Pages

Wednesday, March 5, 2014

Hentikan Meminta-Minta

Seorang leleki menemui Rasulullah kerana berdepan masaalah kewangan. Baginda bertanya kepada lelaki itu: ‘Adakah kamu memiliki barang yang boleh dijual?’
Si lelaki menjawab: “ Ada, Rasulullah. Sehelai kain yang sudah aku potong dua. Sepotong untuk pakaian dan sepotong lagi untuk alas duduk. Dan ada lagi sebuah piala tempat minum.”
 
Balas Rasulullah. “ Bawa barang itu kemari.” Si lelaki kemudiannya dating lagi membawa barang-barang itu kepada sahabat yang hadir.Siapa yang mahu membeli barang ini?”
Seorang sahabat menyahut: “ Saya Rasulullah. Saya mahu membeli dengan satu dirham.”
 
Rasulullah bertanya lagi:Siapa mahu menambah harganya.”
 
Seorang lagi sahabat menyahut: “Saya Rasulullah. Saya bayar dua dirham.”
Rasulullah lantas bersetuju dengan tawaran kedua. Lalu baginda memberi wang itu kepada si lelaki sambil berkata: “ Ambil! Satu dirham, belikan makanan untuk isterimu. Lebihnya beli kapak. Selepas itu, kembali ke sini.”
 
Si lelaki kembali dengan sebilah kapak, dan Rasulullah memberikan seutas tali sambil berkata: “ Pergi ke luar kota. Cari katyu api dan jual di pasar. Jangan kamu dating lagi selama 15 hari.”
 
Lima belas hari kemudian, si lelaki bertemu Rasulullah dengan wajah berseri-seri. Katanya, selama 15 hari mencari kayu, dia mendapat nafkah sebanyak 15 dirham yang dibelanjakan untuk makan pakai keluarganya.”
 
Mendengar itu Rasulullah tersemyum lalu berkata: Itu lebih baik bagimu daripada meminta-minta. Sebab kebiasaan meminta-minta itu akan membuat mukamu menjadi cacat hitam pada hari kiamat.”

No comments:

Post a Comment