Pages

Monday, April 21, 2014

Waktu Dilarang Sembahyang

Soalan:
Apakah Status kenyataan ini? bersumberkan hadith yg sahih ker?

WAKTU YANG DIHARAMKAN BERSOLAT

1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit, contoh waktu subuh dari 5.35pg ke 7.05pg 7.05pg + 28mins = 7.33pg. Oleh itu 7.05pg ke 7.33pg ialah waktu syuruk.
Waktu ini adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
Rasulullah s.a.w. mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai orang yang meyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7 pagi dan ingin mengqadakan solat subuh, kita harus melepasi waktu syuruk ini.

2. Waktu zawal / istiwa / rembah iaitu waktu matahari berada tegak di atas kepala iaitu apabila berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali di bawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran.
Waktu ini panjangnya dalam 5 ke 10mins sebelum masuknya waktu zohor.

3. Waktu fadilat /afdal untuk bersolat ialah sepertiga waktu selepas azan iaitu 20mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat, kecuali solat isyak, afdalnya ialah sepertiga malam iaitu sesudah azan hingga 10.30malam.

Jawapan:
بسم الله
 
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Sahih daripada Nabi SAW melarang bersembahyang pada 3 waktu, sebagaimana dalam hadis Uqbah bin Amir al-Juhaniy. iaitu apa yg anda sebut no (1) dan (2). Manakala no (3), tiada kaitan dgn waktu larangan.
Hadis tersebut ialah:

ثلاث ساعات كان رسول الله صلى الله عليه و سلم ينهانا أن نصلي فيهن أو أن نقبر فيهن موتانا حين تطلع الشمس بازغة حتى ترتفع وحين يقوم قائم الظهيرة حتى تميل الشمس وحين تضيف الشمس للغروب حتى تغرب


ertinya: Tiga waktu Nabi SAW melarang kami sembahyang dan mengebumikan mayat padanya;
-ketika terbit matahari, sehingga naik tinggi
-ketika matahari berada di kemuncak pertengahan, sehingga tergelincir
-ketika matahari mula terbenam, sehinggalah ia terbenam.
HR: Muslim (no: 831).

Manakala illah dilarang, disebut dalam hadis Amru bin Abasah r.a, dalam sahih Muslim (no: 832), ringkasannya ialah;
-waktu terbit matahari: kerana matahari terbit antara dua tanduk syaitan, dan org kafir sujud kepada matahari waktu itu.
-waktu tengahari: ketika itu api neraka begelegak.
-waktu terbenam matahari: ia terbenam antara dua tanduk syaitan, dan org kafir sujud kepadanya waktu itu.
Berkenaan kenyataan:  “Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7 pagi dan ingin mengqadakan solat subuh, kita harus melepasi waktu syuruk ini”,
Sebenarnya Qadha’ boleh dilakukan walaupun dalam waktu2 yg dilarang.

Kerana:
-Nabi memerintahkan qadha’ dilakukan dengan SEGERA, sebagaimana hadith: “Sesiapa lupa daripada satu sembahyang, hendaklah bersembahyang APABILA dia teringat”. Muslim (no: 680).
-Larangan solat pada waktu2 itu, ialah solat yg tiada sebab. Adapun solat bersebab spt qadha’, atau tahiyyat masjid, ia terkecuali.
(Majmuk 4/170).
-Ada hadis menyebut larangan sengaja memilih waktu tersebut, spt: hadis “Jangan mencari waktu untuk solat pada ketika terbit dan terbenam matahari”. HR Bukhari (no: 558).
Orang yg qadha’ solat tidak sengaja memilih waktu larangan.
Berkenaan kenyataannya:  “Waktu fadilat /afdal untuk bersolat ialah sepertiga waktu selepas azan iaitu 20mins selepas azan”;
Setakat ini, masih belum menemui petunjuk Nabi tentang had masa 1/3 jam (20 minit) antara azan dan iqamah. mungkin diistibat daripada beberapa hadis yg menyebut secara umum.
Antara yg disebut dalam hadis ialah:

Hadis Jabir: Sabda Nabi SAW: Wahai Bilal, Jadikan antara azan dan iqamah kamu sekadar orang yg sedang makan selesai makannya, org yg minum selesai minumnya, org yg qadha’ hajat selesai qadha’ hajatnya.
Manakala kenyataannya: “Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat, kecuali solat isyak, afdalnya ialah sepertiga malam iaitu sesudah azan hingga 10.30malam”,

Zahir quran dan sunnah Nabi yg sahih menggalakkan solat di awal waktu.
Manakala waktu isya’ jika boleh dilakukan jemaah pada lewat malam, ia suatu yg baik, kerana sabit Nabi SAW pernah melewatkan solat Isya’ sehingga jemaah di masjid tertidur. Lalu Nabi bersabda: Inilah waktunya kalaulah tidak menyusahkan umatku. (Muslim no 638).
Tetapi, jika jemaah dilakukan pada awal waktu sebagaimana yg diamalkan hari ini, maka berjemaah pada awal waktu adalah lebih utama daripada mencari kelebihan lewat malam.
Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

No comments:

Post a Comment