Pages

Thursday, June 7, 2012

Pilih kedai dobi Islam

SAYA menghantar pakaian ke kedai dobi namun keliru apakah hukumnya jika pakaian saya itu bercampur sekali dengan pakaian orang lain yang tidak dipastikan kesuciannya?

Jawapan

MEMBASUH pakaian di kedai dobi dibenarkan dalam Islam. Bagaimanapun, bagi mengelakkan kesamaran dan was-was, anda dinasihatkan membasuh sendiri pakaian itu.


Ia lebih menjimatkan dan tidak timbul rasa was-was lagi. Sekiranya tidak dapat mengelakkan daripada menggunakan perkhidmatan kedai dobi, pilihlah kedai dobi kepunyaan orang Islam dengan harapan mereka dapat mengasingkan pakaian yang terkena najis berat dengan pakaian lain.

Menurut mazhab Shafie, pakaian yang terkena najis berat seperti babi perlu dicuci secara menyamak dengan membasuh sebanyak tujuh kali dengan salah satu air yang bercampur tanah.

Sekiranya berlaku percampuran secara tidak sengaja, ia dimaafkan dalam keadaan itu.

No comments:

Post a Comment