Pages

Monday, March 11, 2013

Solat Memohon Petolongan

Solat istikharah adalah solat sunat bagi memohon pertolongan dan hidayah Allah dalam membuat keputusan dan pilihan dalam hidup kita. Ia boleh dilakukan siang atau malam, tetapi sebaiknya dilakukan di sepertiga malam.

Tiada surah khusus wajib dibaca, tetapi selepas fatihah bacalah mana-mana surah yang diketahui kerana ia sunat. Solat sunat ialah yang digalakkan dilakukan, manakala solat lima waktu (Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak) adalah wajib.

Dalam hal ini tentu yang wajib perlu didulukan. Seorang yang tidak menjaga solat dengan lengkap masih boleh melakukan yang sunat, tetapi solat yang wajib mesti diutamakan.

Mana mungkin seorang itu bersedekah, sedangkan dia sendiri berhutang. Tentu membayar hutang sendiri lebih wajib daripada bersedekah. Cuba dapatkan buku solat sunat yang banyak dijual di kedai untuk maklumat lanjut mengenai solat sunat.

No comments:

Post a Comment