Diceritakan bahawa pada suatu hari*Abdullah bin Jaafarsedang berpergian.
Ketika sampai di sebuah kebun kurma milik seseorang, dia berhenti untuk
beristirehat. Didapatinya di situ ada seorang hamba abdi berkulit hitam yang
menjaga kebun kurma tersebut. Tiba-tiba hamba abdi itu mengeluarkan bekalnya
untuk makan yang berupa tiga potong makanan. Seekor anjing datang menghampirinya
dan berpusing-pusing berhampiran si hamba sambil menyalak sebagai tanda ingin
merasa makanan itu. Lidahnya pun dihulur-hulurkannya keluar.
Hamba abdi yang peka itu mencampakkan sepotong makanannya ke arah anjing dan dimakannya. Kemudian dicampakkannya pula sepotong lagi dan dimakannya pula. Ternyata anjing itu masih belum mahu lari juga. Maka hamba abdi itu mencampakkan lagi makanannya untuk ketiga kalinya dan dimakannya lagi. Maka habislah semua bekal si hamba kerana diberikan kepada anjing yang datang.
Abdullah bin Jaafar yang melihat perkara itu sangat hairan, kerana si hamba telah memberikan semua makanannya kepada anjing. “Wahai anakku, berapa banyakkah makananmu sehari di tempat ini?” tanya Abdullah bin Jaafar.
“Tiga potong saja yang kesemuanya telah dimakan anjing tadi.” Jawab si hamba.
“Mengapa engkau berikan semua kepada anjing itu? Dan engkau sendiri akan makan apa?” tanya Abdullah.
“Wahai tuan. Tempat ini bukanlah kawasan anjing. Jadi aku yakin dia datang dari tempat yang jauh, sedang bermusafir dan tentu dia sangat lapar. Sedang aku sendiri, biarlah tidak makan hari ini sehingga esok.” jawab si hamba.
Mendengar itu, Abdullah berseru: “Subhanallah. Bagus... bagus. Ternyata hamba itu lebih dermawan daripada saya.”
Kerana rasa terharunya dan merasa kedermawanannya masih dikalahkan oleh seorang hamba hitam, Abdullah bin Jaafar membeli kebun kurma dan hamba abdi itu dari tuannya. Kemudian dia memerdekakan si hamba, dan kebun kurma itu diberikan kepadanya. Setelah itu, dia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanannya.
__________________________________________
Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib lahir di Negeri
Habsyah ketika umat Islam sedang berpindah ke sana dengan dipimpin oleh ayahnya
Jaafar bin Abi Talib. Dialah keluarga Bani Hasyim yang paling akhir melihat
Rasulullah SAW Ketika Nabi SAW membaiatnya, Abdullah bin Jaafar baru berumur
tujuh tahun, turut bersama dalam baiat itu Abdullah bin Zubair yang umurnya juga
baru tujuh tahun.Abdullah bin Jaafar memang terkenal sangat dermawan. Dia pernah
bersedekah sehingga beribu-ribu dinar dalam satu masa, enam puluh ribu, empat
puluh ribu dinar dan lain-lain. Muawiyah sangat suka kepadanya dan memberinya
satu juta dirham setiap tahun. Suatu masa ketika Muawiyah mengerjakan memberinya
lima puluh ribu dinar. Abdullah bin Jaafar wafat pada tahun 83 Hijrah.
Hamba abdi yang peka itu mencampakkan sepotong makanannya ke arah anjing dan dimakannya. Kemudian dicampakkannya pula sepotong lagi dan dimakannya pula. Ternyata anjing itu masih belum mahu lari juga. Maka hamba abdi itu mencampakkan lagi makanannya untuk ketiga kalinya dan dimakannya lagi. Maka habislah semua bekal si hamba kerana diberikan kepada anjing yang datang.
Abdullah bin Jaafar yang melihat perkara itu sangat hairan, kerana si hamba telah memberikan semua makanannya kepada anjing. “Wahai anakku, berapa banyakkah makananmu sehari di tempat ini?” tanya Abdullah bin Jaafar.
“Tiga potong saja yang kesemuanya telah dimakan anjing tadi.” Jawab si hamba.
“Mengapa engkau berikan semua kepada anjing itu? Dan engkau sendiri akan makan apa?” tanya Abdullah.
“Wahai tuan. Tempat ini bukanlah kawasan anjing. Jadi aku yakin dia datang dari tempat yang jauh, sedang bermusafir dan tentu dia sangat lapar. Sedang aku sendiri, biarlah tidak makan hari ini sehingga esok.” jawab si hamba.
Mendengar itu, Abdullah berseru: “Subhanallah. Bagus... bagus. Ternyata hamba itu lebih dermawan daripada saya.”
Kerana rasa terharunya dan merasa kedermawanannya masih dikalahkan oleh seorang hamba hitam, Abdullah bin Jaafar membeli kebun kurma dan hamba abdi itu dari tuannya. Kemudian dia memerdekakan si hamba, dan kebun kurma itu diberikan kepadanya. Setelah itu, dia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanannya.
__________________________________________

No comments:
Post a Comment