Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Monday, February 18, 2013

Tidak solat punca utama cerai


JOHOR BAHRU – Sebanyak sembilan puluh peratus daripada bilangan kes cerai yang dicatat di negeri ini didapati berpunca daripada latar belakang keluarga yang mengabaikan solat serta tidak mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.
Kadi Besar Negeri, Mohd Nooh Kadri berkata, sebahagian besar daripada 3,021 kes cerai yang berlaku di Johor terdiri daripada pasangan suami isteri yang mengabaikan amalan solat masing-masing.
“Tiga punca utama penceraian yang banyak berlaku di Johor termasuklah masalah ekonomi, jurang komunikasi serta ketidakpuasan hati dalam perhubungan seks.
“Namun apabila diselami dengan lebih mendalam, setiap permasalahan yang timbul adalah bertilik-tolak dari amalan gaya hidup pasangan suami isteri yang mengabaikan solat mereka.
“Apabila ditanya, kira-kira 90 peratus daripada pasangan yang merujuk kes cerai kepada Majlis Agama Islam Johor (Maij) mengaku tidak menjaga solat sedangkan Allah telah berjanji akan memberi jalan penyelesaian kepada umat yang bertakwa,” katanya.
Selain itu katanya, pada tahun lalu jumlah pernikahan dan penceraian meningkat berbanding tahun sebelumnya namun jumlah pasangan yang merujuk kembali menurun hampir 50 peratus iaitu daripada 416 pada tahun 2010 kepada 279 tahun lalu.
“Pada tahun 2010, jumlah pasangan baru yang bernikah adalah sebanyak 14,584 dan meningkat kepada 17,061 pada tahun lalu.
“Manakala kes cerai turut meningkat daripada 2,793 pada tahun 2010 kepada 3,021 kes tahun lalu,” katanya ketika ditemui, semalam.
Mohd Nooh berkata, sesebuah perkahwinan gagal diselamatkan turut berpunca daripada sikap ego yang terlalu sehingga menyebabkan mereka enggan berubah dan memperbetulkan kesilapan masing-masing.
Dalam pada itu katanya, setiap pasangan perlu mendalami matlamat dan tujuan sebenar mendirikan perkahwinan serta sentiasa mengamalkan sikap sabar dan toleransi antara satu sama lain bagi mengelakkan kes perceraian berlaku.
“Matlamat utama pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan selain menambahkan lagi bilangan umat Islam.
“Selain itu, perkahwinan juga mampu memperbaiki akhlak pasangan ke arah yang lebih baik dan menghalang manusia dari melakukan maksiat.
“Dan sebab itu penceraian dapat dielakkan jika kedua-dua pasangan memahami dan sedar mengenai matlamat sebenar perkahwinan mereka,” katanya.
Sinar

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...