Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga
dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah
ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.
Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman.
Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran.
Cucunya ingin menjadi seperti Atuk & meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.
Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran
macam Atuk baca tapi saya tak faham pun & jika saya faham sekali pun
saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya.
Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’
Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas
badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa
guni arang batu ini ke sungai & bawakan saya seguni air.’
Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu
membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa &
berkata, ‘Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’
Dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba
sekali lagi.
Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju,
sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih,
dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam
guni & dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘
saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat
mencubanya.’ Dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.
Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin
dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak
menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang
dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia
sampai ke rumah.
Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai
& berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai
kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’
tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang
tua itu berkata,’ tengok guni itu.’
Budak lelaki itu melihat
akan guni tersebut & buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni
tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor
bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar & dalam.
"Cucuku,
itulah yang akan berlaku jika kamu membaca Al-Quran. Kamu mungkin tidak
faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila kamu membacanya, kamu
akan berubah dengan sendirinya, dalaman & luaran. Itulah kurniaan
Allah s.w.t. dalam kehidupan kita".
"Al-Qur'an ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk & rahmat bagi kaum yang meyakini". (Al- Jathiyah, 45:20)
Pages
"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."aurat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Translate
Muhasabah Diri Sebelum Tidur
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
No comments:
Post a Comment