Dimana saja kita akan dengar keluhan tidak kepuasan 
hati ditempat kerja. Ada yang tak puas hati dengan pegawai atasan, 
majikan, atau mungkin suasana tempat kerja atau rakan sekerja.
  
  Pernahkan kita fikir, apa mungkin mereka juga tidak puas hati dengan 
kita? Mereka mungkin juga merasa apa yg kita rasa. Ini mungkin 
disebabkan tindakkan kita sendiri, disebabkan keadaan atau ketidak 
puasan hati kita, kualiti kerja kita terjejas, tiada tumpuan.
  
 
 Kita belajar hingga ketahap yang tertinggi, samada untuk mencapai cita 
cita kita atau untuk keluarga, apakah kita tidak memikirkan apa tujuan 
kita sebenarnya? Apakah kita berkerja atau menerima tawaran atau memohon
 jawatan jawatan tertentu hanya untuk kepuasan hati
  atau untuk memenuhi cita cita yang kita idamkan?
  
  Kalau kita berkerja atau menjawat jawatan yang kita sendiri 
memilihnya, sudah tentulah kita dapat menumpukan perhatian kita pada 
pekerjaan yang kita lakukan dengan baik, dan tentunya hasil kerja akan 
memenuhi apa yang kita harapkan juga apa yang majikan kita perlukan. Dan
 semuanya akan berjalan lancar.
  
  Kadang kadang, ada majikan 
yang meminta kita melakukan kerja yang bukan dalam jadual kerja atau 
mungkin kerja yang lebih rumit, dan kita mula merungut, kenapa harus 
melakukan kerja orang lain sedangkan kerja kita sudah pun selesai, 
mengikut kehendak majikan juga mengikut apa yang kita mahukan.
  
  Apakah kita pernah fikir, kenapa berlaku demikian? Pernah kita fikir, 
mungkin majikan mahukita belajar membuat kerja atau mengetahui kerja 
bahagian lain supaya kita mendapat lebihpengalaman, mungkin majikan 
mahukan kita lebih arif agar majikan dapat menaikkan pangkat atau 
mungkin majikan mahu agar semua pekerjanya mahir dalam semua bidang,agar
 apabila, majikan ingin memperkembangkan urusniaga, atau agar apabila 
majikan harus
  keluar dari pejabat, dia(majikan akan lebih percaya 
pada pekerja untuk melakukan kerja dengan baik, samada sewaktu 
beliau(majikan) ada dipejabat atau tidak semuanya akan berjalan lancar 
dan dia(majikan) tidak perlu lagi bimbang tentang apa akan berlaku 
kiranya berliau harus meninggalkan pejabat samada pergi kerana pekerjaan
 atau sebab hal hal tertentu.
  
  Kalau masing-masing(pekerja) 
melakukan perkerjaannya mengikut jadual atau mengikut apa yang telah 
ditugaskan buat semua, sudah pasti tiada masalah yang akan timbul, dan 
semuanya akan berjalan lancar, dan semua akan mendapat kepuasan.
  
  Selfish atau pentingkan kan diri, sering berlaku tanpa kita sedar, 
selfish lah kita kalau semuanya kita expect mengikut apa yang kita 
inginkan sedangkan kita juga hanya pekerja seperti pekerja lain.
  
  Tiada tempat kerja yang boleh memenuhi kehendak kita sendiri, kecuali,
 kita sendiri membukaurusniaga kita sendiri, itu pun kita akan melalui 
banyak cabaran atau malah lebih teruk dari kita menjawat jawatan dibawah
 kelolaan orang lain atau majikan sebab didalam bekerjasebagai pekerja 
lebih senang dari memikirkan apa yang harus kita buat untuk memajukan 
perniagaan kita, ini kerana, apabila kita berkerja, kita sudah tahu apa 
yang harus kita lakukan dan tidak perlu memikirkan apa yang harus kita 
buat. Tapi, sebagai majikan harus peka dan memikirkan bagaimana untuk 
mengembangkan perniagaan disamping harus memikirkan kebajikan pekerja, 
sedangkan kita sebagai pekerja hanya tahu demand. Itu yang dimaksudkan 
dengan perkataan selfish atau pentingkan diri sendiri.
  
  
Sedangkan lebih ramai diluar sana ingin menjawat jawatan yang telah kita
 ada. Dan mereka lebih bersedia untuk melakukan kerja dengan lebih baik.
  
  Samada kita bekerja untuk memenuhi kehendak keluarga atau untuk 
kepuasan diri, kita harus memikirkan kehendak orang lain juga samada 
mereka seperti kita atau sebaliknya, semuanya mempunyai tujuan yang 
sama.
  
  Jadilah pekerja yang lebih bertanggugjawab. Dan dengan 
bertanggungjawab sahajalah yang akan membuat kita puas hati dan tidak 
terlalu selfish, dan sebelum kita menjadi selfish, fikirkan orang lain, 
apa kah mereka sama seperti kita?
  
  *Sama juga, jika kita inginkan suasana yang baik, dimana saja, kita harus bersedia untuk melakukan yang terbaik. 
No comments:
Post a Comment