| 
Diriwayatkan dari Abu Said, ia berkata : Adalah 
Nabi (S.A.W.). pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha keluar ke 
mushalla ( padang untuk solat ), maka pertama yang beliau kerjakan 
adalah solat, kemudian setelah selesai beliau berdiri menghadap kepada 
manusia sedang manusia masih duduk tertib pada Saf mereka, lalu beliau 
memberi nasihat dan wasiat (khutbah ) apabila beliau hendak mengutus 
tentera atau ingin memerintahkan sesuatu yang telah beliau putuskan, 
beliau perintahkan setelah selesai beliau pergi. (H.R. : Al-Bukhary dan 
Muslim ) 
Telah berkata Jaabir 
(R.A.): Saya menyaksikan solat 'ied bersama Nabi (S.A.W.). Beliau 
memulai solat sebelum khutbah tanpa azan dan tanpa iqamah, setelah 
selesai beliau berdiri bertekan atas Bilal, lalu memerintahkan manusia 
supaya bertaqwa kepada Allah, mendorong mereka untuk taat, menasihati 
manusia dan memperingatkan mereka, setelah selesai beliau turun 
mendatangi saf wanita dan selanjutnya beliau memperingatkan mereka. (H.R
 : Muslim ) 
Diriwayatkan dari Ibnu Umar (R.A.). ia 
berkata : Umar mendapati pakaian tebal dari sutera yang dijual, lalu 
beliau mengambilnya dan membawa kepada Rasulullah (S.A.W.). lalu berkata
 : Ya Rasulullah belilah pakaian ini dan berhiaslah dengannya untuk hari
 raya dan untuk menerima utusan. Maka beliaupun menjawab : Sesungguhnya 
pakaian ini adalah bagian orang-orang yang tidak punya bagian di akhirat
 (yakni orang kafir). ( H.R Bukhary dan Muslim ) 
Diriwayatkan
 dari Ummu 'Atiyah (R.A.). ia berkata : Rasulullah (S.A.W.). 
memerintahkan kami keluar pada Aidilfitri dan Aidiladha semua 
gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam 
kamarnya. Adapun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari mushalla
 (tempat solat 'ied ), mereka meyaksikan kebaikan dan mendengarkan 
dakwah kaum muslimin (mendengarkan khutbah ). Saya berkata : Yaa 
Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau 
bersabda: Supaya saudaaranya meminjamkan kepadanya dari jilbabnya. (H.R :
 Jama'ah) 
Diriwayatkan dari Anas bin Malik (R.A.). ia 
berkata : Adalah Nabi (S.A.W.). Tidak berangkat menuju mushalla kecuali 
beliau memakan beberapa biji kurma, dan beliau memakannya dalam jumlah 
bilangan ganjil. (H.R. : Al-Bukhary dan Muslim ) 
Diriwayatkan
 dari Burayaidah (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.) keluar untuk 
solat Aidilfitri sehingga makan terlebih dahulu dan tidak makan pada 
solat Aidiladha sehingga beliau kembali dari solat 'ied. ( H.R : Ibnu 
Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad) 
Diriwayatkan dari Ibnu 
Abbas (R.A.). ia berkata : Bahwasanya Nabi (S.A.W.). keluar untuk solat 
Aidilfitri dua raka'at, tidak solat sunah sebelumnya dan tidak pula 
sesudahnya. (H.R : Bukhary dan Muslim ) 
Diriwayatkan dari
 Jaabir (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.) apabila keluar untuk 
solat 'ied ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan (yakni waktu 
berangkat melalui satu jalan dan waktu kembali melalui jalan yang lain 
). (H.R : Bukhary ) 
Diriwayatkan dari Yazid bin Khumair 
Arrahbiyyi (R.A.). ia berkata : Sesungguhnya Abdullah bin Busri seorang 
sahabat nabi (S.A.W.). keluar bersama manusia untuk solat Aidilfitri 
atau Aidiladha, maka beliau mengingkari keterlambatan imam, lalu berkata
 : Sesungguhnya kami dahulu ( pada zaman Nabi (S.A.W.) pada jam-jam 
seperti ini sudah selesai mengerjakan solat 'ied. Pada waktu ia berkata 
demikian adalah pada solat Dhuha. (H.R. : Abu Daud dan Ibnu Majah) 
Diriwayatkan
 dari Abi Umair bin Anas, diriwayatkan dari seora)ng pamannya dari 
golongan Anshar, ia berkata: Mereka berkata: Karena tertutup awan maka 
tidak terlihat oleh kami hilal Syawal, maka pada pagi harinya kami masih
 tetap puasa, kemudian datanglah satu kafilah berkendaraan di akhir 
siang, mereka bersaksi di hadapan asulullah (S.A.W.).bahawa mereka 
kelmarin melihat hilal. Maka Rasulullah (S.A.W.). memerintahkan semua 
manusia ( ummat Islam ) agar berbuka pada hari itu dan keluar menunaikan
 solat 'ied pada hari esoknya. (H.R. : Lima kecuali At-Tirmidzi) 
Diriwayatkan
 dari Azzuhri, ia berkata : Adalah manusia (para) sahabat) bertakbir 
pada hari raya ketika mereka keluar dari rumah-rumah mereka menuju 
tempat solat 'ied sampai mereka tiba di mushalla ( tempat solat 'ied ) 
dan terus bertakbir sampai imam datang, apabila imam telah datang, 
mereka diam dan apabila imam bertakbir maka merekapun ikut bertakbir. 
(H.R.: Ibnu Abi Syaibah) 
Diriwayatkan bahawa Ibnu Mas'ud 
(R.A.). bertakbir pada hari-hari tasyriq dengan lafadz sbb: (artinya): 
Allah maha besar, Allah maha besar, tidak ada Illah melainkan Allah dan 
Allah maha besar, Allah maha besar dan bagiNya segala puji. (H.R. Ibnu 
Abi Syaibah dengan sanad shahih ) 
Diriwayatkan dari Amru 
bin Syu'aib, dari ayahnya, dari neneknya, ia berkata : Sesungguhnya Nabi
 (S.A.W.). bertakbir pada solat 'ied dua belas kali takbir. dalam 
raka'at pertama tujuh kali takbir dan pada raka'at yang kedua lima kali 
takbir dan tidak solat sunnah sebelumnya dan juga sesudahnya. (H.R. : 
Amad dan Ibnu Majah ) 
Diriwayatkan dari Samuroh, ia 
berkata: Adalah Nabi (S.A.W.). dalam solat kedua hari raya beliau 
membaca: Sabihisma rabbikal A'la dan hal ataka haditsul ghosiah. (H.R. :
 Ahmad ) 
Diriwayatkan dari Abu Waqid Allaitsi, ia berkata
 : Umar bin Khaththab telah menanyakan kepadaku tentang apa yang dibaca 
oleh Nabi (S.A.W.). Waktu solat 'ied . Aku menjawab : beliau membaca 
surah (qtarabatissa'ah ) dan ( Qaaf walqur'anul majid). (H.R. : Muslim )
 
Diriwayatkan dari Zaid bin Arqom (R.A.). ia berkata : 
Nabi (S.A.W.). Mendirikan solat 'ied, kemudian beliau memberikan 
ruhkshah / kemudahan dalam menunaikan solat Jumaat, kemudian beliau 
bersabda : Barang siapa yang mahu solat Jumaat, maka kerjakanlah. (H.R. :
 Imam yang lima kecuali At-Tirmidzi ) 
Diriwayatkan dari 
Abu Hurairah (R.A.). bahwasanya Nabi (S.A.W.). bersabda pada hari kamu 
ini, telah berkumpul dua hari raya (hari Jumaat dan hari raya), maka 
barang siapa yang suka solat Jum'at, maka solatnya diberi pahala sedang 
kami akan melaksanakan solat Jum'at. (H.R: Abu Daud 
)KESIMPULANHadits-hadits tersebut memberi pelajaran kepada kita tentang 
adab-adab solat hari raya sbb : Pakaian pada saat mendirikan solat kedua
 hari raya disunnahkan memakai pakaian yang paling bagus. (Dalil: 3 
)Makana. Sebelum berangkat solat Aidilfitri disunnahkan makan terlebih 
dahulu, jika terdapat beberapa butir kurma, jika tidak ada maka makanan 
apa saja.b. Sebaliknya pada Aidiladha, disunahkan tidak makan terlebih 
dahulu sampai selesai solat Aidiladha. (Dalil: 5 dan 6 )Mendengungkan 
takbir a. Pada hari raya Aidilfitri, takbir didengungkan sejak keluar 
dari rumah menuju ke tempat solat dan sesampainya di tempat solat terus 
dilanjutkan takbir didengungkan sampai solat dimulai. (Dalil : 11 )b. 
Pada hari raya Aidiladha, takbir boleh didengungkan sejak Shubuh hari 
Arafah (9 Dzul Hijjah ) hingga akhir hari tasyriq ( 13 Dzulhijjah ). 
(Dalil: 12) Jalan yang dilalui Disunnahkan membedakan jalan yang dilalui
 waktu berangkat solat hari raya dengan jalan yang dilalui di waktu 
pulang dari solat 'ied ( yakni waktu berangkat melalui satu jalan, 
sedang waktu pulang melalui jalan yang lain ). (Dalil: 8 )Bila terlambat
 mengetahui tibanya hari raya Apabila datangnya berita tibanya hari raya
 sudah tengah hari atau petang hari, maka hari itu diwajibkan berbuka 
sedang pelaksanaan solat hari raya dilakukan pada hari esoknya. (Dalil :
 10 )Yang menghadiri solat 'ied Solat 'ied disunnahkan untuk dihadiri 
oleh orang dewasa, baik lelaki maupun wanita, baik wanita yang suci dari
 haid maupun wanita yang sedang haid dan juga kanak-kanak baik laki-laki
 maupun wanita. Wanita yang sedang haid tidak ikut solat, tetapi hadir 
untuk mendengarkan khutbah 'ied. (Dalil: 4 )Tempat solat 'ied Solat 'ied
 lebih afdhal (utama) diadakan di mushalla iaitu suatu padang yang di 
sediakan untuk solat 'ied, kecuali ada uzur hujan maka solat diadakan di
 masjid. Mengadakan solat 'ied di masjid pada hal tidak ada hujan 
sementara lapangan (padang ) tersedia, maka ini kurang afdhal karena 
menyelisihi amalan Rasulullah (S.A.W.). yang selalu mengadakan solat 
'ied di mushalla (padang tempat solat ), kecuali sekali dua kali beliau 
mengadakan di masjid karena hujan. (Dalil: 1 dan 8 )Cara solat 'ieda. 
solat 'ied dua rakaat, tanpa azan dan iqamah dan tanpa solat sunnah 
sebelumnya dan sesudahnya. (Dalil: 1,2 dan 7 )b. Pada rakaat pertama 
setelah takbiratul ihraam sebelum membaca Al-Fatihah, ditambah 7 kali 
takbir. Sedang pada raka'at yang kedua sebelum membaca Al-Fatihah dengan
 takbir lima kali. (Dalil: 13 )c. Setelah membaca Fatihah pada rakaat 
pertama di sunnahkan membaca surah (sabihisma rabbikal a'la/surat ke 87 )
 atau surat iqtarabatissa'ah / surat ke 54 ). Dan setelah membaca 
Al-Fatihah pada raka'at yang kedua disunnahkan membaca surat (Hal Ataka 
Haditsul Ghaasyiyah/surat ke 88 ) atau membaca surat (Qaaf walqur'anul 
majid/surat ke 50 ).(Dalil : 15)d. Setelah selesai solat, imam berdiri 
menghadap makmum dan berkhutbah memberi nasihat-nasihat dan 
wasiat-wasiat, atau perintah-perintah penting.e. Khutbah hari raya ini 
boleh diadakan khusus untuk laki-laki kemudian khusus untuk wanita.f. 
Khutbah hari raya ini tidak diselingi duduk. (Dalil: 1 dan 2 )Waktu 
solat Solat 'ied diadakan setelah matahari naik, tetapi sebelum masuk 
waktu solat Dhuha. (Dalil: 9 )Hari raya jatuh pada hari Jum'at. Bila 
hari raya jatuh pada hari Jum'at, maka solat Jum'at menjadi sunnah, 
boleh diadakan dan boleh tidak, tetapi untuk pemuka umat atau imam 
masjid jami' sebaiknya tetap mengadakan solat Jum'at. (dalil: 16 dan 17 )
 | 
No comments:
Post a Comment