Pages

Thursday, June 7, 2012

Tenaga batin terjejas

SAYA masih bujang dan mempunyai teman wanita. Selepas mengalami kemalangan empat tahun lalu, kaki cacat apabila tidak dapat bergerak.
Segala pergerakan memerlukan penggunaan kerusi roda. Masalahnya, selepas kemalangan itu, kekuatan batin saya berkurangan.

Saya bimbang tidak dapat memberi tuntutan nafkah batin dan memuaskan isteri apabila berkahwin kelak. Saya ada menjelaskan masalah itu kepada teman wanita dan dia menerima saya seadanya.

Adakah haram jika saya berkahwin dalam keadaan diri yang tidak sempurna?


RAFIQ,
Kuala Lumpur


ASAL hukum perkahwinan itu harus. Bagaimanapun ia bertukar menjadi wajib, haram, sunat dan makruh dalam keadaan tertentu. Hukum haram berkahwin apabila perkahwinan membawa kemudaratan kepada isteri dengan tidak mendapat nafkah zahir dan batin.

Hukum perkahwinan anda adalah makruh apabila anda kurang berupaya memberi nafkah batin kepada isteri. Perkahwinan tidak sempurna tanpa kedua-dua nafkah batin dan zahir.

Bagaimanapun, apabila bakal isteri sudah diberitahu dan dia bersetuju menerima kekurangan anda, perkahwinan boleh saja diteruskan.

No comments:

Post a Comment