Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Monday, June 25, 2012

AIM bantu usahawan


ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Maksudnya, Allah membantu makhluknya berubah dalam kehidupan apabila doa dipanjatkan dan usaha sendiri diteruskan.
Sehubungan itu Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) mewujudkan konsep persaudaraan yang boleh membantu sesama umat melalui projek ekonomi secara kecil-kecilan.
AIM menawarkan pinjaman kepada kumpulan kecil seramai lima orang menjalankan perniagaan masing-masing.
Ahli kumpulan bertindak menjadi mentor dan mantee bagi memastikan projek perniagaan mereka mampu berjaya dan membayar balik pinjaman mengikut jadual ditetapkan.
Setiap minggu kira-kira 40 hingga 60 peminjam berkumpul di pusat pembayaran balik pinjaman, di samping menjalankan pelbagai kegiatan yang dipimpin seorang pegawai AIM dan kumpulan peminjam.
Ternyata program itu mendapat sambutan dan berjaya membantu khasnya, rakyat luar bandar keluar daripada kepompong kemiskinan.
Sehubungan itu AIM menawarkan pinjaman berskala besar kepada usahawan kecil di Bagan Datoh, Perak yang dianggap sebagai pemangkin pembangunan sosio-ekonomi rakyat miskin di kawasan berkenaan.
Tahun lalu AIM menyediakan peruntukan pinjaman berasaskan sistem muamalat Islam Qadul Hassan berjumlah RM22 juta di Hilir Perak dan Parlimen Bagan Datoh RM (RM10 juta).
Tahun ini AIM menambah peruntukan kepada RM26 juta di Hilir Perak, manakala Parlimen Bagan Datoh (RM12 juta).
AIM yang mula bergerak di kawasan Hilir Perak terutamanya di Bagan Datoh pada 1990 berjaya membantu 3,427 usahawan di Hilir Perak dan 1,227 di Bagan Datoh.
Penolong Pengurus AIM Wilayah Perak dan sekitarnya, Norhaliza Dolah berkata, tujuan AIM diperkenalkan di Bagan Datoh adalah untuk menyalurkan modal kepada masyarakat berpendapatan rendah mengembangkan projek sedia ada, terutamanya di kalangan nelayan, peniaga kecil, petani dan sektor-sektor lain.
Menurutnya, setiap peminjam yang dikenali sebagai Sahabat AIM dan berpotensi besar dalam memperluaskan perniagaan yang diusahakan layak memohon pinjaman sehingga berjumlah RM50,000 dan tempoh bayaran balik dibenarkan selama lima tahun.
"Bagi memudahkan urusan di samping tidak membebankan peminjam mereka boleh membuat bayaran secara mingguan.
"Kadar bayaran perkhidmatan dikenakan lima peratus untuk pinjaman selama enam bulan dan 10 peratus untuk pinjaman setahun dan ke atas," katanya pada majlis Hari Keluarga Sahabat AIM peringkat Parlimen Bagan Datoh, Perak, baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...