1. Suka 'upload' gambar berdua-duaan sepanjang masa, tak kiralah kat mana pun
  >>dah jadi macam rutin harian. kalau dah takde gambar yang nak 
upload hari tu, upload pulak gambar boyfriend/girlfriend dengan kapsyen 
yang sweet.
  
  2. Kalau ada apa-apa 'anniversary', mesti ada 'countdown' atau ayat popular "counting days"
  >>Contohnya: "23 days til I'm officially yours. OMG! Tak sabar!"
  
  3. Sering menggunakan 'hashtag' yang melebih-lebih
  >>Hashtag seperti #cintahati #sayang #futurehubby #futurewifey 
#mylove #myboo #rinduawak200peratus #temanlelakiupahan #missyou #rindu 
#awakkatmana #dontleaveme #comebacksoon dan macam-macam lagi digunakan 
bagi membuktikan cinta yang sangat mendalam terhadap pasangan.
  
  4. Buat plan dengan pasangan macam "Sabtu ni kita main badminton, nak?" dekat 'page' si dia
  >>Ada banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk membuat plan 
seperti 'Whatsapp', 'WeChat', 'Telegram', 'Viber' atau 'KakaoTalk'. Dan 
kalau anda nak tahu, sistem SMS pun masih wujud lagi.
  
  5. Bergaduh, bersembang, meluahkan perasaan cinta dan lain-lain yang seangkatan dengannya
  >>Bila gaduh, cerita. Bila happy, cerita. Bila rindu, cerita. 
Bila sedih, cerita. Bila dating, cerita. Apa je yang taknak cerita?
  
  6. Gambar profil WAJIB gambar mereka berdua
  >>Yang ini mungkin tak dapat dielakkan. Maklumlah, kalau tak letak gambar dengan pasangan, si dia akan merajuk pulak.
  
  7. 'Post' dedikasi paling sweet kepada si dia secara halus untuk orang lain baca
  >>Secara halus? Macam mana tu? Contohnya muat naik status 
seperti, "Awaklah yang terbaik untuk saya. Terima kasih sebab buat saya 
bahagia.".
  Kalau diikutkan, boleh je kalau nak beritahu pasangan 
depan-depan tapi saja nak suruh orang lain tahu boyfriend/girlfriend 
atau suami/isteri dia lah yang terbaik di dunia.
  
  8. Kongsi akaun laman sosial dengan gabungan nama ala-ala Brangelina
  >>Rasanya, tak perlu sampai nak berkongsi semua benda kot. Bak kata pepatah, "everyone has their own privacy."
  
  9. Tak habis-habis 'post' gambar si dia
  >>Mungkin sebab dah tak tahu nak upload gambar apa, jadi apa 
salahnya kalau penuhkan timeline orang lain dengan gambar pasangannya. 
Kalau tak upload gambar sehari macam tak sah.
  
  10. Komen benda-benda yang bagi 'hint' cemburu pada gambar si dia
  >>Contohnya, katakanlah si boyfriend upload gambar dengan 
kawan-kawan perempuan lain bersamanya (rakan sekelas, rakan sekolah, 
rakan sekerja), lepastu si girlfriend pun komen "handsomenya lelaki tu. 
Boyfriend siapalah tu." Kalau ini terjadi, maksudnya dia cemburu lah tu.
  Ini kes biasa bagi pasangan yang 'clingy'. Jangan sampai mengongkong sangat.
  
  Nasihat saya, tidak perlulah terlalu 'lovey dovey' di depan orang 
ramai. Kurangkan aktiviti anda berdua di laman sosial agar anda 'happy 
dan orang lain pun 'happy'. 
No comments:
Post a Comment