Pages

Thursday, October 18, 2012

Korban perceraian


KADANG-KADANG perceraian merupakan jalan bagi pasangan suami atau isteri untuk dapat terus menjalani kehidupan sesuai dengan apa yang mereka inginkan. Tetapi, perceraian selalu menimbulkan akibat buruk pada anak-anak. Dalam keadaan tertentu pula, ia dianggap alternatif terbaik daripada membiarkan anak tinggal dalam keluarga dengan kehidupan pernikahan yang buruk.
Umumnya, orang dewasa lebih bersiap sedia menghadapi perceraian, jika dibandingkan dengan anak-anak. Sebelum perceraian, mereka didahului dengan proses berfikir dan pertimbangan yang panjang, sehingga lahirnya suatu persiapan mental dan fizikal.
Kedua-dua ibu bapa harus membantu anak-anak mereka untuk menyesuaikan diri dengan keadaan setelah berlaku perceraian. Kesampingkanlah ego dan perselisihan demi anak.
Tidak demikian halnya dengan anak-anak. Mereka tiba-tiba saja harus menerima keputusan yang telah dibuat oleh orang tua, tanpa mempunyai idea atau bayangan bahawa hidup mereka akan berubah. Sedar-sedar, ayah tidak lagi pulang ke rumah atau ibu pergi dari rumah atau tiba-tiba pindah bersama ibu atau ayah ke rumah baru.
Pada masa ini, anak juga harus memulakan penyesuaian dengan perubahan hidup yang baharu. Hal-hal yang biasa dirasakan oleh anak ketika ibu bapa mereka bercerai adalah tidak aman, tidak diingini atau ditolak oleh ibu atau bapa mereka yang pergi, sedih dan kesepian, marah, kehilangan, merasa bersalah, menyalahkan diri sendiri sebagai penyebab ibu bapa bercerai dan sebagainya.
Perasaan anak ini terjelma dalam bentuk perilaku beragam seperti suka mengamuk, menjadi kasar, dan tindakan agresif lainnya. Ada juga anak yang berubah secara mendadak menjadi pendiam, tidak ceria, tidak suka bergaul, menyendiri, sukar memberi tumpuan dan tidak berminat pada tugas sekolah sehingga prestasi di sekolah cenderung menurun.
Ibu bapa dan anak-anak perlu mempunyai komunikasi yang baik mengenai situasi itu. Kadang-kadang mereka menganggap anak masih terlalu kecil untuk memahami perceraian, padahal perasaan anak yang sensitif tetap sahaja merasakan perubahan tersebut.
Meskipun anak mengalami perpisahan ketika masih kecil namun memori tersebut dapat bertahan hingga ia tumbuh dewasa. Apatah lagi, jika anak telah mengerti mengenai erti sebuah keluarga. Dia semakin akan merasa kecewa seiring bertambah usianya.
Akibat daripada situasi ini, anak nantinya akan tumbuh menjadi peribadi yang pemarah, agresif, penakut dan sebagainya. Bahkan, ekstremnya keadaan ini menyebabkan anak tersebut tidak akan mahu berkeluarga kerana trauma.
Ibu bapa harus mendahului berkomunikasi dengan anak-anak untuk membantunya menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru ini. Jangan sampai anak merasa kesepian dan kebingungan tanpa bimbingan, terutama tanpa perhatian dan kasih sayang ayah dan ibunya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121018/ba_04/Korban-perceraian#ixzz29i15mkAE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kemanisan iman


Rancangan Selami Jiwa bertajuk Mengetuk Pintu Taubat bersama Jamal Abdillah dan Sham Kamekazi akan disiarkan di Astro Oasis sempena Hari Raya Aidiladha ini.
Bagaikan fenomena di negara ini, ramai artis mahupun penggiat seni tanah air dilihat mula membuat penghijrahan dengan memilih untuk mendekatkan diri kepada agama.
Malah, ada dalam kalangan mereka yang dahulunya tidak tahu menahu mengenai ajaran agama, tetapi kini mampu memberikan nasihat dan berkongsikan pandangan mengenai Islam.
Pastinya setiap daripada mereka mempunyai kisah dan alasan tersendiri untuk berubah.
Jelas seperti firman Allah SWT menerusi ayat di atas membuktikan bahawa tiada siapa yang mampu mengubah seseorang itu, walaupun dengan apa juga cara melainkan mendapat hidayah daripada Allah SWT.
Berita perubahan artis itu bukan sahaja mempengaruhi industri seni tanah air, malah khabar gembira para pendakwah dan agensi dakwah Islamiah.
Agama Islam yang merupakan agama persekutuan di negara ini juga terkesan daripada perubahan tersebut menjadi Islam semakin baik diamalkan dan berkembang melalui pelbagai medium.
Pengaruh daripada artis tersebut yang mempunyai peminat tertentu berpotensi mengajak peminat untuk berubah apabila melihat perwatakan baru artis pujaan mereka.
Walau bagaimanapun, dugaan untuk berubah bukanlah semudah yang disangka, tetapi perlu dihadapi dengan semangat dan usaha yang kuat untuk berubah.
Luaskan rezeki
Penyanyi terkenal negara, Jamal Abdillah berkata, terkilan melihat keadaan hidup kumpulan bermasalah yang sama sepertinya satu masa lalu membuatkan hatinya terdetik untuk berubah.
Beliau yang pada masa itu hanyut dengan keseronokan dunia mula menyedari akan kesilapannya selepas dimasukkan ke dalam pusat pemulihan dan bergaul bersama golongan yang mempunyai masalah sepertinya.
"Saya melihat golongan yang mempunyai masalah seperti saya, lalu saya tertanya-tanya kepada diri sendiri, ke manakah hala tuju dan arah masa depan saya jika terus begini? Beginikah hidup yang saya inginkan?
"Oleh itu saya mula berfikir untuk berhenti daripada melakukan perbuatan lalu. Caranya adalah dengan menginsafi kesalahan silam melalui berguru daripada pengalaman lalu untuk cuba memperbaiki diri.
"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan hidayah yang Allah SWT kurniakan ini pada saat yang saya benar-benar memerlukan, saya dapat berubah secara perlahan-lahan," katanya ketika ditemui selepas rakaman rancangan Selami Jiwa Astro Oasis, baru-baru ini.
Rancangan Selami Jiwa yang dihoskan oleh Datuk Dr. Fadzilah Kamsah akan ditayangkan pada setiap Isnin pukul 7.30 malam.
Jamal tidak menafikan, walaupun agak sukar sepanjang melalui proses untuk berubah, namun tertanya kesukaran tersebut mempunyai hikmah tersendiri yang beliau sendiri tidak disangka-sangka.
"Proses kehidupan setiap insan adalah berbeza. Pengalaman lalu banyak mengajar saya untuk mendapatkan erti kehidupan sebenar. Cabaran yang paling sukar untuk berubah adalah untuk mengikis memori silam daripada kembali menurut nafsu dan kehendak diri daripada mengulangi kesilapan lalu.
"Namun apabila saya cuba berusaha dan berjaya berubah, banyak perbezaan yang dirasakan. Antaranya, pencapaian yang selama ini diimpikan tercapai selepas bertaubat.
"Selain bernyanyi, saya juga mempunyai perusahaan beberapa perniagaan menternak ikan dan mengurus kilang sarung tangan. Tidak disangka, banyak projek masuk daripada perniagaan tersebut setelah saya bertaubat. Rezeki yang selama ini hanya cukup-cukup makan juga menjadi melimpah ruah," jelasnya.
Ketika ditanya hasratnya untuk menyebarkan dakwah, Jamal berkata, beliau belum merancang untuk melakukan usaha tersebut tetapi akan disampai mengikut cara yang tersendiri.
"Buat masa ini, saya tidak merancang untuk mengajak secara terus golongan seperti saya dahulu untuk bertaubat, tetapi akan disampaikan melalui nyanyian. Lirik lagu yang mempunyai mesej positif mungkin dapat menyentuh perasaan dan membuka hati golongan ini untuk berubah.
"Setakat ini juga saya tidak terlibat dengan sebarang pertubuhan atau gerakan dakwah secara langsung tetapi saya akan cuba menunjukkan sifat yang baik supaya dapat dicontohi oleh orang ramai," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121018/ba_03/Kemanisan-iman#ixzz29i0sByr9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mimpi jadi nyata


Ahmad Safari Tauran dan Zurida Hashim berhasrat menjadikan taska mereka model yang mengamalkan konsep pemakanan sihat dalam penjagaan anak-anak.
ALLAH SWT menciptakan keindahan dalam hidup dan salah satu daripadanya ialah kehadiran anak-anak kecil sebagai penghibur. Tidak sempurna rasanya kehidupan tanpa kehadiran anak-anak yang diibaratkan di dalam doa, sebagai qurratu 'ain (cahaya mata).
Demikianlah, maka manusia walaupun seorang lelaki, tetap sering mendambakan anak-anak sebagai penyeri. Allah SWT berfirman yang maksudnya: Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingininya, iaitu wanita, anak-anak dan harta-benda yang banyak. (ali Imran: 14)
Saya lalu menebak rasa kecintaan itu pada sosok seorang lelaki. Pada dirinya yang juga merupakan bapa kepada tiga orang anak, subur dengan rasa kasih sesama anak kecil yang lain. Tidak siapa menyangka, beliau yang merupakan seorang lulusan universiti, punya pengalaman kerja yang agak lama, akhirnya meladeni hidup dengan anak-anak kecil, sekali gus menjadi sumber rezekinya.
Ayuh kita semak kisah bagaimana Lembaga Zakat Selangor (LZS) membantu perjalanan dan tatih kehidupan Ahmad Safari Tauran, 39, bersama pasangannya, Zurida Hashim, 28, dalam mewarnai sebuah pendidikan awal kanak-kanak di Tadika Bestari Ceria, Bandar Baru Bangi, Selangor.
"Saya dahulu bekerja di sebuah syarikat televisyen swasta terkenal di Malaysia. Memegang ijazah Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), siapa sangka saya akan menempuh kehidupan seperti hari ini.
"Tamat sahaja belajar pada 2000, saya langsung diterima bekerja di stesen televisyen berkenaan. Sehinggalah pada 2008, saya ditimpa kecelakaan jalan raya. Sebuah kenderaan melanggar saya semasa pulang ke rumah di Batu Caves, Selangor. Kemalangan itulah yang merubah segala-galanya," kata Safari meluahkan serelung memori silam yang kelihatannya bergulung-gulung menanti masa dilepaskan.
Tambah Safari, sejak kemalangan itu, dia tidak lagi boleh bekerja. Namun begitu, dia bersyukur kerana syarikat tempatnya bekerja masih memberikan gaji selama setahun, walaupun tanpa kehadirannya ke pejabat.
Selepas 2009, statusnya masih seorang kakitangan, tetapi Safari perlu memohon kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kerana pihak majikan tidak dapat menanggung gajinya.
Safari memberitahu, dia perlu menunggu agak lama di samping perlu menyediakan pelbagai dokumen perubatan. Hampir lapan bulan, barulah dia menerima bayaran dari Perkeso secara bulanan.
"Satu hari, saya dan isteri mengunjungi seorang kenalan yang terlantar sakit di Hospital Selayang. Semasa itulah saya berjumpa dengan seorang kenalan lain dan beliau menyarankan agar saya cuba memohon bantuan zakat. Ceritanya, saya perlu melalui suatu pembedahan yang menelan belanja agak besar, iaitu RM6,500. Manalah saya ada duit, jadi apabila disarankan berjumpa LZS, saya percaya LZS mampu membantu saya.
"Saya harus menjalani empat kali pembedahan, khususnya di kaki ini yang masih tidak mampu diluruskan. Ternyata telahan saya tepat, LZS bukan sekadar membantu kos pembedahan bahkan turut menilai lain-lain keperluan. Saya turut menerima bantuan wang selama enam bulan pertama," akui Safari.
Melihat kepada keadaan taska yang tersusun rapi, kemas tetapi tetap ceria dengan wajah mulus anak-anak, saya cuba mengorek rahsia, bagaimana idea memulakan taska tercipta, apatah lagi beliau seorang pria?
"Isteri saya memang seorang yang berpengalaman luas dalam dunia pendidikan kanak-kanak. Sebelum ini, semasa kami tinggal di Batu Caves, Selangor isteri saya adalah penyelia taska. Apabila saya sendiri sudah tidak mampu bekerja, maka saya mencadangkan kepada isteri agar cuba membuka taska sendiri.
"Lagi pula, berdasarkan pengalaman berurusan dengan LZS, maka saya yakin yang LZS pasti akan mempertimbangkan permohonan kami," kata Safari.
Ternyata tepat sekali tekaan Safari, LZS telah menyalurkan dana permulaan sebanyak RM19,000.00 pada 2011 bagi memulakan taska di Bandar Baru Bangi, Selangor.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121018/ba_01/Mimpi-jadi-nyata#ixzz29i0deOX1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

SURAH AL-FATIHAH



Assalamualaikum Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak  malah   kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.  Berikut diperturunkan   nama syaitan laknat yang  wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.Nama  syaitan1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB3. KIYYAU  (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan  sabdu)sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA  NAS
6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud  ’matahari’
Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud  ”kepada
mataharilah
yang kami sembah dan kepada matahari  kami meminta pertolongan” !!!!
7) SIROTHOLLAZI. ……… … sehingga  habis hendaklah dibaca tanpa
henti.
8) AMIN .hendaklah  mengaminkan Al-Fatihah dengan betul  iaitu AA…dua
harakat, MIN…. 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat   Insya-Allah. semoga kita menjadi orang
yang sentiasa membaiki  bacaannya.
Perhatian ;Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat  semoga kita mendapat
rahmatNya,
Insya-Allah.wassalam.
Laman Web terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Melayu
Untuk perkongsian ilmu bersama, disini saya letakkan alamat terjemahan Al Quran.
Semoga kita semua dapat meningkatkan amal ibadah & mendalami kefahaman kita semua pada ayat-ayat Al-quran.

4 CARA TIDUR



1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ meniarap seperti tidurnya ahli neraka.

Sembahyang untuk kecerdasan otak dan fizikal



Setiap inci otak manusia  memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak  melainkan dengan sujud mengerjakan  Sembahyang!! !  Saraf-saraf otakmemerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja.  Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki uratsaraf mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam … Begitulah keagunganciptaan Allah!!!                                                                   
PETUA IMAM SYAFIE Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas 
 Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air semasa makan
4. Banyak makan bahan-bahan masam 
 
Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. berpakaian bersih 
 
Empat perkara merosakkan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Membelakangi kiblat 
 Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh & berilmu
4. Bergaul dengan para ulama 
 

Hikmah BerWuduk



1.Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak
berfaedah.
 2.Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan
muka ku ini”.
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3.Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini”.
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .
4.Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini”.
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .
5.Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan
Arasy Mu”.
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di
atas kepala.
6.Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
7.Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
“Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
8.Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
“Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan
tempat-tempat maksiat”
Penjelasan nombor 8 : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang
dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati
Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu.
Wasallam.

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DI DALAM HATI.


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di
hati ialah :
1. Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak
di dalam diri manusia.Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati
tentunya tidak terang.(sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..
bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)
2. Pendendam
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam
dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam
hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau
tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena
sakit jantung. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..)
3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia
memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)
4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,
kesenangan, pangkat dll.dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih
mengatakan ia tiada duit.(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi
bersama..-derma)
** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi
pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq,
pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala
rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya
tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air
laut… walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak! lagipun org tamak
selalu rugi..
** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita
bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu
disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain
di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat
dimanfaatkan.
6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar
apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar
bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue
walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)
7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang
paling tidak tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari
sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader
egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.
8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari
peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia
dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan
amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada.
9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana
bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan
diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg
soleh/solehah
**Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat
ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di
hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan
akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya
disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu,kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan
bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati
antara satu sama lain.

Khutbah Jumaat “ANUGERAH ILAHI”


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
“ANUGERAH ILAHI”
(19 OKTOBER 2012 / 3 ZULHIJJAH 1433H)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Di kesempatan berada pada hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: ANUGERAH ILAHI ”.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Berdasarkan kepada laporan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, bahawa pada ketika ini di anggarkan 9.8 juta (36%) penduduk negara kita terdiri daripada golongan kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun. Golongan ini merupakan anugerah dan nikmat yang terbesar daripada Allah SWT  dan merupakan aset pembangunan negara pada masa depan. Bagi pasangan ibubapa ini akan menjadi saham dan membawa keuntungan yang berlipat kali ganda sekiranya mereka di didik dan dibentuk dengan baik serta menjadi anak yang soleh. Sebaliknya, jika diabaikan dari segi didikan, tidak mustahil akan menjadi anak yang derhaka, terbiar dan pada masa akan datang akan menjadi sampah kepada masyarakat dan negara. Justeru memiliki anak yang soleh serta baik budi pekertinya menjadi impian setiap ibubapa dan keluarga sebagaimana kisah Nabi Zakaria AS yang memohon dengan berdoa kepada Allah SWT agar di kurniakan anak-anak yang soleh. Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 38:
Bermaksud: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

          Anak-anak sebenarnya dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibarat sehelai kain putih yang suci lagi bersih dari sebarang kekotoran samada zahir ataupun batin, maka menjadi tanggungjawab ibubapa untuk mencorakkan samada untuk membentuknya menjadi insan berjaya ataupun tidak. Anak yang soleh akan memberi manafaat yang amat besar kepada kedua ibubapa. Sabda Rasulullah SAW:
Bermaksud:“Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedakah jariah, ilmu yang bermanafaat dan anak yang soleh yang mendoakan. (Riwayat Imam Muslim)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Dalam membina potensi anak anak, maka pendidikan kepada mereka hendaklah dimulakan sejak awal lagi, kerana pada usia itu segala nilai yang ditanamkan akan tersemat dalam hati sanubari mereka. Ibnu Sina pernah berpesan, katanya: “ketika anak telah mendapat asuhan ibunya, maka ajarkanlah ia adab-adab Islam sebelum ia diserang oleh nilai-nilai yang buruk . Rasulullah SAW telah menggariskan empat tahap pendidikan kepada anak-anak iaitu: 
Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak. 
Tahap Kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh (14 tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan memberi tanggungjawab kepada mereka. Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat. 
Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun, hendaklah diberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu-bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.
Ibnu Khaldun telah membahagikan tujuan pendidikan kepada tiga bentuk pendidikan: Pertama: Mempersiapkan seorang anak dari segi keagamaan, iaitu mengajarnya syiar-syiar agama menurut al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Ini akan membina akidahnya dan membentuk peribadi yang beriman. 
Kedua: Mempersiapkannya dari segi akhlak, dan Ketiga: Mempersiapkannya dari segi pemikiran, ini termasuk ilmu-ilmu umum duniawi, kerana dengan memiliki pemikiran dan ilmu yang baik dan tepat seseorang itu akan mampu berdikari dan memiliki ketrampilan untuk melaksanakan tugas dengan baik.
          Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Berilah nasihat dan teguran kepada mereka dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan. Contohilah apa yang dilakukan oleh Lukman al-Hakim di dalam mendidik anak-anaknya. Firman Allah SWT dalam surah Lukman ayat 13:
Bermaksud:  “Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Sebagai ibu-bapa kita tidak boleh mengambil sikap lepas tangan. Jangan kita beranggapan bahawa kita telah menunaikan kewajipan dan hak anak-anak apabila mereka telah dihantar ke sekolah. Ingatlah tanggungjawab kita bukan hanya memastikan agar mereka akan hidup selesa pada masa akan datang. Tanggungjawab kita juga memastikan agar mereka mempunyai prinsip yang teguh dan jatidiri yang kuat. Dari itu amat penting pendidikan agama serta menyemai akhlak mulia. Kerana dengan pendidkan agama, prinsip iman mereka akan teguh. Ini akan membantu mereka menghadapi masalah-masalah sosial serta membantu mereka menghadapi cabaran masa akan datang. Tanpa prinsip ini ditakuti anak-anak kita akan mudah terpengaruh dengan pelbagai pemikiran. Sehinggakan ada sebahagian dari mereka sanggup mengadai prinsip kehidupan mereka.
Mimbar ingin mengingatkan sidang jemaah dan umat Islam sekalian bahawa kegelojohan nafsu syahwat diperingkat remaja sangat kuat. Jika punca dan tempat yang menaikkan nafsu tidak ditutup dan kelemahan iman serta kedangkalan akal menjadi sifat mereka, maka selagi itulah anak-anak kita terdedah kepada gejala keruntuhan akhlak dan menghancurkan kehidupan. Kehendak nafsu yang berunsur syahwat sentiasa mencabar setiap peringkat kehidupan, ia boleh menjejaskaan kualiti akhlak manusia setaraf dengan binatang. Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah mengingatkan sabdanya,
Mafhumnya: Rebutlah lima perkara sebelum kamu didatangi oleh lima perkara lain. Masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kayamu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sempit, dan masa hidupmu sebelum mati”(Riwayat : al-Hakim dan Ibnu Majah).

Ingatlah bahawa memelihara anggota keluarga dari ancaman neraka tidak bererti kita hanya bersikap pasif dengan hanya mencegah mereka daripada berbagai perbuatan maksiat. Tetapi kita juga mesti bersikap aktif dalam mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka agar pembentukan ini berperanan sebagai kubu dan daya tahan yang dapat menepis dan menapis pengaruh persekitaran yang penuh mencabar. Ingatlah pepatah orang melayu ’ ampuh bak ikan di laut walaupun sepanjang hayat badannya tetap tidak masin’. Peranan ibu-bapa bukan sahaja menjadi “Tuan” di rumah, tetapi mereka adalah pengurus, pembimbing dan pengasuh. Tanggungjawab ibu-bapa bukan hanya memberi arahan, tetapi perlu menonton, membimbing, mengasuh dan menunjukkan contoh yang baik untuk diteladani.Barulah pendidikan kita akan memberikan kesan untuk mencapai matlamat pembentukan nilai murni serta prinsip yang kukuh dalam diri anak-anak.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, Bersempena dengan Sambutan Hari kanak kanak Sedunia pada hari ini, yang bertemakan: KARISMA KANAK-KANAK; SERLAHKAN POTENSI DIRIMU, maka mimbar menyeru marilah kita bersama-sama menjaga dan mendidik anak-anak yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada kita. Didiklah mereka dengan kehidupan beragama, agar mereka dapat berbakti kepada keluarga, masyarakat, negara dan bakal penerus kepada perjuangan Islam yang di dokongi oleh ibu bapa. Isilah masa kehidupan mereka dengan perkara-perkara yang boleh memberi manafaat kepada diri mereka. Ingatlah wahai muslimin sekalian bahawa anugerah ilahi ini merupakan sebahagian daripada amanah daripada Allah SWT yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 72:
Bermaksud: Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya; dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil.

ayat 6


Tuesday, October 16, 2012

Kata-kata indah



Malam berganti pagi, lorong gelap berujung terang dan badaipun akan mereda. Begitupula air mata duka akan mengering, keluh kesah mereda dan damai bersemayam dihati.
(Dari status teman FB ku)

Ketika menghadapi kesempitan rezeki



Dari Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezekinya kemudian dia mula meminta-minta kepada orang lain, maka kesempitan itu tidak akan hilang. Dan barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezeki kemudian dia meminta kepada Allah, maka Allah akan menyediakan kepadanya rezeki dengan segera, sama ada cepat atau dilambatkan sedikit.
(Hadith riwayat Tirmizi)

Kata Nasihat, hikmah &motivasi


Antara kata- kata nasihat, hikmah & motivasi :

  1. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan maka tidak akan mengenal kemanisan.
  2. Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.
  3. Janganlah kita sekali- kali meremehkan sesuatu perbuatan yang baik walaupun hanya sekadar senyuman.
  4. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
  5. Akal dan nafsu sering bersaing, jangan biarkan nafsu menunggang akal kelak binasa diri. Hendaklah akal menumpang nafsu supaya terpelihara dari perbuatan yang buruk.
  6. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
  7. Manusia yang melakukan dosa adalah hamba kepada dosa itu.
  8. Hari yang mendatang tidak memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.
  9. Barang siapa merasa dirinya lemah , maka ia akan memperoleh istiqamah.
  10. Kecantikan tidak terletak pada wajah seseorang tapi pada mata yang memandang.
  11. Orang yang mempunyai cita-cita selalu memperoleh kemajuan di dalam hidupnya.

    12. Keadaan kita sekarang bukan penentu arah mana yang kita boleh tuju tetapi menentukan dimana kita bermula.
    13. Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
    14. Waktu sangat berharga, maka itu janganlah engkau habiskan kecuali untuk sesuatu yang berharga.
    15. Nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan, jadilah ubi yg bertutup rapat bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat.
    16. Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan.
    17. Sesungguhnya sedekah yang paling baik ialah sedekah amalan kita.


    Nasihat, Hikmah


    Jangan minta yang tidak dapat dilihat oleh matamu tapi mintalah apa yang ada di matamu

    Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.

    Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah? Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini.- Petikan Dr. Badrul Amin Bahron

    Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa, senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan. Jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan buat pedoman.

    Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

    Janganlah kita melampaui batas di dalam apa jua urusan kerana akibatnya sangat buruk. Bersederhanalah semoga Allah swt redha.

    Di tengah kesulitan, sangat sedikit golongan bersyukur. Apa yang sering terjadi, di tengah kesulitan, hati bergoncang dan berputar-putar mata mereka kerana ketakutan. Kumpulkanlah kekayaan hati. Usah kumpul kekayaan pengikut dan harta. Kekayaan hati adalah sifat mahmudah. Tambahilah sifat mahmudah daripada sedikit syukur kepada berbanyak-banyak syukur, daripada sedikit redha kepada berbanyak-banyak redha, dari sedikit husnuz zan ( baik sangka) kepada berbanyak-banyak husnuz zan, dari sedikit sabar kepada berbanyak-banyak sabar, daripada sedikit pemaaf kepada lebih banyak memberi maaf, daripada sedikit keyakinan kepada lebih tebal keyakinan. Kekayaan hati adalah kekayaan abadi. Tidak musnah oleh kematian dan tidk musnah dirosakkan oleh orang-orang yang hasad dengki. - Petikan Ustaz Abdul Halim Abbas

    Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.

    Malu adalah salah satu sifat utama seorang mukmin kerana ia adalah sebahagian dari iman. Malu tidak menghasilkan sesuatu kecuali kebaikan. la menjadi perisai daripada melakukan banyak perkara jahat.

    Antara dua darjat, si kaya dan si miskin. Namun iman dan taqwa yang dinilai di sisi Allah swt, bukan banyaknya harta di dunia.

    Manusia sering gelisah dengan ketidakcukupan wang dan pelbagai lagi ketika hidup di dunia. Namun ramai yang masih belum memikirkan bekalan untuk akhirat yang pastinya belum cukup

    Teka-teki Imam Ghazali rah.a | Nasihat


    Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

    Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
    Murid 1 = ” Orang tua “
    Murid 2 = ” Guru “
    Murid 3 = ” Teman “
    Murid 4 = ” Kaum kerabat “
    Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
    Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
    Murid 1 = ” Negeri Cina “
    Murid 2 = ” Bulan “
    Murid 3 = ” Matahari “
    Murid 4 = ” Bintang-bintang “
    Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.
    Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
    Murid 1 = ” Gunung “
    Murid 2 = ” Matahari “
    Murid 3 = ” Bumi “
    Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”
    IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “
    Murid 1 = ” Baja “
    Murid 2 = ” Besi “
    Murid 3 = ” Gajah “
    Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”
    Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
    Murid 1 = ” Kapas”
    Murid 2 = ” Angin “
    Murid 3 = ” Debu “
    Murid 4 = ” Daun-daun”
    Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “
    Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “
    Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
    Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

    Monday, October 15, 2012

    TAUBAT KEPADA ALLAH (MINTA AMPUNAN NYA)



    (MINTA AMPUNAN NYA)
    BIMBINGAN HIDUP MUKMIN

    Bertaubatlah kamu kepada Allah, hai orang2 yang beriman supaya kamu untung(bahagia) An:Nur:31

    Mintlah ampun pada tuhanmu dengan membaca istighfar, dan kembali bertaubatlah kepadaNya. (Hud:3)

    Hai sekalian orang yang beriman, taubatlah kamu kepada Allah dengan sungguh2 AtTahrim:8

    Demi Allah, sesungguhnya saya membaca istighfar(minta ampun) dan bertaubat pada Allah tiap hari lebih dari tujuh puluh kali (Bukhari)
    Hai para manusia bertaubatlah kamu kepada Allah dan istighfarlah(minta ampun), kepadaNya, maka saya bertaubat padaNya, tiap hari 100 kali. (HR. Muslim)

    Sesungguhnya Allah membuka tangan rahmatnya pada waktu malam supaya bertaubat orang yang melanggar pada siang hari juga mengulurkan tangan kemurahannya pada waktu siang, supaya bertaubat orang yang berdosa pada malam hari, keadaan itu tetap terus hingga matahari terbit dari sebelah barat.(hadis qudsi)

    Siapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari Barat, maka Allah menerima taubat dan memaafkannya. (Muslim)

    Sesungguhnya Allah s.w.t. tetap menerima taubatnya selama roh(nyawanya) belum sampai di halkum (hamper mati)

    Andaikata seorang anak adam(manusia) mempunyai satu lembah emas, pasti ia ingin mempunyai dua lembah emas dan tiada yang dapat menutup mulutnya(tidak ada yang menghentikn kerakusan kepada dunia) kecuali tanah(maut). Dan Allah berkenaan member taubat pada siapa saja yang bertaubat(bukhari-muslim)

    Taubat nasuhah(taubat yang suci bersih itu ialah: merasa menyesal dihati, lisannya mohon ampun, segera berhenti berbuat maksiat dan niat yang tulus ikhlas. Tidak akan kembali mengulangi semua larangan Allah s.w.t. (ibnu abbas)

    Taubatnya orang2 pendusta ialah diatas ujung lidahnya. (ahli hikmat)
    Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasullulah s.a.w. bersabda: segeralah kamu melakukan amal soleh kerana didunia ini banyak sekali fitnah, laksana gumpalan2 malam yang penuh dengan kegelapan, mungkin jadi seseorang pada pagi hari beriman dan petang  harinya menjadi kafir atau petang ia beriman, sedangkan pagi harinya ia telah kufur. Dia menjual agamanya dengan harta yang sedikit. (HR.Muslim)

    Bagi tiap2 penyakit ada ubatnya, dan ubat dosa yang paling mujarab adalah memohon ampunan(taubat) (HR. Dailani)

    Kemuliaan Menahan marah | Marah



    Marah itu bara api, maka siapa yang merasakan demikian, jika ia sedang berdiri hendaklah ia duduk dan bila ia sedang duduk hendaklah bersandar(berbaring).
    Awaslah kamu dari marah2 kerana marah itu, bererti menyalakan api dalam hati anak Adam, tidakkah kamu melihat pada seseorang yang marah itu, merah matanya dan tegang urat2 lehernya, kerana itu bila seseorang merasakan demikian, hendaklah ia berbaring dan meletakkan badannya ditanah. (Al Hadis)

    Siapa yang dapat menahan marah padahal ia dapat(kuasa) untuk memuaskan marahnya itu, tetapi tidak dipuaskan bahkan tetap di sabarkan, maka Allah mengisi pada hari kiamat dengan keridhaaan. Tercantum dalam injil, Hai anak Adam, Ingatlah kepadaKu ketika kau marah niscaya aku ingat kepadamu diwaktu aku marah(yakni akan dihormati oleh Allah), dan relakan hatimu dengan pembelaanKu kepadamu, sebab pembelaanKu kepadamu lebih baik dari pada pembelaanmu terhadap dirimu sendiri. (Al Hadits)
    Siapa yang tidak memiliki tiga sifat tidak dapat merasakan manisnya iman. 1:Kesabaran untuk menolak kebodohan orang yang bodoh, 2: Dan wara’ yang dapat mencegah dari yang haram, 3: Dan akhlak untuk bergaul dengan manusia(dan akhlak untuk masyarakat)
    Dan siapa yang sabar dan memaafkan maka itu termasuk seutama-utama sesuatu (Al-Asyu’ra:43)

    Dan tidak disamakan kebaikan dengan kejahatan, tolaklah(kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia (Al-Fussilat:34)

    Sesungguhnya Ibrahim seorang yang sabar, selalu mengingati dosa dan kesalahan dirinya dan bertaubat (Al-Quran)

    Maka sabarlah sebagaimana kesabaran orang2 yang bersemangat besar dari para rasul sebelummu. (Al-Ahqaf:35)

    1: Ingatlah kepadaKu ketika marah sebab Aku didalam tubuhmu mengikuti saluran darah.
    2: Ingatlah kepadaku ketika menghadapi musuh dalam perang, sebab Aku datang kepada anak Adam mengingati kepadanya keadaan isteri dan anak keluargannya dan hartanya sehingga ia lari ke belakang.

    3: Awaslah jangan duduk sendirian dengan wanita yang bukan mahram, sebab Aku sebagai utusannya kepadannya dan utusanmu kepadanya.

    Khudzil afwa wa’mur bil urfi wa’a’ridl anil jaahilin
    Jawab jibril: Aku akan bertanya kepada Allah, kemudian datang Jibril dan berkata: Ya Muhammad sesungguhnya Allah menyuruhmu, menyambung tali silaturrahim yang memutuskan hubungan padamu, dan memberi pada orang yang aniaya kepadamu.

    Tiga macam semuanya hak: 1. Tiada seorang yang dianiaya lalu memafkannya kerana mengharap keredhaan Allah melainkan pasti di tambah kemuliaan oleh Allah s.w.t.

    2. Tiada seorang yang membuka jalan minta2 kerana ingin bertambah kekayaan, 
    melainkan ditambah kekurangan kemiskinan oleh Allah.

    3. Tiada seorang yang member sesuatu ikhlas kerana Allah melainkan ditambah banyak oleh Allah Ta’ala.
    Siapa yang menahan lidahnya dari kehormataan kaum muslimin, maka Allah memaafkan kesalahan2nya, pada hari kiamat dan siapa yang menahan marahnya maka Allah akan menghindarkan dari murkaNya pada hari kiamat.
    Mereka yang menahan marah, dan memaafkan sesama manusia, dan Allah kasih(senang) pada orang yang berbuat baik. (Ali-Imran:134)

    Thursday, October 4, 2012

    Jangan menunggu

    Jangan apa? Jangan menunggu BAHAGIA baru TERSENYUM, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.. Jangan menunggu KAYA baru BERSEDEKAH, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.. Jangan menunggu TERMOTIVASI baru BERGERAK, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.. Jangan menunggu DIPEDULIKAN orang baru kamu PEDULI, tapi pedulilah tentang orang lain. Maka kamu akan dipedulikan.. Jangan menunggu orang MEMAHAMI kamu baru kamu memahami mereka, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu.. Jangan menunggu TERINSPIRASI baru MENULIS,tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.. Jangan menunggu HOMEWORK baru BEKERJA, tapi bekerjalah, maka homework kamu akan menunggumu.. Jangan menunggu DICINTAI baru MENCINTAI, tapi belajarlah mencintai,maka kamu akan dicintai.. Jangan menunggu banyak RUANG baru hidup TENANG, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah…bukan sekadar ruang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.. Jangan menunggu CONTOH baru bergerak MENGIKUTI, tapi bergeraklah,maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti.. Jangan menunggu BERJAYA baru BERSYUKUR,tapi bersyukurlah, maka akan bertambah kejayaan.. Jangan menunggu MAMPU baru MELAKUKAN, tapi lakukanlah.. Jangan menunggu sudah TUA BARU BERTAUBAT,kerana KEMATIAN menjemput bila-bila masa.. Renung-renungkan.. Berjalanlah dengan penuh HARAPAN walau hidup ini tidak selalu BAHAGIA.. SEDEKAHKANLAH satu SENYUMAN walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan.. BELAJARLAH memaafkan walau dirimu terLuKa.. BERHENTILAH memberi ALASAN walau ingin menyatakan KEBENARAN.. HIDUPLAH dalam IMAN walau hari dipenuhi DUGAAN.. BERPEGANGLAH kepada ALLah walau DIA tidak KELIHATAN…