Assalamualaikum.. dan Salam Sejahtera.
hari ni,, cuma nak cita pasai FESYEN?
dan sedikit ingatan juga buat para pembaca yang membaca.
ni beberapa perkara pelik yang semakin menyerang kita umat Muhammad yang MAJU sekarang ni.
1. AKU PAKAI TUDUNG WHAT,?
nak mengingatkan wahai saudari ku, bertudung memang bertudung wahai
saudari, tapi tahukan saudari yang tudung tu fungsinya menutup aurat
kamu dibahagian dada. cakap gentle, bahagian dada kamu tu, TARIKAN UTAMA
KAUM ADAM, pasai tu ALLAH cakap, BERTUDUNG DAN MENUTUP DADA UNTUK
WANITA! .. jadi kalau pakai, dan dada terdedah? sampai tak FUNGSI UTAMA
syariat tudung tu?
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan
yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang
haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah
mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka
dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…" (An -Nur : 31)
2. HEYYY... AKU TUTUP AURAT LAAA~~
yess kawan-kawan. kita semua pakai baju.. sapa nak bogel kat jalan
melainkan orang yang telan dadah pastu dadah tu pecah dalam perut. : p (sila rujuk sokabar, banyak kes la skg..
). TAPI, KALAU PAKAI BAJU, TAPI KETAT MACAM KAIN BALUT NANGKA SMPAI
NAMPAK ABEH BENTUK TUBUH, CAMNA YA? garis panduan pakaian juga dah
disebutkan buat kita kan? wahai kaum muslimah ku?bukankah tubuh itu
adalah aurat?
“Ada dua golongan dari penduduk neraka
yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti
ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian
tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta
yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan
mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan
sekian.” (HR. Muslim no. 2128)
3. AKU KAN DAH TUTUP AURAT NI? KAN DAH PAKAI TUDUNG???
kaum saudariku, aurat bukan sekadar bertudung.. bertudung betul, tapi
jangan la ta lengkap aurat tu, syg la, pala dah tutup, tapi bahagian
lagi terbuka, bukankah semua adalah aurat kamu selain tapak tangan dan
muka kamu?
Imam Ibn Kathir berkata, “Allah s.w.t.
memerintahkan NabiNya supaya menyuruh isteri, anak dan wanita beriman
agar mereka melabuhkan jilbab mereka supaya mereka berbeza dengan wanita
jahiliyyah (yang tidak menutup aurat), dan jilbab ialah kain yang
dipakai di atas tudung kepala…” (Lihat Muhd ‘Ali al-Sabuni, Mukhtasar Tafsir ibn Kathir, Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)
4. COME ON LA. TAKKAN AKU NAK KELUAQ BUSUK2 KOTT????
aku nak keluar la.. takkan la nak busuk2 kot? ang takpa la laki..
"Siapa sahaja wanita yang memakai
wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium
baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata
ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang
sekarang hidong belang" (Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
Note :: sekadar pandangan aku seorang LELAKI yang amek berat akan
perjalanan alam yang semakin lama makin menyongsang, aku risaukan kamu,
itu sahaja. mungkin bunyi nya aku sorang YANG BUTA FESYEN KAN? atau kata
AKU KOLOT, KAMPUNG!! apa pun, itu sahaja dari aku, yang mungkin selepas
ini aku akan dibenci kamu, tapi takpa la. biar dibenci sekarang dari
disana aku ditanya sebab tak memberitahu akan hal ini. semoga mendapat
manfaat. aku tinggalkan kamu dengan ayat bawah ini..
“Wahai nabi
(Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu
dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup
seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu
lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)
maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha
Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).” (Al-Ahzab : 59)
No comments:
Post a Comment