Kisah ini merupakan kisah yang benar-benar terjadi  di salah sebuah hospital swasta di Singapura. Adik kepada kawan kakak  saya telah menceritakan hal ini dalam beberapa minggu yang lalu.
Adik kepada kawan kakak saya ini biarlah saya namakan beliau sebagai  Farah ( bukan nama sebenar) merupakan seorang jururawat yang baru sahaja  bertugas di hospital terbabit. Memandangkan baru bertugas Farah belum  lagi mengenali secara terperinci setiap pesakit. Tetapi apa yang menarik  perhatian beliau adalah mengenai seorang pesakit ini yang berusia dalam  lingkungan awal 40-an. Tatkala beliau melihat pesakit ini terbit rasa  kasihan kepada pesakit ini kerana menderita koma. Bertanyalah Farah  kepada pekerja yang sudah lama berkhidmat disitu berkenaan pesakit  terbabit. Rakan sekerjanya memberitahu sudah sebulan pesakit ini berada  disitu dan pelbagai ujian sudah dibuat namun tidak diketahui puncanya.  Menurut rakan sekerja Farah lagi mereka ada mendengar ura-ura bahawa  ahli keluarga pesakit terbabit mahu membawa paderi datang ke hospital  tersebut untuk membantu sedaya mungkin sebagai usaha tambahan.
Setelah beberapa hari berlalu, lalu muncullah paderi terbabit  bersama-sama dengan beberapa orang pengikutnya. Kebetulan Farah yang  bertugas untuk menjaga peakit itu turut sama berada dalam bilik itu.  Farah memandang wajah paderi terbabit ternyata kelihatan raut wajah yang  dalam kesedihan pada mimik muka paderi tersebut. Lalu pandangan dialih  kepada beberapa pengikut paderi tersebut. Untuk pengetahuan pembaca,  pesakit terbabit merupakan penganut roman katolik. DIsebabkan pertemuan  itu agak lama Farah bertindak untuk menyusul keluar dalam bilik itu  kerana ingin memanggil salah seorang rakan beliau bagi menggantikan  tempatnya untuk sementara. Sejurus beliau melangkah setapak terasa  jantungnya begitu gugup hampir pecah berderai saat paderi tersebut  menyatakan kepada pesakit ucapkanlah "lailahaillallah" kerana itu  merupakan kunci syurga. Terfikir sejenak kalaulah paderi itu mengetahui  akan perkara tersebut kenapa ianya tidak diajarkan kepada penganutnya  yang lain untuk mentauhidkan Allah swt tetapi memilih untuk mendustakan  agama dengan mempersekutukan Rabb yang Esa.
Setelah itu Farah  memanjangkan lagi langkahan kakinya keluar dari bilik tersebut. Kisah  ini diceritakan kepada rakan sekerjanya yang lainlantas menri reaksi  terkejut. Semoga kisah ini juga mampu menambahkan keyakinan anda  terhadap kepercayaan kepada Allah swt yang tunggal.
p/s :
Surah Al-Ikhlas : Ayat 1-4
Katakanlah ( Muhammad ) Allah jualah yang esa. Dia lah tempat  meminta. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tiada suatupun  yang setara denganNya. 
No comments:
Post a Comment