Persoalan atau pun ungkapan SEPERTI TAJUK DIATAS
menarik minat aku pabila terpandang kebanyakkanNya SB/SB daripada kaum
Hawa ini banyak berkisar tentang jodoh (kawin).Walaupun ianya bukanlah
sesuatu yang asing untuk diungkap dan didengar.Disini dapatlah aku
berkongsi serba sedikit pandangan dan buah pikiran aku pada PERSOALAN
itu.Saat,Minit,Waktu dan ketika ini,ramai Anak-Anak Remaja diluar sana
sedang melaluiNya.Soalan cepu emas yang bertatahkan intan...
.Lebih-lebih lagi apabila usia semakin meningkat saban hari maka semakin
galaklah kedengaran suara-suara nakal menerjah kegendang telinga
memecah ketenangan hati.Kegusaran takut-takut gelaran andartu dikalungkan.
Pernah tak dalam hidup kalian,berfikir tentang " CINTA " pernah
kan? rasanya agak mustahil jika ada diantara kalian terutama pada
mereka yang sedang berada dizaman keremajaan menjawab " tidak pernah "
berfikir tentang soal kahwin ini.Lebih-lebih lagi kita sekarang berada
didalam dunia yang penuh dengan arus kemodenan dan disogokkan dengan
adegan-adegan yang mendorong kita untuk menceburi diri dalam arus
percintaan.Kisah-kisah cinta yang sejati dan kekal abadi ini bukan
sahaja dipaparkan didada LCD/LED sahaja malah turut disajikan didalam
media cetak yang menghimpunkan berpuluh-puluh karya ber " genre "
percintaan setiap bulan.
Maka tidak hairanlah dan sering kita
dengar akhir-akhir ini apabila ada diantara anak-anak gadis masa kini
lebih menyayangi kekasih masing-masing berbanding keluarga
sendiri,Disitu terpalitlah sejarah luka hiba Ibu/bapa didada-dada akbar
membabitkan anak gadis mereka lari bersama kekasih keLambok dan
sebagainya.
Aku bukanlah pakar cinta,aku cuma seorang insan
yang cuba untuk berjalan dibumi Allah,sama seperti kalian yang masih
belajar,belajar mencari nilai kehidupan dan cuba belajar untuk menjadi
insan yang matang.Kalian pun sama jugak macam aku,bezanya diantara kita
aku mencari seorang isteri,kalian menunggu seorang calon suami dan ada
sesetengahnya jugak masih khuatir tentang cinta dan jodoh (faktor pengalaman).Dengan
siapa akan berkahwin?,Ada ke jejaka yang benar-benar mencintai?.Kalau
tak jumpa jodoh selepas umur 30 tahun macam mana? Adakah risau
dibuatnya?...
Bagi yang sudah berumah tangga
Alhamdulillah... Syukur kepada Allah s.w.t. yang telah menemukan cinta
dan kasih sayang kepada kalian,Semoga rumahtangga anda semua dilimpahi
rahmat dan kasihNya AMIN,,,,,Yang masih belum jelas tentang
jodohnya,Pernah tak kalian terfikir begini ataupun begitu mungkin jugak
ada terdengar cakap-cakap yang macam ni,tak kira lah dari mulut
teman-teman kalian yang lain seperti contoh-contoh dibawah ini;-
Dara...
" ramai yang datang mengejas nak kapel-kapel sebelum ni,tapi aku reject
semua,sekarang ni umur bukan pra matang lagi,ade ker lagi yang
betul-betul nak kan aku "
Dara... " aku tak nak makanlah,nak
diet..mungkin aku terlebih gemuk kot yang membuatkan para jejaka tak
mempermainkan cintaKu".
Dara... .." hrmm jealous tol la nengok
kapel-kapel ni,kemana-mana bedua,buat assignment pun bedua jugak... tapi
aku masuk angin keluar angin jugak le... "
Yang kebanyakKan
pulak... " aku tak kisah boyfriend yang macam mana pun,yang penting ada
yang sayang pada aku.Aku terima jer dia macam mana sekali pun." Betul ker? kerana fitrah manusia itu sendiri nakKan yang terbaik,elok paras rupa,kedudukKan dan sebagaiNya.
Yang
selalu kita semua dengar... ." mak/bapak aku dah sebuk menanya.Dah ada
calon ke belum? siap tazkirah lagi,macam mana aku nak jawab ni!!... ."
Apa pendapat anda semua? Aku pasti ada diantara kita pernah berfikiran
macam begini,kalau tak sama mungkin versi sahaja yang berlainan,malah
ramai jugak terlebih awal berfikir tentang hal ini walaupun masih
ditahun satu atau kedua di IPT dan IPTS. Malangnya kita jika menganggap
jodoh dan cinta hanya urusan kita sahaja,kita janganlah mudah terlupa
dalam hati masih ada pemilik hati dan cinta yang maha hebat iaitu Allah
s.w.t.
Sentiasalah kita berdoa kepada Allah dan memohonlah
kepadanya tampa jemu dan berputus asa,Jika kalian rasa sangat sukar
menemui jodoh yang anda inginkan mintalah kepada Allah(jodoh terkandung
didalam rahsia Allah ),namun hendaklah jugak disusuli dengan
berusaha,berikhtiar dan bertawakal( yang bulat tak akan bergolek,dan
yang pepeh tak akan melayang datangnya begitulah perumpamanNya ).Sikap
berputus asa adalah sikap orang-orang yang tidak beriman.Kerana berusaha
dalam mencari jodoh bukan sekadar menulis surat-surat cinta
palsu,bermegah-megah dengan rupa paras dan kelebihan yang
dimiliki,akhlak pergaulan yang tiada batas-batas sempadan atas dasar
ingin mengenali hati budi akhirnya menjerat diri sendiri kelembah
maksiat,Begitu dan begini bukanlah caranya kerana Allah telah menurunkan
Al-quran untuk dijadikan panduan dan pegangan. Berapa ramai yang
berkahwin kerana nafsu dan akhirnya tersungkur sebelum sampai kepintu
syurga.Ketahuilah dan yakinlah bahawa Perempuan yang baik akan bersama
dengan lelaki yang baik-baik,begitulah jugak sebaliknya.
SaudaraKu jika ada yang membacanya... dan saudariKu sekelian soal hati
dan jodoh bukanlah benda yang senang,ianya bukan hak kita menentukan
siapa jodoh kita sehingga rela mengambil jalan singkat menerima
kehadiran mana-mana sahaja Kaum Adam atau Kaum Hawa tampa menilai Agama
dan budi pekerti dahulu.Jangan biarkan nasi menjadi bubur ( kalau nasi
enak juga kalau dimakan ) namun kerana kebahagian dan ketenangan dalam
mengecapi kehidupan terasa nikmatnya apabila mendapat rahmat dan
keredhaan dari Allah s.w.t
Terdapat empat perkara yang memberikan kebahagian kepada manusia berdasarkan hadith soheh riwayat Ibnu Hibban:-
1) Isteri yang solehah
2) Rumah yang selesa
3) Kenderaan yang baik
4) Jiran tetangga yang baik
Buat renungan Dara-Dara atau Ibu-Ibu sekelian... .
Jika dilihat salah satu kebahgian manusia ialah isteri yang
solehah,Fikirkanlah betapa beruntungnya kalian dan wanita-wanita diluar
sana kerana dilahirkan sebagai wanita dan menjadi salah satu punca
kebahgian manusia.Bermujahadah dalam kehidupan... .InsyaAllah jodoh
pasti tiba dimuka pintu dengan bantuan Allah,Jagalah dirimu laksana
hadiah... ..masih dilitupi pembalut akhlak dan iman,bukan laksana bunga
yang layu menyembah bumi.
No comments:
Post a Comment