Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Monday, December 16, 2013

Amalan Doa Untuk Kecantikan Dalaman Dan Luaran

 Sila klik pada gambar untuk besarkan.
Doa Penyeri, Pemanis Wajah dan Pengasih
  1. Baca Ayat 4 Surah Yusuf diikuti dengan ayat 39 Surah Thahaa (yang dalam kotak sahaja) sebanyak 3 kali
  2. Kemudian, tiup ke kedua tapak tangan dan raup ke muka.
  3. Buat selepas selesai solat fardhu.

Bacaan Doa Sebelum Tidur
  1. Membaca Bismillah (21 kali)
  2. Mengucap Dua Kalimah Syahadah
  3. Membaca Selawat ke atas Nabi SAW
  4. Membaca Ayat Kursi (1 kali)
  5. Membaca Surah Al Fatihah (1 kali)
  6. Membaca Surah Al Ikhlas (3 kali)
  7. Membaca Surah Al Falaq (1 kali)
  8. Membaca Surah An Nas (1 kali)
  9. Mohon semoga Allah mengampunkan dosa-dosa diri sendiri, suami/isteri, anak-anak, kedua ibu bapa serta mertua (sekiranya ada) dan seluruh umat Islam di dunia ini bagi yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia
  10. Maafkan dosa-dosa sekalian mereka terhadap diri sendiri
  11. Mohon agar mereka juga mengampunkan semua dosa-dosa terhadap mereka 
  12. Akhir sekali, tidurlah sambil berzikir sehingga terlelap
Mia dah mula buat. Jadi apa salahnya, pengunjung blog Mia pun buat juga. Macam mana, best tak? Ini baru sedikit. Ada banyak lagi. Cuba buat yang ini dulu ya..

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...