Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Thursday, May 2, 2013

Berkat Solat Berjemaah

JARUM jam menunjukkan 5.30 petang, ketika saya memeriksa e-mel. Terasa puas dengan kemudahan penyaluran maklumat yang serba cekap dan pantas ini.

Saya seakan terlupa akan kewajipan diri terhadap Rabb yang masih belum lagi ditunaikan.

Waktu Asar yang kian suntuk seakan-akan tidak terasa lagi. Dunia digital serba canggih ini menyebabkan dunia yang besar terasa seakan-akan kecil dan jarak yang jauh terasa seakan-akan dekat.

Jarak di antara Kuala Lumpur dan Dubai, bagaikan bersebelahan.

�Global village� yang dihasilkan mencipta suatu keselesaan hidup kepada manusia, di mana maklumat dapat disebarkan melalui medan maya saja.

Namun begitu, sering kali harga sebuah kemajuan teknologi harus dibayar dengan kemelut norma kemanusiaan. Manusia semakin hilang pengertian terhadap ketuhanan, kasih sayang, pengorbanan dan erti kehidupan sebenar.

Sering kali kelekaan manusia dalam melayari era kemodenan mengalpakan mereka daripada menghayati dan merenungi hakikat kejadian diri mereka yang sebenar. Kesibukan masa melayari web, menyelusuri �homepage�, bersembang dan sebagainya terkadang menyebabkan sebahagian daripada kita mengabaikan tanggungjawab sebenar terhadap Yang Maha Rahim.

Satu e-mel yang baru saya terima ini benar-benar menyentuh hati, lantas mengingatkan saya akan tanggungjawab diri terhadap Rabb yang belum lagi ditunaikan. E-melnya berbunyi begini.

�Semoga Allah memberikan ganjaran kepada orang yang berjuang untuk mencari reda-Nya dan semoga Dia sentiasa mengingatkan mengenai kelemahan kita melalui orang seperti mereka.�

�Dalam perjalanan ke Dubai, saya dan suami singgah sebentar di sebuah masjid untuk menunaikan solat Asar. Dari dalam kereta, saya lihat kelibat seseorang yang sedang bergerak dari kawasan perumahan berhampiran.�

�Lama kemudian, barulah saya menyedari bahawa ia adalah kelibat seorang lelaki yang sedang merangkak menuju ke masjid.

�Dengan hanya berbekalkan selipar getah pada kedua-dua belah tangannya, bahagian bawah badannya diheret di atas permukaan bumi yang keras dan berbatu. Dengan suhu setinggi, badannya basah dihujani peluh. Sebaik tiba di perkarangan masjid, bajunya basah lencun dan mukanya merah kepanasan.�

�Orang yang melintasinya hanya memerhati, mungkin sudah biasa dengan kehadirannya. Seorang lelaki yang baru keluar dari sebuah kedai, memerhatikannya, kemudian masuk semula ke kedai dan membelikannya sebotol air sejuk. �

�Mereka berbual sebentar. Lelaki itu menawarkan pertolongan untuk membantunya menaiki tangga masjid. Namun, lelaki cacat itu menolak bantuan berkenaan dengan baik. �

�Khuatir akan terlewat menyertai jemaah solat, lelaki cacat itu meminta diri, lantas meneruskan perjalanannya menuju ke dalam masjid.�

�Saya tidak mampu untuk melihatnya terus berusaha memanjat tangga masjid. Saya tidak dapat membayangkan bagaimanakah cara untuk membantunya. Saya hanya mampu menangis ketika mana mengingatkan hadis Nabi, maksudnya: �Orang munafik mendapati bahawa solat Subuh dan Isyak berjemaah adalah perkara yang membebankan. Sekiranya mereka mengetahui akan besarnya nilai kedua-dua solat itu, mereka akan berusaha untuk menyertai jemaah solat itu, walaupun terpaksa merangkak.� (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)�

�Lelaki itu sanggup merangkak ke masjid, meskipun di bawah terik matahari, tidak merasakan bahawa solat berjemaah adalah suatu beban, walau sedikit pun.�

Solat berjemaah sebenarnya sangat dituntut ke atas setiap Muslim. Kelebihannya sering diperkatakan oleh Rasulullah dalam hadis baginda. Di antaranya adalah sebuah hadis daripada Ibn Umar yang bermaksud: �Solat berjemaah adalah lebih utama daripada solat sendirian dengan dua puluh kali darjat.� (Muttafaq alaih)

Hadis di atas sebenarnya menyokong firman Allah mengenai solat jemaah yang disyariatkan. Firman-Nya bermaksud: �Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hendaklah mendirikan solat bersama-sama mereka.� (Surah an-Nisa, ayat 102)

Dilihat pada solat berjemaah ini, hukumnya turut berubah mengikut solat jemaah tertentu seperti sembahyang Jumaat yang wajib dikerjakan secara berjemaah. Oleh itu, anjuran solat berjemaah ini sewajarnya diambil perhatian oleh setiap Muslim kerana ia adalah sesuatu yang dititikberatkan oleh Rasulullah dan sahabat.

Lihat perbandingan di bawah yang berasaskan hadis di atas:

- Solat bersendirian

= 1 darjat x 365 hari (setahun) x 5 waktu = 1,825 darjat.

- Solat berjemaah

= 27 darjat x 365 hari (setahun) x 5 waktu = 49,275 darjat

Jelas di sini, sembahyang bersendirian selama 27 tahun, darjatnya hanyalah bersamaan setahun solat berjemaah. Bayangkan gandaan darjat kurniaan daripada Allah kepada mereka yang bersolat secara berjemaah. Jawapan ini sebenarnya, memberi gambaran kepada kita betapa hikmah perintah Allah dan rasul-Nya tersembunyi pelbagai hakikat yang kadang-kala tidak disedari oleh kita.

Lantaran itu, tunaikanlah perintah dan anjuran daripada Allah dan Rasulullah seperti solat berjemaah sama ada bersama keluarga di rumah dan bersama masyarakat di masjid atau surau.

Bersempena dengan Hari Bapa pada 14 Jun ini, marilah kita meminta bapa dan pemuda agar lebih gigih mengimarah dan menghidupkan masjid dengan solat berjemaah, sekali gus menjadi contoh ikutan yang baik (qudwah hasanah) kepada anak lelaki mereka

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...