah dua
hari!Sabda Nabi."Tambahlah lagi"Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW
bersabda"Berpuasalah dalam bulan suci(haram)lalu berbukalah!(kemudian
diulangi sebanyak 3 kali)sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat
dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu
dilepaskan"(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud,Ibnu Majjah dan Baihaqi dengan
sanad yang baik)
PERISTIWA PENTING BULAN REJAB
1. Hijrah Pertama Dalam Islam
Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang
derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan
tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu
Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari
tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah
Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah
kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali
dengan sikap terbuka dan bertoleransi.
2. Israk dan Mikraj
Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke
Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan
untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
Terdapat
khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi
jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi
berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting
ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar
berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al
quran dan hadis sahih.
3. Peperangan Tabuk
Peperangan
Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di
utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000
orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah
melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan
tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga
peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.
4. Pembebasan Baitul Maqdis
Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al
Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan
Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan
bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya ditawan setelah
500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya
selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali tentera Islam di bawah
panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari
Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan
Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
5.Lahirnya Imam Syafie RH
Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di
Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah
seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara
negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan
beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi
rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.
Satu perkara yang
perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang
diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu
seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah
bersandarkan kepada hadis-hadis lemah.
Namun masih banyak lagi
amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab
ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti
qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain
lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak
terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.
Pages
"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."aurat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Translate
Muhasabah Diri Sebelum Tidur
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
No comments:
Post a Comment