. Sebelum Israk dan Mikraj 
1. Rasulullah S. A. 
W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail 
dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang 
ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. 
Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. 
A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin 
nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk 
ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan 
"Israk" itu. 
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke 
Masjidil-Aqsa): Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. 
diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di 
tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), 
Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang 
sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah: 
i. 
Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan 
hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu 
daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan); 
Dalam
 perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin
 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa 
simbolik yang amat ajaib. Antaranya : 
� Kaum yang sedang 
bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil 
(buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini 
berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : 
Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala 
kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih 
banyak. 
� Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. 
diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut 
anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang 
dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun 
kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun 
sebagai Tuhan). 
� Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala
 mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu 
dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu 
Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud 
(sembahyang). 
� Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan 
mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti 
binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. 
Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta 
mereka. 
� Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging 
mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata 
Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan 
lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami. 
�
 Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata 
Jibrail: Itulah orang yang makan riba`. � Lelaki yang menghimpun 
seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu 
yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi
 masih menerima amanah yang lain. 
� Satu kaum yang sedang 
menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali.
 Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. 
Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu 
yang dia sendiri tidak melakukannya. 
� Kaum yang mencakar muka 
dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang 
yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela,
 menghinakan) orang. 
� Seekor lembu jantan yang besar keluar 
dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata 
Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal,
 tapi sudah terlambat. 
� Seorang perempuan dengan dulang yang 
penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata
 Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, 
nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. 
� 
Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah 
berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: 
Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua. 
� Seorang 
perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. 
Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti 
saat hari kiamat. 
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun 
dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang 
dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum. 
Rasulullah
 S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak
 dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: 
Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai 
umat baginda akan menjadi sesat. 
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah): 
Didatangkan
 Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail
 naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu
 Hafzhah). 
. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail 
masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian 
dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan 
melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan 
buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan. 
i.
 Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, 
lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S. 
ii.
 Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii.
 Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris 
A. S. iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi 
Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil. 
v. Langit
 Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya
 dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh 
Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 
70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab. 
vi. Langit Ketujuh: 
Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan 
Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi
 oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. 
bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu 
adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. 
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA
 BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan 
salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, 
tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, 
WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA 
lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca 
setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah 
melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk
 ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini 
betul-betul di atas Baitullah di Mekah). 
vii.
 Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan 
dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai 
keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, 
sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya 
berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. 
Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh 
manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai 
Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke 
syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya. 
viii.
 Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok 
Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke 
Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib
 di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah 
berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu 
bapanya. 
ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di 
Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.
 W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog 
antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya: 
Allah S. W. T : Ya 
Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan 
bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil
 Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. 
Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang 
besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada 
Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan 
Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa 
Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, 
orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya 
daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku 
perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu.
 Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik 
umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku
 kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan 
kepada
 sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah 
sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan 
daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi 
munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua 
yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu
 lima puluh (waktu) sembahyang. 
4. Selesai munajat, Rasulullah 
S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. 
yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T
 agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. 
Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), 
akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari 
semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga. 
5. Selepas Mikraj 
Rasulullah
 S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke 
Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada 
malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa 
peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan 
Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku 
pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). 
Wallahu'alam. 
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, 
peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang
 diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih 
penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut 
bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. 
Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh 
yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar 
sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. 
Seandainya
 peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati 
benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada 
melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga 
adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan 
peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi 
Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi 
sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka. 
Peristiwa Israk dan 
Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau 
kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah 
menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda 
Sallallahu Alaihi Wasallam. 
Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha
 Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari 
Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati 
sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari 
tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi 
Maha Melihat." 
(Surah Al-Israa': Ayat 1). 
wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment