Solat tarawih adalah solat sunat yang hanya boleh 
dibuat pada Ramadan. Amat merugikan jika kita terlepas melakukannya, 
walaupun hukumnya cuma sunat. Tarawih boleh dilakukan sendirian atau 
berjemaah.
Lakukan dalam keadaan tenang kerana itulah falsafah 
sebenar. Ia boleh dilaksanakan sama ada sebanyak lapan atau 20 sekadar 
yang termampu kerana ia ibadat sunat. Jika terasa penat, lakukan sedikit
 dulu dan disambung bila termampu dalam waktu selepas Isyak dan sebelum 
sahur pagi hari.
Doa adalah ibadat yang dianjur dilakukan setiap 
kita, terutama pada Ramadan. Yang penting dalam berdoa ialah memanjatkan
 syukur dan permohonan pada Tuhan. Sebaik-baik doa ialah yang makthurat 
atau diajar Rasulullah SAW dalam bahasa Arab. Bagaimanapun, doa yang 
dibaca dalam apa bahasa sekalipun tetap didengar Allah dan dimakbulkan. 
No comments:
Post a Comment