Pages

Tuesday, October 16, 2012

Nasihat, Hikmah


Jangan minta yang tidak dapat dilihat oleh matamu tapi mintalah apa yang ada di matamu

Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.

Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah? Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini.- Petikan Dr. Badrul Amin Bahron

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa, senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan. Jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan buat pedoman.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Janganlah kita melampaui batas di dalam apa jua urusan kerana akibatnya sangat buruk. Bersederhanalah semoga Allah swt redha.

Di tengah kesulitan, sangat sedikit golongan bersyukur. Apa yang sering terjadi, di tengah kesulitan, hati bergoncang dan berputar-putar mata mereka kerana ketakutan. Kumpulkanlah kekayaan hati. Usah kumpul kekayaan pengikut dan harta. Kekayaan hati adalah sifat mahmudah. Tambahilah sifat mahmudah daripada sedikit syukur kepada berbanyak-banyak syukur, daripada sedikit redha kepada berbanyak-banyak redha, dari sedikit husnuz zan ( baik sangka) kepada berbanyak-banyak husnuz zan, dari sedikit sabar kepada berbanyak-banyak sabar, daripada sedikit pemaaf kepada lebih banyak memberi maaf, daripada sedikit keyakinan kepada lebih tebal keyakinan. Kekayaan hati adalah kekayaan abadi. Tidak musnah oleh kematian dan tidk musnah dirosakkan oleh orang-orang yang hasad dengki. - Petikan Ustaz Abdul Halim Abbas

Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.

Malu adalah salah satu sifat utama seorang mukmin kerana ia adalah sebahagian dari iman. Malu tidak menghasilkan sesuatu kecuali kebaikan. la menjadi perisai daripada melakukan banyak perkara jahat.

Antara dua darjat, si kaya dan si miskin. Namun iman dan taqwa yang dinilai di sisi Allah swt, bukan banyaknya harta di dunia.

Manusia sering gelisah dengan ketidakcukupan wang dan pelbagai lagi ketika hidup di dunia. Namun ramai yang masih belum memikirkan bekalan untuk akhirat yang pastinya belum cukup

No comments:

Post a Comment