Ciri-ciri wanita terakhir adalah yang tulus ikhlas 
menjadi isteri solehah buat suaminya, Imam Nawawi rah.a. dalam kitab 
Syarah Uqudul Lujain, menerangkan sabda Rasulullah SAW tentang wanita 
penghuni syurga.
  
  Beliau bersabda,“Empat wanita yang berada di syurga, iaitu:-
  
  1. Wanita yang memelihara dirinya, taat kepada Allah dan suami, serta sabar.
  
  2. Menerima apa yang ada walaupun sedikit bersama suaminya dan bersifat pemalu (Malu auratnya kelihatan)
  
  3. Jika suaminya pergi, maka dia menjaga dirinya dan harta suaminya. 
Jika suaminya berada di rumah maka dia menjaga bahasanya dari menyakiti 
hati suami.
  
  4. Wanita yang ditinggal mati suaminya, sedangkan
 dia mempunyai anak yang masih kecil-kecil lalu dia bersabar dan menahan
 dirinya, memelihara dan mendidik anak-anaknya, serta berbuat baik 
kepada mereka dan tidak menikah lagi kerana takut menganiaya 
anak-anaknya.”
  
  Adapun Empat wanita yang berada di neraka pula adalah :-
  
  1. Wanita yang buruk dan kasar bahasa terhadap suaminya. Jika suaminya
 pergi, dia tidak menjaga dirinya. Jika suami berada di rumah, dia 
menyakiti hati suaminya dengan cara percakapannya.
  
  2. Wanita yang membebani suaminya dengan berbagai tuntutan, yang suami tidak mampu melakukannya.
  
  3. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari laki-laki lain.
  
  4. Wanita yang sama sekali tidak mempunyai keinginan kecuali makan, 
minum dan tidur. Dia tidak memiliki ghairah untuk mengerjakan solat dan 
beramal kepada tuhan serta mentaati Allah, mentaati Rasul dan suaminya.
  
  Maka jika ada wanita memiliki sifat -sifat seperti ini, dia adalah 
wanita yang terlaknat dan ahli neraka, kecuali jika dia bertaubat.
  
  Demikianlah beberapa ciri-ciri utama wanita solehah, betapa besar 
keistimewaan mereka, anugerah dari Allah swt. Seandainya wanita 
memahaminya hanya dengan sedikit usaha dalam mentaati agama, seorang 
wanita solehah itu boleh mendahului lelaki soleh, untuk memasuki syurga 
Allah swt. InsyaAllah. 
No comments:
Post a Comment