Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan 
salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW. Manakala sunnah itu sendiri 
merupakan satu amalan yang dijanjikan balasan pahala terhadap orang yang
 melakukannya. 
 Sabda Baginda yang bermaksud: "Perkahwinan itu 
sunnahku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari 
kalanganku." (Riwayat Bukhari) 
 Hari ini sering kita melihat bahawa 
sesuatu perkahwinan itu menjadi perkara yang rumit dan menyusahkan. 
Mengapa perkara ini boleh terjadi? Ramai di antara kita yang beranggapan
 untuk berkahwin memerlukan kenderaan, memiliki rumah besar, wang yang 
banyak dan sebagainya. Cuba kita renungkan dan mengambil iktibar dari 
kisah yang berlaku lebih kurang 1,400 tahun dahulu yang boleh kita 
jadikan panduan hidup ini. Insya Allah. 
 Pada suatu hari, Rasulullah
 SAW telah didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya 
seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari
 belengu kemiskinan. Tanpa berlenggah lagi, Rasulullah SAW terus 
menyuruh lelaki tersebut supaya berkahwin. Lelaki tersebut sangat 
gembira dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang 
mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin. 
 Setelah sekian lama 
berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan 
nasibnya, "Ya Rasulullah! Aku telah pun berkahwin, tetapi masih dalam 
keadaan miskin. Apa yang harus aku lakukan wahai Rasulullah?". "Kahwin 
lagi," jawab Rasulullah singkat. 
 Si lelaki tersebut tidak banyak 
bertanya. Beliau mempercayai Rasulullah SAW sepenuhnya kerana tidak 
mungkin Rasulullah mahu menipu umatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin 
lagi dengan gadis lain. Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang 
lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : "Wahai Rasulullah, 
isteriku sudah dua pun dua orang, tapi aku masih tetap miskin, bagaimana
 ya Rasulullah... ?" keluh lelaki itu. "Kahwinlah lagi," jawab 
Rasulullah singkat. Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar 
jawapan Rasulullah. Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga. 
 
Namun setelah beberapa lama, keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya 
ia berasa malu untuk mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia 
masih tetap miskin. Dengan berat hati, beliau menemui Rasulullah dan 
menyampaikan masalahnya. "Wahai Rasulullah, engkau telah menyuruhku 
menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang 
harus aku lakukan? ", adu lelaki itu. "Berkahwinlah lagi,"kata 
Rasulullah. Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat. 
 
Ternyata benarlah segala kata-kata Rasulullah. Ternyata isteri 
keempatnya ini membawa keberkatan perkahwinan di dalam kehidupannya. 
Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada 
ketiga-tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan
 kekayaan. Perusahaan industrinya semakin maju dan mampu mencukupi 
keperluan rumahtangga lelaki itu serta isteri-isterinya. 
 Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah rezeki dengan menikah" (Riwayat Ibnu Abbas) 
 Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan kahwinilah orang-orang yang 
sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari 
hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika
 mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah
 Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nur : 32) 
 Dengan mengambil iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya Allah 
jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah,
 tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan. 
 Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebangaan bagi ku.. 

No comments:
Post a Comment