Sebahagian
daripada kita mungkin ada yang bekerja di waktu malam, atau pulang
lewat, atau ada keuzuran hingga tidak dapat ke masjid. Timbul persoalan
tentang bagaimana caranya untuk melakukan solat terawih sendirian di
rumah.
- 1- Solat terawih ialah solat sunat waktu malam
- 2 rakaat. Tatacaranya sama seperti solat-solat sunat yang lain.Tiada beza tatacaranya. Ia tidak mempunyai jumlah maksima rakaatnya. Nabi sallallahu 'alaihi wasallam ditanya:
- 3- Ia dilakukan selepas solat Isyak. Masanya berakhir apabila masuk waktu Subuh. Hanya sahaja, sewajarnya selepas solat Isyak dilakukan solat sunat rawatib selepas Isyak/ba'diyah Isyak, kemudian baru dilakukan solat terawih.
- 4- Boleh juga tidur dahulu, dan melakukannya di hujung malam pada waktu sahur.
- 5- Baca apa-apa sahaja surah yang dihafaz. Tiada surah yang khusus.
- 6- Tiada apa-apa bacaan khusus antara rakaat-rakaat solat terawih. Bacaan-bacaan yang popular di baca di masjid-masjid adalah rekaan manusia. Ia bukan sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Insya-Allah, solat terawih itu Rahmat Allah itu luas, Dia tahu keadaan setiap hambaNya.
Sumber: Dr Abdul Basit Abdul Rahman
Info Tambahan:
Islam itu mudah, dan Allah tidak pernah membebankan hamba-Nya. Jadi,
rebutlah peluang untuk meraih redha Allah dengan memperbanyakkan amal
ibadat di bulan yang suci ini, antaranya ialah dengan menunaikan Solat
Terawih.
Seeloknya secara berjemaah di Masjid atau surau, namun, jika tidak mampu
lantaran kesibukan, kepenatan atau kerana halangan-halangan tertentu,
boleh sahaja menunaikan ibadat tersebut di rumah, baik secara berjemaah
mahupun bersendirian.
No comments:
Post a Comment