Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Friday, January 25, 2013

Baik Ke Jahat???

Anda baik atau jahat??
yang mana lebih baik? yang baik atau yang jahat?
mak selalu berpesan,jgn kawan dgn bdak2 jahat,nnt diri sendiri susah..
kawanlah dgn kwn2 yg baik,nescaya kamu pun akan menjadi sebahagian daripada yang baik2 jugak..
so,maksudnya,kita klu nak jd baik,kna kawan ngan org yg baik2 je la... 
klu ada kwn2 yg jahat dan nakal tu,kena jauhi sbb takut nanti jahat mereka tu berjangkit... 
betul ke camtu?

Dalam konsep pendidikan Islam, ke2-2 golongan,sama ada yang baik mahupun yang nakal atau jahat, samasama memerlukan perhatian. Yang nakal dan jahat perlu dididik supaya mereka jadi baik. Yang sudah semulajadi baik perlu dididik supaya baik mereka itu bukan setakat baik semula jadi tetapi baik kerana takutkan Tuhan. budak jahat mesti jadi baik kerana takutkan Tuhan. Manusia baik juga mesti jadi baik kerana takutkan Tuhan.

Kalau elemen ini tidak ada, jahat sudah tentulah jahat tetapi baik belum boleh dianggap baik pada pandangan Islam. Baik semula jadi belum tentu baik. manusia jadi nakal dan jahat kerana disepanjang hidup mereka tidak diperkenalkan kepada sesuatu perkara baik. Oleh itu sifat baik tidak ada dalam diri mereka. Justeru nafsu mereka tidak terdidik dan berkeadaan liar. Mereka berni buat sesuka hati dan mengikut kehendak hawa nafsu semata-mata. Tidak ada apa-apa yang mereka takutkan. Tuhanpun mereka tidak takut. Kalaupun mereka ini nampak baik dan tidak menimbulkan masalah di tempat awam, ini adalah kerana mereka takutkan hukuman dan tindakan undang-undang. Jika kawalan kurang dan mereka tidak diawasi sepenuhnya, kejahatan mereka akan timbul dan terserlah juga. Mereka terkawal hanya kerana adanya pencegahan yang bersifat luaran.

Kalau pencagahan luaran ini kendur atau berkurangan atau mereka yakin tidak akan ditangkap, maka mereka akan berperangai mengikut sifat semulajadi mereka yang nakal dan jahat itu. Mereka takutkan hukuman lebih dari Tuhan.Ada pula manusia yang baik tetapi bukan kerana semulajadi baik. Mereka jadi baik kerana suasana keluarga mereka atau kerana suasana kampung mereka baik. Oleh itu mereka pun terikut menjadi baik. Baik ini baik semulajadi. Baik ikut suasana dan persekitaran. Kalau suasana tidak berubah, mereka akan kekal baik. Tetapi kalau suasana berubah dan mereka terpengaruh, terancam, tergugat atau teruji, sifat mereka yang baik itu akan hilang dalam sekelip mata. Sifat jahat mereka pula akan terserlah.

Sifat baik seperti ini tidak mencengkam hati. Sifat baik ini belum lagi sifat hatinya yang sebenar. Ia belum jadi pakaian.Ia hanya melekat dan tidak bersemadi didalam hati. Ia tidak tahan diuji. manusia baik seperti ini pada hakikatnya masih jahat.Dia ada potensi untuk menjadi jahat. Ini kerana kejahatan masih bersarang dalam lubuk hatinya. Walaupun luarannya baik, hatinya masih jahat. Dia ibarat sebuah bom jangka.

Kalau suasana berubah, bila-bila masa sahaja dia akan meletup.Manusia baik seperti ini mesti dididik supaya baiknya itu adalah kerana takutkan Tuhan dan bukan hanya kerana pengaruh keluarga, suasana dan environmen. Itu sebab kita lihat ramai pencuri, perompak, pembunuh dan perogol yang kita tidak sangka sebab mereka nampak macam baik namun hati mereka jahat. Datuk sendiri pun ada yang merogol cucunya.

Rasulullah SAW ada bersabda: Maksudnya: Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Kalau baik daging itu maka baiklah orangnya.Kalau jahat daging itu maka jahatlah orangnya. Ketahuilah, itulah hati.

Di sini kita dapat faham bahawa untuk menjadikan seseorang itu benar-benar baik, hatinyalah yang patut dididik dan dijadikan baik. Untuk membaiki hati, perlu kepada didikan dan mujahadah untuk menundukkan nafsu. Kuncinya ialah dengan membawa hati dan nafsunya supaya takutkan Tuhan dan cintakan Akhirat. Manusia jahat kena dididik hatinya. Manusia yang baik pun kena dididik hatinya. Kedua-duanya tidak boleh dibiarkan.

Tuhan sudah tentu tidak menyukai orang yang jahat hati dan jahat perangainya. Tuhan juga tidak mengiktiraf orang yang baik perangainya tetapi jahat hatinya. Yakni orang yang berpura-pura baik atau yang berkelakuan baik tetapi bukan kerana dorongan hatinya tetapi atas alasan dan kepentingan lain atau memang sudah kebiasaannya begitu. Tuhan tidak melihat kepada lahir seseorang itu tetapi Tuhan melihat kepada apa yang ada didalam hatinya.

Hakikat diri manusia itu adalah hatinya. Kalau baik hatinya maka baiklah dia. Kalau jahat hatinya, maka jahatlah dia walaupun dia tidak berbuat jahat dan pada lahirnya dia nampak baik. Kalau dia baik di sisi manusia kerana dia tidak membuat kejahatan, tetapi kalau hatinya jahat, dia tetap jahat di sisi Tuhan.Orang yang membuat jahat lahir, dia ada dua kejahatan.

Satu jahat lahir yang dibuatnya dan satu lagi jahat hati yang mendorongnya membuat kejahatan lahir tersebut. Orang yang jahat hati, dia tetap berdosa kerana kejahatan hatinya itu walaupun pada lahirnya dia tidak membuat apa-apa kejahatan.Kejahatan hati itu adalah segala sifat mazmumah ( sifat keji) yang bersarang dalam hati. Iaitu hasad dengki, panas baran,pemarah, dendam, sombong, angkuh, tinggi diri dan lain-lain lagi.

Ia adalah dosa batin, dosa rohaniah atau dosa hati. Ia adalah lebih halus dan lebih seni dari dosa lahir. Dosa lahir mudah kita kesan dan mudah kita bertaubat. Hendak buat dosa lahir pun bukan senang. Ia susah kerana kita kena berusaha untuk membuatnya. Ada banyak resiko. Tetapi dosa hati kita tidak sedar. Buat dosa hati pula mudah. Orang pun tidak tahu. Ramai manusia terlibat dengan dosa hati tanpa bertaubat dan mati membawa dosa-dosa tersebut.

p/s -----> nakal tak semestinya jahat

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...