Ketika jiwa kita hampa, sedih, kecewa, resah atau
hilang sesuatu sehingga sukar mencari penyelesaiannya, solat adalah
alternatif terbaik. Sesungguhnya, di saat kita melakukan solat, hati
akan menjadi tenang dalam kekhusyukan & membara kerinduan kita
terhadapNya. Selepas bersimpuh & bersujud padaNya, biasanya kita
akan berdoa. Oleh itu, berdoalah dengan penuh harapan agar dimakbulkan
segala keinginan & dijauhkan segala kemaksiatan agar hidup kita
berkat di dunia & akhirat, insyaallah
Di sini saya ingin berkongsi doa solat-solat sunat di dalam Bahasa
Melayu untuk panduan kita semua. Sejujurnya, saya lebih suka membacakan
doa ini dalam bahasa kita sendiri kerana mudah difahami dan kita tahu
apa maksud disebalik sesebuah doa itu. Bila kita memahami maksudnya,
saya merasakan diri saya semakin dekat denganNya. Bukanlah saya
menidakkan kemampuan Bahasa Arab kerana itu sememangnya bahasa Al Quran
dan dalam solat pun kita membacanya.
1. Doa Solat Sunat Dhuha
Ya
Allah! Sesungguhnya waktu dhuha, dhuhaMu, cahayanya cahayaMu,
keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya
kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.
Ya
Allah! Jika ada rezekiku di langit maka turunkanlah, dan jika ada
rezekiku di bumi maka keluarkanlah, dan jika ianya sukar maka
permudahkanlah, jika ianya haram maka bersihkanlah, dan jika ianya jauh
maka perdekatkanlah, dan jika ia dekat maka permudahkanlah, dengan
kebenaran dhuhaMu, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu.
Berilah kepadaku sebagaimana Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang
soleh, dan Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Muhammad, kaum
keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan
Pentadbir seluruh alam.
2. Doa Solat Sunat Tahajud
Ya
Allah! BagiMu segala puji, Engkau penegak langit dan bumi, alam semesta
serta segala isinya. BagiMu segala puji, bagiMu kekuasaan di langit dan
di bumi, alam semesta dan segala isinya. BagiMu segala puji pemancar
cahaya langit dan bumi. BagiMu segala puji, Engkaulah yang benar dan
janjiMu benar, bertemu denganmu adalah benar, firmanMu benar. Syurga
adalah benar dan neraka Allah benar dan semua Nabi itu adalah benar.
Nabi Muhammad s.a.w adalah benar dan kiamat itu adalah benar.
Ya
Allah! KepadaMu aku berserah diri, kepada Engkau aku beriman, kepada
Engkau aku bertawakal, kepada Engkau aku kembali dan kepadaMu aku
berhukum. Ampunilah aku atas kesalahan yang sudah aku lakukan dan yang
sebelumnya, baik yang aku sembunyikan atau yang aku nyatakan, dan apa
sahaja yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Engkaulah yang terdahulu
dan Engkaulah yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya
dan kekuatan melainkan Allah.
3. Doa Solat Sunat Istikharah
Ya
Allah! Sesungguhnya aku meminta petunjuk yang baik dariMu, dengan
ilmuMu, aku meminta kekuatan dariMu dengan kekuatanMu. Aku meminta
dariMu dari kelebihanMu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa,
aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling
mengetahui perkara-perkara ghaib.
Ya Allah! Jika
Engkau mengetahui bahawa *perkara ini baik untukku, pada agamaku,
duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang, maka
tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku. Jika Engkau mengetahui
bahawa *perkara ini tidak baik untukku , pada agamaku, duniaku dan
kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang, maka elakkannya
dariku dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di
mana sahaja aku berada, sesungguhnya hanya Engkau yang berkuasa di atas
segala sesuatu dan daku meredhainya.
*Perkara yang ingin dipohon itu boleh juga dinyatakan secara terperinci
4. Doa Solat Sunat Hajat
Ya
Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu hal-hal yang dapat menentukan
rahmatMu dan menguatkan pengampunanMu, memperoleh segala kebaikan,
menyelamatkan dari kejahatan, memperoleh syurga dan selamat dari api
neraka.
Ya Allah! Sesungguhnya Engkau mendengar
ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir dan batinku, dan
tidak satu urusan pun dari urusanku yang tersembunyi olehMu, dan aku
adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang meminta
pertolongan dan yang mohon bantuan, hamba yang penakut, yang minta
dikasihani yang mengakui dan menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu.
Ya
Allah! Aku mohon kepadaMu sebagaimana memintanya si miskin, dan aku
berdoa kepadaMu seperti doanya orang berdosa yang amat hina. Aku mohon
kepadaMu, seperti orang penakut lagi pula buta, juga seperti berdoanya
orang yang menundukkan jiwanya, merendahkan raganya dan wajah serta
hidungnya kepadaMu.
Semoga perkongsian saya yang tidak seberapa ini menjadi panduan untuk anda semua.
Kita
boleh berdoa apa sahaja yang kita nak kepadaNya, tapi Allah SWT lebih
mengetahui apa yang terbaik dalam hidup kita. Janganlah kita mengeluh
seandainya doa kita tidak dimakbulkan dan bersangka baik lah padaNya.
Akhir kalam, maafkan saya kalau coretan saya ini hanya menggunakan
bahasa yang simple & ada mengguris hati mana-mana pihak, saya
hanyalah insan yang khilaf disisiNya
Pages
"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."aurat
Saturday, January 5, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Translate
Muhasabah Diri Sebelum Tidur
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
No comments:
Post a Comment