1.Setiap Orang,Akan ada sesuatu yang dia simpan.Akan
ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.Dan ada sesetengah perkara
yang ingin dia kongsikan.Siapa pun dia,Segembira mana pun dia.Walau
sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,Pasti ada perkara-perkara yang
pernah membuat dia terluka.Pasti ada sesuatu yang pernah menguris
hatinya,Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.Pasti
ada.Kerana dia juga manusia.
Makanya,Bila kamu menyangka bahawa
hanya kamu yang merasa, Hanya kamu yang melalui,Dan hanya kamu yang
mengerti,Kamu silap, dan kamu salah.Ada orang lain yang pernah
melaluinya,Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa
yang kamu rasakan.Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari
apa yang pernah kamu lalui.
Cuma, mungkin kamu yang tak pernah
tahu,Kamu yang tak pernah nampak.Jangan selalu menganggap,Bahawa kamulah
yang paling susah,paling sakit diuji,Paling berat diduga.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, kesat air matamu,Walau serumit mana situasi kamu.Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.Bila kamu menyandar harapan
padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.Bila kamu
mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,DIA tak akan sekali-sekali
mengkhinati kepercayaan kamu.”
2.ketika kita sedih..ketika itulah kita mengerti nikmat kebahagiaan..
ketika kita sakit..ketika itulah kita merasai nikmatnya kesihatan..
ketika kita sunyi tanpa teman..ketika itulah kita tahu betapa b'harganya s'buah p'sahabatan..Dan..
ketika kita menutup mata untuk selama-lamanya..ketika itulah kita tahu nikmatnya sebuah kehidupan..
3.Bila LELAH menyapa dirimu,pejamkan mata dan bayangkan "Asma binti Abu Bakar" yang sedang memanjat tebing saat berjihad..
Bila UJIAN hidup membuatmu menangis,pelajarilah ketabahan "Asiah"
Bila CELAAN menyapa dirimu,hadirkanlah kesabaran " Maryam"
Bila PUTUS ASA membuatmu menyerah,bayangkan kesungguhan ''Hajar" yang berlari dari bukit Shafa&marwah..
InsyaAllah,moga dirimu terus KUAT dalam menempuh TARBIAH dariNya..aAminn..
4
Dalam hati bercampur baur. ada byk rasa. terasa mahu saja air mata
lemah seorang hamba ini mengalir. selalunya ujian dalam hidup membuatkan
kita menjadi lemah. terasa ingin mengalah. itulah hakikat kehidupan
manusia biasa,
cerita suka dan duka, kisah ria juga hiba.
segalanya megusik menyentuh jiwa, melahirkan seribu satu rasa.
adakalanya membuat ketawa senyum sampai telinga. Namun ada jua kesakitan
sehingaa kita tersungkur kerana kesakitan yang kita rasa
hidup ini berliku-liku jalannya. adakala impian jadi kenyataan, namun
seringkali hajat yang tak kesampaian . Namun usah buruk sangka.
Perancangan Yang maha Esa pasti sebaik-baiknya. Penuh hikmah buat
hamba-hambaNya.
5.Setelah kemarau panjang, hujan pasti datang... Setelah merasakan panasnya siang, pasti berganti dgn dinginnya malam..
Setelah sakit, pasti hadir kesembuhan..Setelah sedih, pasti muncul
kebahagiaan..Dan tentunya setelah kesulitan melanda, akan datang pula
kemudahan..
6:Setiap musibah adalah ujian,Allah menguji keimanan,Kesabaran didalam setiap dugaan,Semoga tabah menghadapinya,
Setiap masalah adalah ujian,Allah menguji kebijaksanaan,Sejauhmana
kepintaran,Setiap hamba-hambaNYA melalui dugaan... Allah Maha
Mengetahui,Yang baik dan yang buruk,Sekadar untuk menguji,Adakah
hamba-hambaNYA melalui dengan penuh kesabaran dan ketabahan,Melalui
keimanan,Atau penuh kemarahan ,Atau melalui pintu-pintu syaitan...
7"Jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu utk kita,walau seluruh isi
alam ini menghalang kita dari mendapatkannya, kita tetap akan
mendapatkannya dengan apa cara sekalipun, tetapi jika ALLAH sudah
ditakdirkan sesuatu itu BUKAN untuk kita, walau seluruh isi alam ini
membantu kita untuk mendapatkannya, kita tetap takkan mendapatkannya"
8.Kadang-kadang orang yang paling gembira itu adalah orang yang
paling sedih sebenarnya. Kenapa? Kerana mungkin dia sedang
menyembunyikan kesedihan di sebalik gelak tawanya tanpa orang lain
menyedarinya.Luka di tangan orang lain boleh melihat kesakitan itu
tetapi luka di hati tiada siapa tahu kecuali yang maha mengetahui..
Jgn meminta agar diringankn UJIAN... tp berdoa agar dikuatkn iman untuk
berdepan dgn ujian... sesungguhnya Allah sentiasa memberi Ujian pada
hamba yg DIA sayang..jgn bersedih terlalu lama andai hati kecewa...
bisiklah pada yg Esa..smoga dikurniakn ketabahan untuk menghadapi
segala2nya..
InsyaAllah..
9.Bibir tersenyum... hati
menangis♥•☆٠· Menangis dan sedih bukanlah bererti kita hilang harapan.
Jauh sekali, untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat tuhan.
Sesekali menangis... . hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah
hambaNya yang lemah dan kerdil.. Sesekali menangis, jiwa kita dididik
dengan indahnya sabar dan redha.. Sesekali menangis, percayalah, bukan
Allah tidak tahu betapa hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa
dan keperitan, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati
sebeginilah yang lebih lunak untuk di ujinya.
10:Allah
menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang, kita diberi cubaan
dengan kehilangan, Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat
kita harapkan, kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang,
sesungguh Dia lah pemberi segala, kerana segalanya kepunyaanNya. saat
ditariknya nikmat yang ada, Dia sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang
lebih berharga. jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi.
Pages
▼
Wednesday, May 14, 2014
Kesabaran Itu Indah | Sabar
SABAR dipandang mulia di sisi Allah kerana
mendatangkan banyak kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain. Sikap
itu perlu diamalkan setiap masa dalam kehidupan seharian.
Keperluan sabar dikategorikan kepada dua perkara iaitu sabar menahan diri daripada perkara yang disukai, tetapi dilarang oleh agama.
Satu lagi sabar bermaksud menahan diri daripada keadaan yang tidak disukai atau kesusahan yang dihadapi.
Sabar bererti menahan diri daripada mengikut kehendak hati atau perasaan yang mendorong melakukan perbuatan yang mendatangkan keburukan. Menahan diri ketika penderitaan, sanggup melakukan perkara sukar demi mendapat kebaikan dan bersedia menghadapi tempoh panjang untuk mendapatkan sesuatu.
Allah menyebut orang bersabar bakal mendapat kegembiraan, petunjuk, keberkatan dan rahmat daripada-Nya.
Sebab itu setiap orang mesti bersabar dalam menghadapi segala cabaran hidup. Janji dan jaminan yang diberikan oleh Allah kepada orang yang bersabar adalah bukti kebaikan yang tiada tolok bandingnya.
Dr Yusof Al Qardhawi berkata ada lapan perkara yang boleh membantu meningkatkan kesabaran seseorang, iaitu:
# Mengenali hakikat hidup di dunia yang penuh cabaran dan sementara.
# Mengenali bahawa diri ini milik Allah dan manusia mempunyai had tertentu.
# Yakin setiap perbuatan baik akan mendapat ganjaran Allah.
# Yakin bahawa Allah akan membantu hambanya.
# Berusaha mencontohi orang sabar.
# Sentiasa memohon pertolongan dan keredaan Allah.
# Sentiasa beriman kepada qadar dan sunnah Allah.
# Berusaha menjauhi penyakit penghalang sabar seperti marah, sedih berlebihan, putus asa dan gopoh-gapah.
Sabar boleh dibentuk dengan adanya harapan dan cita-cita untuk mendapatkan sesuatu. Hal ini kerana seseorang itu pasti berusaha bersungguh berlandaskan kesabaran untuk mencapai hasrat hati.
Ibnu Qayim dalam bukunya, Al Madaraji menyebut hukum bersabar itu adalah wajib.
Sifat sabar adalah kunci kejayaan, insan yang tidak tekun dan tidak sabar dalam menuntut ilmu tidak memperoleh pengetahuan. Pekerja yang tidak sabar dalam pekerjaan tidak akan dapat menyiapkan tugasnya mengikut jadual dengan mutu yang baik.
Kesabaran sangat dikehendaki dan ada batasnya. Kita perlu mengelakkan sesuatu pihak menggunakan sifat kesabaran yang ada pada diri sebagai senjata memusnahkan diri kita.
Oleh itu, setiap insan perlu mempunyai tahap sabar yang tinggi bagi mengatasi apa juga persoalan kehidupan. Ia bagi memastikan kehidupan dapat ditempuhi dalam keimanan tinggi.

Hukum Kencing Berdiri
TIDAK diharamkan seseorang kencing berdiri,
terutamanya apabila adanya keperluan. Namun begitu kencing secara duduk
itu adalah sunat kerana itulah kebiasaan yang dilakukan oleh Nabi S.A.W.
berdasarkan hadith daripada ‘Aisyah R.A.:
مَنْ حَدّثَكُمْ أنَّ النَّبِيَّ صَلى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَبُوْلُ قَائِمًا فَلَا تُصَدِّقُوْهُ ، مَا كَانَ يَبُوْلُ إلَّا قَاعِداً
Maksudnya: “Sesiapa yang menceritakan kepada kamu yang Nabi S.A.W. pernah kencing berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya, tidaklah baginda kencing melainkan dengan duduk.” (HR al-Tirmizi, dan beliau berkata: “Hadith ini adalah yang paling sahih di dalam bab ini. Hadith ini juga di sahihkan oleh al-Albani di dalam sahih Sunan al-Tirmizi)
Lajnah Daimah 5/88 (Badan Tetap Fatwa Arab Saudi) apabila ditanya tentang hukum kencing berdiri, mereka menyatakan keharusannya sambil menegaskan sunatnya kencing secara duduk dengan berdalilkan hadith di atas. Seterusnya mereka menyebut:
“Ini disebabkan (kencing secara duduk itu) ianya lebih terlindung dan lebih terpelihara daripada terkena percikan kencingnya. Telah diriwayatkan hadith tentang keringanan kencing secara berdiri dengan syarat selamat daripada terkena percikan kencing pada pakaian dan badan, dan selamat dari terdedah aurat. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Huzaifah R.A. daripada Nabi S.A.W.:
أنَّهُ أَتَى سُبَاطَةَ قَوْمٍ فَبَالَ قَائِماً
Maksudnya: “Adalah baginda (S.A.W.) mendatangi kebun milik satu kaum, lalu baginda kencing secara berdiri.”
Hadith ini dengan ucapan ‘Aisyah di atas tidak saling menafikan antara keduanya, ini kerana dari dua hadith di atas dapat difahami Nabi S.A.W. kencing berdiri disebabkan tenpat tersebut tidak memungkinkan baginda duduk atau boleh juga difahami hadith daripada Huzaifah itu menjelaskan kepada orang ramai yang kencing berdiri itu bukanlah suatu perbuatan yang haram. Di samping itu hadith Huzaifah juga tidak menafikan yang asal hukum kencing adalah seperti yang dinyatakan oleh ‘Aisyah R.’anha yang Nabi S.A.W. kebiasaannya kencing secara duduk, dan kencing secara duduk itu adalah Sunnah Nabi S.A.W. yang bukan wajib yang menjadikan haram jika kita tidak melakukannya.”
Wallahu a’lam

Dosa tanpa taubat sebabkan satu titik hitam pada hati
HATI adalah organ yang paling
utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan oleh Allah.
Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada
hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang ikhlas itu akan diberi pahala
oleh Allah.
Hati
perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta,
keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati
keadaan seperti ini, kesannya adalah membabitkan seluruh anggota tubuh
badan manusia. Maka, akan lahirlah penyakit masyarakat berpunca dari
hati yang sudah rosak itu.
Justeru, hati adalah amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa. Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa bertaubat itu akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Maka bayangkanlah bagaimana pula kalau sepuluh dosa? Seratus dosa? Seribu dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Perkara ini jelas digambarkan dalam hadis Rasulullah bermaksud: �Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya.
Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.� (Hadis riwayat Ibn Majah).
Hadis ini selari dengan firman Allah yang bermaksud �Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.� (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).
Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk mengamalkannya.
Allah berfirman yang bermaksud �Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya.
�Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.� (Surah al-Baqarah, ayat 74).
Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan bahawa batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah.
Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.
Perkara yang paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlakulah kemusnahan yang amat besar terhadap manusia.
Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati kita. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan oleh Allah pada akhirat kelak.
Persoalannya sekarang, kenapa hati mati? Hati itu mati disebabkan perkara berikut:
Pertama: Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Allah berfirman bermaksud �Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.� (Surah al-Zumar, ayat 22).
Kedua: Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.
Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).
Firman Allah bermaksud �Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.� (Surah al-Ra'd, ayat 28)
Firman-Nya lagi bermaksud �Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik.� (Surah al-Syura, ayat 88 - 89)

========================================================================================================================================================================================================================
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis

Isteri Solehah Buat Suaminya
Ciri-ciri wanita terakhir adalah yang tulus ikhlas
menjadi isteri solehah buat suaminya, Imam Nawawi rah.a. dalam kitab
Syarah Uqudul Lujain, menerangkan sabda Rasulullah SAW tentang wanita
penghuni syurga.
Beliau bersabda,“Empat wanita yang berada di syurga, iaitu:-
1. Wanita yang memelihara dirinya, taat kepada Allah dan suami, serta sabar.
2. Menerima apa yang ada walaupun sedikit bersama suaminya dan bersifat pemalu (Malu auratnya kelihatan)
3. Jika suaminya pergi, maka dia menjaga dirinya dan harta suaminya. Jika suaminya berada di rumah maka dia menjaga bahasanya dari menyakiti hati suami.
4. Wanita yang ditinggal mati suaminya, sedangkan dia mempunyai anak yang masih kecil-kecil lalu dia bersabar dan menahan dirinya, memelihara dan mendidik anak-anaknya, serta berbuat baik kepada mereka dan tidak menikah lagi kerana takut menganiaya anak-anaknya.”
Adapun Empat wanita yang berada di neraka pula adalah :-
1. Wanita yang buruk dan kasar bahasa terhadap suaminya. Jika suaminya pergi, dia tidak menjaga dirinya. Jika suami berada di rumah, dia menyakiti hati suaminya dengan cara percakapannya.
2. Wanita yang membebani suaminya dengan berbagai tuntutan, yang suami tidak mampu melakukannya.
3. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari laki-laki lain.
4. Wanita yang sama sekali tidak mempunyai keinginan kecuali makan, minum dan tidur. Dia tidak memiliki ghairah untuk mengerjakan solat dan beramal kepada tuhan serta mentaati Allah, mentaati Rasul dan suaminya.
Maka jika ada wanita memiliki sifat -sifat seperti ini, dia adalah wanita yang terlaknat dan ahli neraka, kecuali jika dia bertaubat.
Demikianlah beberapa ciri-ciri utama wanita solehah, betapa besar keistimewaan mereka, anugerah dari Allah swt. Seandainya wanita memahaminya hanya dengan sedikit usaha dalam mentaati agama, seorang wanita solehah itu boleh mendahului lelaki soleh, untuk memasuki syurga Allah swt. InsyaAllah.