Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Friday, January 25, 2013

Kewajipan mentaati ibu bapa

Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang tinggi. Syariat menetapkan mentaati ibu bapa sebagai satu kewajipan yang perlu dilakukan oleh setiap anak. Arahan mentaati ibu bapa banyak terdapat di dalam al-Quran dan al-Hadis membuktikan peri pentingnya dilakukan perkara tersebut. 
Antara ayat menyuruh berbuat baik terhadap ibu bapa ialah ayat 36 surah an-Nisa bermaksud: �Sembahlah Allah, dan janganlah kamu mempersekutu-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapamu� 
Sesungguhnya Allah perintahkan setiap anak mentaati dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Firman Allah dalam bermaksud: �Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapa.� - (surah al-Ahqaaf, ayat 15).
Anak beriman sudah tentu tidak mengabaikan ibu bapa, terutama yang sudah lanjut usia. Menjaga ibu bapa adalah lebih utama berbanding pergi berjihad di medan perang. Ketetapan ini dapat difahami daripada kisah di mana Rasulullah menolak permintaan seorang anak mudah ingin turut sama berjihad di medan perang, sedangkan dia masih ada kedua ibu bapa yang telah uzur dan memerlukan jagaannya.
Kemuliaan peribadi seseorang dapat diukur berdasarkan kepada bagaimana dia melayan ibu bapanya sendiri. Tidak menghormati ibu bapa adalah tanda kekufuran yang dilakukan oleh orang tidak beriman. 
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 83, menceritakan antara sikap orang berpaling tadah, yakni ingkar perintah-Nya. �Dan ingatlah ketika Kami mengambil janji Bani Israel: janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim dan orang miskin serta ucapkanlah kata yang baik kepada manusia, dirikanlah solat dan tunaikan zakat. Tetapi malangnya kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan kamu selalu berpaling tadah.�
Keutamaan mentaati dan berbuat baik ibu bapa mendahului pihak lain kerana ibu bapa paling hampir dengan kehidupan seseorang. Ibu menanggung azab dan kesukaran sepanjang sembilan bulan sepuluh hari mengandung dan menyusukan anak selama kira-kira dua tahun. Bapa pula membanting tulang memerah fikiran dan keringat mencari rezeki untuk membesarkan anak. 
Justeru itu apa-apa kebaikan yang ingin dilakukan, haruslah diutamakan kepada kedua ibu bapa. Ada orang yang suka belanja kawan dan kepada perkara lain, sedangkan tidak pula menghulangkan sumbangan kepada ibu bapa yang memerlukannya. 
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 215 bermaksud: �Mereka bertanya kepadamu apa yang harus mereka nafkahkan. Jawablah: �Apa sahaja yang kamu nafkahkan itu (dari harta kekayaan) hendaklah diberikan kepada kedua orang tua, kaum kerabat, anak-anak yatim piatu, orang-orang fakir, miskin, orang dalam perjalanan. Apa sahaja kebajikan yang kamu kerjakan, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.�
Ayat di atas dengan jelas menunjukkan kedudukan ibu bapa adalah yang pertama, sebelum dibelanjakan kepada golongan lain. Bahkan, belanja kawan (contohnya belanja makan) tidak termasuk dalam senarai yang dijelaskan. Hal demikian bukan bermakna tidak boleh, tetapi dari segi keutamaan adalah lebih baik mengikut apa yang dianjurkan dalam ayat di atas. 
Hati ibu bapa tentu mudah terusik dengan sikap anak yang tidak menurut perintah atau melakukan sesuatu yang biadab. Kata-kata kesat, kasar, bantahan dan ugutan yang diucapkan oleh anak tentulah lebih mudah menjadikan ibu bapa sebak dan menitiskan air mata. 
Oleh sebab itu, Allah memerintahkan agar anak bercakap dengan bahasa yang baik dengan ibu bapa. Islam menganjurkan agar anak sentiasa bersopan santun ketika bercakap atau melayan ibu bapa. 
Firman Allah bermaksud bermaksud: �Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata �cis� terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.� (Surah al-Israk, ayat 23).
Biarpun ketaatan kepada ibu bapa itu satu perkara wajib dilakukan, namun ia hanya kepada perkara kebaikan. Sekiranya ibu bapa menyuruh melakukan perkara bertentangan dengan norma kemanusiaan dan hukum agama, maka perlulah ia dibantah. 
Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya surah al-Ankabut, ayat 8 bermaksud: �Kami amanatkan kepada manusia agar menyatuni ibu bapanya. Seandainya mereka memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak engkau ketahui, jangan ikut kedua-duanya. Hanya kepada Aku engkau kembali dan akan Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu lakukan.� 
Sememangnya terdapat ibu atau bapa bersifat kebinatangan. Kejadian haruan makan anak dan harapkan pagar, pagar makan padi semakin menjadi-jadi. Anak perempuan menjadi mangsa keganasan dan kebuasan bapa sendiri. 
Manakala itu terdapat ibu yang hilang sifat keibuannya. Ibu menggadaikan maruah anak gadisnya kepada lelaki buas atau menggalakkan anak mengikuti sikapnya sebagai betina jalanan. 
Jika keadaan tersebut, maka tiada lagi ketaatan bagi mengikuti kehendak itu. Namun begitu, ia tidak pula menghalang daripada mentaati dalam keperluan-keperluan lain. Biarpun sejahat mana akhlak ibu atau bapa, mereka masih perlu dihormati sebagai ibu bapa.
Dalam satu riwayat oleh Bukhari, Rasulullah pernah ditanya oleh Abdullah bin Amru tentang amalan lebih dikasihi Allah. Lalu Baginda menjawab: �Solat dalam waktunya.� Tanya Abdullah lagi: �Selepas itu apa?� Baginda menambah: �Berbuat (berbakti) baik kepada kedua ibu bapa.� Abdullah bertanya lagi: �Kemudian itu Rasulullah? Baginda menjawab: �Berjuang di jalan Allah.� 
Justeru, berhati-hatilah dalam urusan menjaga hak ibu bapa. Sesungguhnya Rasulullah mengsabitkan orang yang tidak menghormati orang tua sebagai bukan dari golongan muslim. 

Tabrani ada meriwayatkan sebuah hadis bermaksud: �Bukanlah dari golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasahi anak kecil kami.� 
Manakala itu dalam satu hadis Rasulullah menyatakan bahawa dosa paling besar selain menyekutukan Allah ialah menderhaka kepada ibu bapa. Maksud hadis riwayat Bukhari dan Tarmizi: �Mahukah kamu aku beritakan antara dosa yang paling besar iaitu menyekutukan Allah dan derhaka kepada ibu bapa.�
Balasan terhadap kesalahan menderhaka terhadap ibu bapa akan dirasakan ketika di dunia lagi. Sabda nabi, yang bermaksud: �Semua dosa ditangguhkan oleh Allah (seksaan) mana-mana yang dikehendaki-Nya sehingga hari kiamat, melainkan dosa kerana menderhaka dua ibu bapa. Maka sesungguhnya, Allah akan segerakan seksaan dan azab ke atas pelakunya ketika hidupnya, sebelum mati.� - (Hadis riwayat Tabrani dan Hakim).
Allah akan meredai usaha seorang anak, jika usaha itu diredai oleh ibu bapanya. Dan Allah akan murka jika ibu bapanya murka. �Keredaan Allah berdasarkan keredaan ibu bapa. Dan kemurkaan Allah juga berdasarkan kemurkaan ibu bapa.� - (Hadis riwayat Tarmizi).
Sebab itu kita dapat perhatikan, anak-anak yang derhaka, mengabaikan dan tidak mementingkan tanggungjawab menghormati ibu bapanya, tidak beroleh kebahagiaan dalam hidupnya. Biarpun memperoleh kekayaan, maupun jawatan tinggi, hidup yang dilalui penuh kesengsaraan dan ditimpakan pelbagai malapetaka, termasuklah kesengsaraan jiwa.

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...