Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Saturday, February 16, 2013

Ubat Penyembuh Hati

Terdapat dua penyakit hati iaitu : 

Pertama, jenis penyakit yang kesakitannya tidak dirasakan seketika oleh orang yang dijangkitinnya. Seperti penyakit kejahilan, syubhat, penyakit syahwat dan penyakit syubhat. Jenis-jenis penyakit tersebut adalah sangat berbahaya. Sebagai ubatnya adalah perlu kepada bimbingan dan tunjuk ajar para Rasul yang membawa hidayah , dan pada masa kini tentunya adalah golongan ulama'. Pengubatan seperti ini lebih dikenali sebagai sistem terapi secara syar'i. 
kedua, adalah seperti gelisah, sedih, susah, sentiasa marah dan lain-lain. Penyakit seperti ini boleh diubati dengan cara pengubatan TABI'I. Iaitu seperti dengan menghilangkan punca-puncanya atau mengubati dengan ubat-ubat yang boleh menyembuhkan perasaan-perasaan di atas. Ini kerana, adakalanya rasa sakit pada hati itu merupakan kesan daripada badan yang sakit, begitu juga sebaliknya. Penyakit ini biasanya terasa dengan serta-merta. 
Perasaan gelisah, sedih dan kecil hati adalah juga menyakitkan hati. Ubatnya adalah dengan sentiasa menenangkan fikiran sehingga lahir perkara gembira, suka ria dan besar hati. Jika proses penyembuhan tersebut dengan menggunakan kaedah pengubatan yang hak (betul), maka hati itu akan berjaya di ubati, menjadi sihat dan sembuh dari penyakitnya. Sebaliknya, jika ia menggunakan cara yang salah dan batil maka akan tidak dapat sembuh , bahkan semakin banyak penyakit yang akan berjangkit kerananya. 

Kejahilan dan kebodohan merupakan penyakit yang menjangkiti hati. Sesetengah orang mengubatinya dengan menggunakan ilmu-ilmu yang tidak bermanfaat. Ia beranggapan bahawa penyakit jahil di atas boleh di sembuhkan dengan ilmu yang tidak bermanfaat di atas. Padahal sebenarnya ianya hanya akan menambahkan rasa sakit yang tersembunyi dalam hati itu sendiri. Jadi, yang boleh menyembuhkan penyakit jahil itu hanyalah ilmu yang bermanfaat. 
Huraian pada bab ini dapat disimpulkan, "Bahawasanya berbagai-bagai penyakit hati ada yang boleh disembuhkan dengan kaedah rawatan dan pengubatan secara Tabi'i, bagaimanapun yang lebih banyak, ianya hanya dapat disembuhkan dengan rawatan secara Syari'i, iaitu menerusi cahaya keimanan atas bimbingan Nabi SAW dan pewarisnya (iaitu Ulama, pada masa kini)." Dan hendaknya di maklumi bahawa hati itu juga ada halnya hidup sihat, mati, sakit dan perlu kepada rawatan dan pengubatan. Ia adalah lebih penting daripada merawat badan.

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...