Semua ini tiada dalam Islam, disebabkan kita ni jahil sangat, orang 
sambut kita sambut, sedangkan kita tidak tahu apakah itu dari Islam atau
 tidak. Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu ayah kita 
setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu 
sahaja seperti pada hari ibu atau hari ayah. 
 Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya 
engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah 
engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, 
atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan 
peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang 
perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau 
menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan 
yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri 
kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah 
(untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada 
mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya 
memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24] 
Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari ayah kita pun nak buat sama! 
Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi 
hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut 
umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami 
atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja. 
Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja
 yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam 
golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam
 Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam 
al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani] 
Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya.
 Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan 
kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana
 Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya 
iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam 
yang sebenar. InsyaAllah,
Amin Ya Rabbal Alamin~
No comments:
Post a Comment