Pages

Thursday, June 7, 2012

Gagap jejas keyakinan diri

SAYA mempunyai masalah dalam pertuturan (gagap) hingga menyebabkan kurang yakin dan rendah diri.
Di sebabkan kekurangan itu, saya sering kali mengelak daripada berkomunikasi dengan rakan saya. Bagaimana untuk mengatasi masalah itu?

FATHUL,
Negeri Sembilan




GAGAP dalam percakapan bukan hanya membabitkan kesukaran bertutur, malah menyebabkan masalah dalam berkomunikasi.

Gagap adalah keadaan bertutur yang terhenti-henti atau cenderung mengulangi bunyi, suku kata atau perkataan.

Faktornya disebabkan bermasalah dalam percakapan, takut, terlampau ghairah, terkejut atau gugup. Menurut kajian, tiada rawatan yang berkesan untuk masalah gagap.

Di negara maju, terdapat satu peratus penduduk gagap. Bagaimanapun ia dapat dikurangkan secara beransur-ansur dengan latihan dan kesabaran.

Kita boleh mendapatkan bahan bacaan berkenaan masalah itu dalam pelbagai buku panduan atau di Internet. Selain itu, kita perlu membiasakan diri dengan membaca al-Quran.

Ini kerana, al-Quran mengajar kita supaya lancar lidah dalam sebutan dan bacaan. Al-Quran boleh dibaca dengan kuat tanpa perlu malu-malu.

Amalkan juga doa yang diajar Allah kepada Nabi Musa dalam surah Taha yang bermaksud: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku dan lepaskanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku.” (Surah Taha ayat 25- 28).

No comments:

Post a Comment