1.Tidak punya rasa malu. Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat. 
 
2.Ausyarah(kotor)
 iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas 
melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan 
tidak menyenangkan. 
 
3.Asysyakasah(berani/mencabar) iaitu
 suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami
 melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH. 
 
4.Innah(berani/mencabar)
 yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. 
Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami 
dengan tetap melakukan maksiat. 
 
5.Bitnah(mementingkan 
isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan 
mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan 
perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas 
dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk
 memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk 
melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH. 
 
6.Bahriyah(mendorong
 suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat 
baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan 
untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang
 keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, 
pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga
 suami menjadi ragu- ragu. 
 
7.Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi. 
No comments:
Post a Comment