Pages

Wednesday, April 18, 2012

Kisah ini merupakan kisah yang benar-benar terjadi di salah sebuah hospital swasta di Singapura. Adik kepada kawan kakak saya telah menceritakan hal ini dalam beberapa minggu yang lalu.

Adik kepada kawan kakak saya ini biarlah saya namakan beliau sebagai Farah ( bukan nama sebenar) merupakan seorang jururawat yang baru sahaja bertugas di hospital terbabit. Memandangkan baru bertugas Farah belum lagi mengenali secara terperinci setiap pesakit. Tetapi apa yang menarik perhatian beliau adalah mengenai seorang pesakit ini yang berusia dalam lingkungan awal 40-an. Tatkala beliau melihat pesakit ini terbit rasa kasihan kepada pesakit ini kerana menderita koma. Bertanyalah Farah kepada pekerja yang sudah lama berkhidmat disitu berkenaan pesakit terbabit. Rakan sekerjanya memberitahu sudah sebulan pesakit ini berada disitu dan pelbagai ujian sudah dibuat namun tidak diketahui puncanya. Menurut rakan sekerja Farah lagi mereka ada mendengar ura-ura bahawa ahli keluarga pesakit terbabit mahu membawa paderi datang ke hospital tersebut untuk membantu sedaya mungkin sebagai usaha tambahan.

Setelah beberapa hari berlalu, lalu muncullah paderi terbabit bersama-sama dengan beberapa orang pengikutnya. Kebetulan Farah yang bertugas untuk menjaga peakit itu turut sama berada dalam bilik itu. Farah memandang wajah paderi terbabit ternyata kelihatan raut wajah yang dalam kesedihan pada mimik muka paderi tersebut. Lalu pandangan dialih kepada beberapa pengikut paderi tersebut. Untuk pengetahuan pembaca, pesakit terbabit merupakan penganut roman katolik. DIsebabkan pertemuan itu agak lama Farah bertindak untuk menyusul keluar dalam bilik itu kerana ingin memanggil salah seorang rakan beliau bagi menggantikan tempatnya untuk sementara. Sejurus beliau melangkah setapak terasa jantungnya begitu gugup hampir pecah berderai saat paderi tersebut menyatakan kepada pesakit ucapkanlah "lailahaillallah" kerana itu merupakan kunci syurga. Terfikir sejenak kalaulah paderi itu mengetahui akan perkara tersebut kenapa ianya tidak diajarkan kepada penganutnya yang lain untuk mentauhidkan Allah swt tetapi memilih untuk mendustakan agama dengan mempersekutukan Rabb yang Esa.

Setelah itu Farah memanjangkan lagi langkahan kakinya keluar dari bilik tersebut. Kisah ini diceritakan kepada rakan sekerjanya yang lainlantas menri reaksi terkejut. Semoga kisah ini juga mampu menambahkan keyakinan anda terhadap kepercayaan kepada Allah swt yang tunggal.

p/s :
Surah Al-Ikhlas : Ayat 1-4

Katakanlah ( Muhammad ) Allah jualah yang esa. Dia lah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tiada suatupun yang setara denganNya.

No comments:

Post a Comment