Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Sunday, June 21, 2015

Tingkatan Puasa Di Bulan Ramadan


tingkatanpuasa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Tingkatan puasa di bulan ramadan menurut Imam al-Ghazali membahagikan puasa terbahagi kepada tiga tingkatan. Menurut sebahagian ulama juga menyatakan puasa ada tiga tingkatan. 

1-Puasa Orang Awam

Hanya sekadar meninggalkan makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa serta keinginan berjimak. Manakala perkara-perkara makruh kurang ditinggalkan dan perkara-perkara sunat diabaikan. 

2- Puasa Orang Khas (Puasa Khusus)  

Puasa ini menjaga akhlak dan perkara-perkara yang sunat bagi menambah kualiti puasanya dengan memelihara mata, lidah, telinga, tangan dan kaki daripada perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa.  

3- Puasa Orang Paling Khusus (Puasa Khusus al-Khusus) 

Mereka bukan setakat menjaga diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa tetapi perkara yang boleh membatalkan pahala puasa. Perkara-perkara sunat dipentingkan serta anggota badan turut sama berpuasa dan hatinya sentiasa berzikir dan memperingati Allah. Puasa orang ini adalah puasa tertinggi kedudukan disisi Allah SWT dan merupakan amalan puasa para Rasul-Rasul, Nabi-Nabi, Para Wali dan Ahli Ibadah yang lainnya.  
Berusahalah meningkatkan kualiti puasa agar lebih diterima dan diredhai Allah SWT. Kalau setakat tingkat yang pertama adalah sekadar biasa-biasa. Manusia yang berpuasa bukanlah sekadar berpuasa menjaga perutnya sahaja akan tetapi perlu menjaga perkara-perkata atau perbuatan yang mengurangkan pahala puasa seperti mulut masih bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak mendapat pahala. Hakikatnya puasa bukanlah sekadar menjaga perut sahaja tetapi melatih jiwa agar berakhlak dengan akhlak yang mulia. Insaallah.. 
Ini bermakna puasa yang disulami dengan amalan-amalan yang kurang baik akan mengurangkan pahala puasa, bahkan ada besar kemungkinan tidak diterima Allah. Insallah sesamalah kita menjalini ibadah puasa dengan amalan yang terbaik dan moga-moga diterima Allah SWT. Amin... 
surahalbawarahayat183
"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaiman diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu moga-moga kamu bertakwa." 
(Surah Al-Baqarah Ayat : 183)

Kita nak bawa anak ke masjid TAPI...

Kita nak bawa anak ke masjid TAPI...

Kita nak bawa anak ke masjid TAPI...

 1. kita tak ajar pun anak-anak tu supaya jaga adab di masjid. Kemudian kita kata masjid di Malaysia anti sunnah.

2. kita fikir tak bahawa anak-anak yang berlari ke sana sini/bising di dalam masjid mengganggu kekhusyukan solat para makmum dan imam yang mukallaf ?

3. Adakah anak kita sudah mumayyiz dan layak untuk dibawa ke masjid agar tidak mengganggu jemaah ?

Boleh untuk melatih anak ke masjid, pastikan mereka juga sudah diajar adab dalam masjid. Jika ada golongan yang bising zikir berjemaah selepas solat itu bid'ah sesat (walaupun ada nas dari hadith sahih) ganggu kekhusyukan solat, mengapa hal anak-anak buat bising di masjid dianggap remeh, tak ganggu khusyuk solat bahkan apabila anak-anak diletakkan bahagian belakang dikatakan ANTI SUNNAH ?

Cara menunaikan Solat Terawih secara sendirian di rumah


Sebahagian daripada kita mungkin ada yang bekerja di waktu malam, atau pulang lewat, atau ada keuzuran hingga tidak dapat ke masjid. Timbul persoalan tentang bagaimana caranya untuk melakukan solat terawih sendirian di rumah.
  • 1- Solat terawih ialah solat sunat waktu malam
  •  2 rakaat. Tatacaranya sama seperti solat-solat sunat yang lain.Tiada beza tatacaranya.  Ia tidak mempunyai jumlah maksima rakaatnya. Nabi sallallahu 'alaihi wasallam ditanya: 

  • 3- Ia dilakukan selepas solat Isyak. Masanya berakhir apabila masuk waktu Subuh. Hanya sahaja, sewajarnya selepas solat Isyak dilakukan solat sunat rawatib selepas Isyak/ba'diyah Isyak, kemudian baru dilakukan solat terawih. 
  • 4- Boleh juga tidur dahulu, dan melakukannya di hujung malam pada waktu sahur. 
  • 5- Baca apa-apa sahaja surah yang dihafaz. Tiada surah yang khusus.
  • 6- Tiada apa-apa bacaan khusus antara rakaat-rakaat solat terawih. Bacaan-bacaan yang popular di baca di masjid-masjid adalah rekaan manusia. Ia bukan sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Insya-Allah, solat terawih itu Rahmat Allah itu luas, Dia tahu keadaan setiap hambaNya. 
Info Tambahan: 
Islam itu mudah, dan Allah tidak pernah membebankan hamba-Nya. Jadi, rebutlah peluang untuk meraih redha Allah dengan memperbanyakkan amal ibadat di bulan yang suci ini, antaranya ialah dengan menunaikan Solat Terawih. 
Seeloknya secara berjemaah di Masjid atau surau, namun, jika tidak mampu lantaran kesibukan, kepenatan atau kerana halangan-halangan tertentu, boleh sahaja menunaikan ibadat tersebut di rumah, baik secara berjemaah mahupun bersendirian.

PERKARA-PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA.



5 Dosa yang tidak ada Tebus Nilainya


1) Syirik terhadap Allah s.w.t. 
2)Membunuh orang tanpa hak 
3)Membuat tuduhan palsu terhadap seorang muslim 
4)Lari dari barisan muslimin dalam peperangan 
5)Sumpah palsu untuk mengambil hak orang lain
Selamat menunaikan ibadah puasa kepada
semua rakan2 beragama islam

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...