Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Aku
 menjenguk dalam syurga dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah 
orang miskin dan aku menjenguk dalam neraka dan aku melihat kebanyakan 
penghuninya adalah wanita. 
( Sahih: Hadis daripada Imran bin Husain radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi dan lain-lain, lihat Sahih al-Bukhari – no: 5198 
Jika diteliti beberapa perkara yang berkaitan dengan wanita, amat jelas masalah AURAT adalah di antara masalah utama yang menyebabkan sebilangan besar golongan wanita di azab oleh Allah di dalam neraka, tetapi yang peliknya masalah ini jugalah yang paling susah hendak diterima oleh kaum wanita!
persoalannya..
 Adakah islam menggariskan panduan berpakaian kepada kaum wanitanya kerana ingin menyusahkan mereka? 
Renungilah firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 59 ini..
 "Wahai
 Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan 
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi 
menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
Hakikatnya,
 hikmah menutup aurat itu kerana mahu melindungi diri kalian wahai 
muslimah. Itulah cara islam meninggikan darjat kaum wanita agar tidak 
sama seperti kaum wanita agama lain. Adakah kalian berasa bangga 
diganggu lelaki-lelaki yang tidak dikenali dijalanan? Adakah kalian 
merasa gembira menjadi tumpuan mata para lelaki yang rosak hatinya di 
luar sana? 
Sayangilah dirimu wahai muslimah..
Jangan
 rendahkan dirimu ke tahap yang terendah semata-mata kerana ingin 
memenuhi kehendak nafsu duniawi..ayuh kita cermin pakaian diri!
Jom Kita Fahami Aurat Wanita Menurut Al-Quran dan Hadith
1.      Pakaian 
 -    Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan
 memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu
 Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-"Tiada
 seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, 
melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat
 Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).
2   Rambut 
-"Wahai
 anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung 
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di 
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang 
bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
3.Muka dan Tangan 
 -    Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai 
pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang 
gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan 
kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan 
Bukhari).
4.     Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "
      (An-Nur : 31) 
Click image untuk image yang lebih besar.
5.   Wangian 
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

6.     Bulu kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
7.      Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

8.     Mulut (suara)
“Janganlah perempuan-perempuan itu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.” (Al-Ahzab:32)
“Janganlah perempuan-perempuan itu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.” (Al-Ahzab:32)

No comments:
Post a Comment