SABAR ITU SEPARUH IMAN,
PERGAULI DENGAN KEDUA IBUBAPA KAMU DENGAN PERGAULAN YANG BAIK (HORMAT DAN IHSAN)
SESIAPA YANG MENYERAHKAN DIRINYA KEPADA ALLAH SEDANGKAN DIA BERBUAT
BAIK, MAKA SESUNGGUHNYA DIA TELAH BERPEGANG KEPADA TALI ALLAH YANG
KUKUH.
SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENGANIAYAI MANUSIA, TETAPI MANUSIA SENDIRI MENGANIAYAI DIRINYA SENDIRI.
HIDUP INI BIARLAH SEIMBANG, AGAMA DENGAN DUNIA, IBADAT DENGAN
AMALANNYA, ILMU DENGAN AKHLAK, JASMANI DENGAN ROHANI DAN AKAL DENGAN
HATI
POHONLAH KEPADA ALLAH DAN HENDAKLAH KAMU PENUH YAKIN DOAMU ITU DIPERKENANKANNYA
HAI ORANG YANG BERIMAN, JADIKANLAH SABAR DAN SEMBAHYANG SEBAGAI
PENOLONGMU. SESUNGGUHNYA ALLAH BERSERTA ORANG YANG SABAR - MAKSUD
AL-QURAN (AL-BAQARAH)
JANGAN KAMU CENDERUNG KEPADA ORANG YANG BERLAKU ZALIM, NANTI KAMU DISAMBAR API NERAKA - MAKSUD SURAH HUD: AYAT 113.
BUDI PEKERTI YANG BAIK IALAH JIKA ENGKAU MENYAMBUNGKAN SILATURRAHIM
KEPADA ORANG YANG MEMUTUSKAN PERSAHABATAN DENGANMU - MAKSUD HADITH
RASULULLAH S.A.W.
KATAKANLAH WAHAI MUHAMMAD, BERAMALLAH
KAMU MAKA DILIHAT OLEH ALLAH AMALAN KAMU, RASULNYA DAN ORANG-ORANG
MUKMIN. (AL-QURAN)
KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD) PERHATIKANLAH DAN FIKIRKANLAH, APA YANG ADA DI LANGIT DAN BUMI - (AL-QURAN) -SURAH YUNUS.
ALLAH MENGHENDAKI KAMU BEROLEH KEMUDAHAN DAN DIA TIDAK MENGHENDAKI
KAMU MENANGGUNG KESUSAHAN. (AL-QURAN) - SURAH AL-BAQARAH - AYAT 185.
SESUNGGUHNYA ALLAH MENCINTAI ORANG YANG BERJUANG PADA
JALANNYA (UNTUK MEMBELA AGAMA) DALAM SATU BARISAN YANG KUKUH
SEOLAH-OLAH SEBUAH BANGUNAN YANG KUKUH. (AL-QURAN)-SURAH ASH
SHAFF-AYAT 4.
DAN TANAH YANG BAIK, TANAM-TANAMAN (DENGAN
SUBUR) DENGAN IZIN ALLAH, TETAPI TANAH YANG TIDAK BAIK,
TUMBUH-TUMBUHAN TIDAK TUMBUH DALAM KEADAAN BAIK. BEGITULAH KAMI
MENJELASKAN KETERANGAN AYAT ITU UNTUK KAUM YANG BERSYUKUR.
(AL-QURAN)-SURAH AL A'RAAF-AYAT 58.
WAHAI ORANG-ORANG YANG
BERIMAN! PELIHARALAH DIRI KAMU DAN AHLI KELUARGA KAMU DARI
(DICAMPAKKAN) KE DALAM API NERAKA YANG BAHAN BAKARNYA TERDIRI DARI
MANUSIA DAN BATU-BATU. (AL-QURAN)-SURAH AT-TAHRIIM-AYAT 6.
BARANGSIAPA YANG MENYERUPAI (MENIRU) SATU-SATU KAUM MAKA DIA TERMASUK DI KALANGAN KAUM TERSEBUT. (MAKSUD HADITH)
DAN BARANGSIAPA YANG TIDAK MELAKSANAKAN HUKUM- HUKUM YANG TELAH
DITURUNKAN OLEH ALLAH S.W.T. MAKA MEREKA ITU ADALAH ORANG-ORANG YANG
ZALIM. (AL-QURAN)-SURAH AL MAAIDAH-AYAT 47.
SESUNGGUHNYA
ALLAH AMAT MENGASIHI MEREKA YANG BERTAUBAT DAN JUGA AMAT MENGASIHI
MEREKA YANG MENYUCIKAN DIRI. (AL-QURAN) -SURAH AL BAQARAH- AYAT 222.
DAN TIDAKLAH AKU CIPTAKAN JIN DAN MANUSIA ITU MELAINKAN
SUPAYA MEREKA MENGABDIKAN DIRI KEPADAKU. (AL-QURAN)-SURAH
ADZ-DZAARIYAAT-AYAT 56.
MAKA HENDAKLAH KAMU TANYA ORANG-ORANG YANG BERILMU SEKIRANYA KAMU TIDAK MENGETAHUI. (AL-QURAN)-SURAH AL ANBIYAA'-AYAT 7.
SESUNGGUHNYA TELAH ADA PADA DIRI RASULULLAH ITU SURI TELADAN YANG
BAIK BAGIMU (IAITU) BAGI ORANG YANG MENGHARAP (RAHMAT) ALLAH DAN
(KEDATANGAN) HARI KIAMAT DAN DIA BANYAK MENYEBUT ALLAH.
(AL-QURAN)-SURAH AL AHZAB-AYAT 21.
DAN SIAPA YANG DISESATKAN
ALLAH MAKA TIDAK ADA BAGINYA SEORANG PEMIMPIN PUN SESUDAH ITU. DAN KAMU
AKAN MELIHAT ORANG-ORANG YANG ZALIM KETIKA MEREKA MELIHAT AZAB BERKATA:
"ADAKAH KIRANYA JALAN UNTUK KEMBALI KE DUNIA?". (AL-QURAN)-SURAH ASY
SYUURA-AYAT 44.
PATUHILAH SERUAN TUHANMU SEBELUM DATANG DARI
ALLAH SUATU HARI YANG TIDAK DAPAT DITOLAK KEDATANGANNYA. KAMU TIDAK
MEMPEROLEH TEMPAT BERLINDUNG PADA HARI ITU DAN TIDAK (PULA) DAPAT
MENGINGKARI (D0SA-DOSAMU). (AL-QURAN)-SURAH ASY SYUURA-AYAT 47.
ANDA TIDAK DAPAT MENGGEMBIRAKAN SEMUA ORANG DENGAN HARTA BENDA. OLEH
ITU GEMBIRAKANLAH MEREKA DENGAN SENYUMAN BERSERI DAN IKHLAS LUHUR
(MAKSUD HADITH)
ORANG YANG BANYAK BERKATA, AKAN BANYAK SILAP
DAN ORANG YANG BANYAK SILAP AKAN BANYAK DOSA DAN ORANG YANG BANYAK
DOSA IALAH NERAKA LEBIH LAYAK BAGINYA. (MAKSUD HADITH)
KAHWINILAH ANDA WANITA YANG PENYAYANG DAN PERAMAH DAN SALING MEMBERI
HADIAHLAH AGAR KASIH SAYANG KAMU BERTAMBAH. (MAKSUD HADITH)
TIDAK SEDIKIT NEGERI YANG KAMI BINASAKAN KERANA IA ZALIM, MAKA
RUNTUHLAH IA DAN DEMIKIAN PULA KAMI BINASAKAN TELAGA YANG DITINGGALKAN
SERTA MAHLIGAI YANG TINGGI (SURAH AL HAJJ - AYAT 45)
DAN CARILAH APA YANG TELAH DIANUGERAHKAN ALLAH KEPADAMU KEBAHAGIAAN DI
AKHIRAT DAN JANGANLAH KAMU LUPAKAN NASIB KAMU DI DUNIA. DAN BERBUAT
BAIKLAH KEPADA ORANG LAIN - SEBAGAIMANA ALLAH TELAH BERBUAT BAIK
KEPADA KAMU. DAN JANGANLAH KAMU BERBUAT KERUSAKAN DI BUMI KERANA
SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG MELAKUKAN
KERUSAKAN. (SURAH AL QASHASH - AYAT 77)
BACALAH APA YANG
TELAH DIWAHYUKAN KEPADAMU, IAITU AL KITAB (AL QURAN) DAN DIRIKANLAH
SEMBAHYANG. SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG ITU MENCEGAH DARI
PERBUATAN-PERBUATAN YANG KEJI DAN MUNGKAR. DAN SESUNGGUHNYA MENGINGATI
ALLAH (SEMBAHYANG) ADALAH LEBIH BESAR (KEUTAMAANNYA DARI
IBADAT-IBADAT YANG LAIN) DAN ALLAH MENGETAHUI APA YANG KAMU KERJAKAN.
(SURAH AL`ANKABUUT - AYAT 45)
SESIAPA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG SECARA SENGAJA, MAKA TERANGLAH KUFURNYA. (MAKSUD HADITH)
SAYA TINGGALKAN UNTUK KAMU DUA PERKARA, KAMU TIDAK AKAN SESAT SELAMA
KAMU BERPEGANG TEGUH DENGAN KEDUA-DUANYA, IAITU KITAB ALLAH DAN
SUNNAH RASULNYA. (MAKSUD HADITH)
LANGIT DAN BUMI INI MILIK
ALLAH DAN ALLAH KUASA DI ATAS SEGALA SESUATU. SESUNGGUHNYA TENTANG
KEJADIAN LANGIT DAN BUMI DAN PENGGANTIAN MALAM DAN SIANG ADALAH
MENJADI KETERANGAN BAGI ORANG-ORANG YANG MENGERTI. ORANG-ORANG YANG
MENGINGAT ALLAH KETIKA BERDIRI DAN DUDUK DAN KETIKA BERBARING DAN
MEREKA MEMIKIRKAN TENTANG KEJADIAN LANGIT DAN BUMI SAMBIL BERKATA:
WAHAI TUHAN KAMI TIADALAH ENGKAU MENJADIKAN INI DENGAN SIA-SIA. MAHA
SUCI ENGKAU, MAKA PELIHARALAH KAMI DARI SIKSA NERAKA. (MAKSUD SURAH
ALI'MRAN)
DAN ALLAH MENYEDIAKAN BAGI KAMU SEGALA APA YANG
DI LANGIT DAN APA YANG DI BUMI SEMUANYA. SESUNGGUHNYA DEMIKIAN ITU
MENJADI BUKITI KEKUASAAN ALLAH BAGI MEREKA MEMIKIRNYA. (MAKSUD
AL-QURAN)
DAN AKU TIDAK CIPTAKAN MANUSIA DAN JIN MELAINKAN
UNTUK BERIBADAT KEPADAKU. AKU TIDAK HENDAK MEMINTA REZEKI DARIPADA
MEREKA. SESUNGGUHNYA ALLAH ITU PEMBERI REZEKI, KUAT DAN TEGUH.
(MAKSUD SURAH ADZ DZAARIYAAT - AYAT 56 - 58)
AKAN KAMI
PERLIHATKAN KEPADA MEREKA KELAK BUKTI-BUKTI KEBENARAN KAMI DI SEGENAP
PENJURU - DUNIA - INI DAN PADA DIRI MEREKA SENDIRI SEHINGGA JELASLAH
KEPADA MEREKA BAHAWA AL-QURAN ITU ADALAH BENAR. (MAKSUD SURAH
FUSHSHILAT - AYAT 53)
HAI MANUSIA! SESUNGGUHNY KAMI JADIKAN
DARI SEORANG LELAKI DAN PEREMPUAN. DAN KAMI JADIKAN KAMU
BERBANGSA-BANGSA, SUPAYA KAMU SALING KENAL MENGENAL. SESUNGGUHNYA
SEMULIA-MULIA KAMU DI SISI ALLAH IALAH YANG BERTAKWA. SESUNGGUHNYA
ALLAH MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA MENGENAL. (MAKSUD SURAH AL HUJURAAT -
AYAT 13)
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA ITU
DALAM KEADAAN YANG PALING BAIK. KEMUDIAN KAMI KEMBALIKAN DIA DALAM
DARJAT YANG PALING RENDAH KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN
BERAMAL SOLEH. MAKA BAGI MEREKA GANJARARAN YANG TIDAK TERHINGGA.
(MAKSUD SURAH AT THIIN - AYAT 4 - 6)
MELAMPAU, MELAMPAU.
TIDAK ADA KELEBIHAN KETURUNAN KULIT PUTIH DARI KETURUNAN KULIT HITAM
KECUALI DENGAN AMAL YANG BAIK. (MAKSUD HADITH)
DAN
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MULIAKAN ANAK ADAM DAN TELAH KAMI TEMPATKAN
MEREKA DI DARAT DAN DI LAUT. DAN KAMI KURNIAKAN REZEKI DARI BENDA
YANG BAIK-BAIK KEPADA MEREKA. DAN TELAH KAMI LEBIHKAN MEREKA DENGAN
SESUNGGUHNYA DARI KEBANYAKAN MAKHLUK YANG TELAH KAMI JADIKAN.
(MAKSUD SURAH AL ISRAA' - AYAT 70)
KETAHUILAH BAHAWA
SUNGGUHNYA WALI-WALI ALLAH ITU MEREKA TIDAK MERASAI TAKUT DAN TIDAK
PULA MERASAI SUSAH. MEREKA ADALAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN
SENTIASA BERTAKWA KEPADA ALLAH. (MAKSUD SURAH YUNUS - AYAT 62 - 63)
APABILA MANUSIA ITU DITIMPA BAHAYA DIA MENYERU KEPADA
TUHANNYA, MAHU KEMBALI KEPADANYA. TETAPI APABILA TUHAN MEMBERI KURNIA
KEPADANYA, LUPA APA YANG DIA SERU SEBELUM ITU, LALU DIJADIKAN BAGI
ALLAH SEKUTU UNTUK MENYESATKAN ORANG LAIN DARI JALAN ALLAH.
KATAKANLAH: BERGEMBIRALAH DENGAN KEKUFURAN KAMU ITU SEJENAK,
SESUNGGUHNA KAMU DARI AHLI NERAKA. (MAKSUD SURAH AZ ZUMAR AYAT 8)
DAN APABILA KAMU DITIMPA BAHAYA DI LAUTAN, HILANGLAH DARI INGATAN
KAMU APA YANG TELAH KAMU SEMBAH MELAINKAN ALLAH, TETAPI SETELAH KAMU
DISELAMATKAN KE DARATAN TERUS KAMU BERPALING TADAH. DAN ADALAH
MANUSIA ITU TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH. (MAKSUD SURAH AL ISRAA' -
AYAT 67)
SEMUA KAMU ADALAH CUCU ADAM, ADAM DIJADIKAN DARI TANAH. (MAKSUD HADITH)
SEKIRANYA ADA DI BUMI DAN DI LANGIT TUHAN SELAIN ALLAH NESCAYA
KEDUA-DUANYA AKAN BINASA. MAKA MAHA SUCI ALLAH YANG MEMPUNYAI `ARSY
DARIPADA APA YANG MEREKA SIFATKAN. (MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' - AYAT
22)
REBUTLAH LIMA MASA SEBELUM TIBA LIMA MASA, MASA MUDAMU
SEBELUM TUA, MASA SIHATMU SEBELUM SAKIT, MASA KAYAMU SEBELUM FAKIR,
MASA LAPANG SEBELUM SIBUK DAN MASA HIDUP SEBELUM MATI. (MAKSUD
HADITH)
SESUNGGUHNYA AGAMA DI SISI ALLAH IALAH ISLAM. (MAKSUD SURAH ALI'MRAN - AYAT 19)
SESIAPA YANG MENCARI AGAMA SELAIN DARIPADA ISLAM, MAKA TIDAK DITERIMA
DARIPADANYA DAN DIA DI AKHIRAT TERMASUK ORANG-ORANG YANG RUGI.
(MAKSUD SURAH ALI'MRAN - AYAT 85)
HARI INI AKU SEMPURNAKAN
BAGI KAMU AGAMA KAMU DAN TELAH AKU CUKUPKAN NIKMATKU DAN REDHA ISLAM
MENJADI AGAMA KAMU. (MAKSUD SURAH AL-MAA-IDAH - AYAT 3)
TELAH LAHIR KERUSAKAN DI DARAT DAN DI LAUT DISEBABKAN KERANA PERBUATAN
TANGAN MANUSIA SENDIRI SEHINGGA ALLAH MERASAKAN KEPADA MEREKA
SEBAHAGIAN DARIPADA AKIBAT PERBUATAN MEREKA AGAR MEREKA KEMBALI KE
JALAN YANG BENAR. (MAKSUD SURAH AR RUUM - AYAT 41)
DAN
MEREKA AKAN BERTANYA KEPADAMU HAKIKAT ROH, KATAKANLAH ROH ITU URUSAN
TUHAN KU DAN KAMU TIDAK DIBERI PENGETAHUAN MELAINKAN SEDIKIT.
(MAKSUD SURAH AL ISRAA' - AYAT 85)
SESUNGGUHNYA KIAMAT PASTI
AKAN BERLAKU, YANG AKU SENGAJA SEMBUNYIKAN MASA DATANGNYA SUPAYA
SETIAP MANUSIA DIBALAS DENGAN APA DIUSAHAKAN. (MAKSUD SURAH THAAHAA -
AYAT 15)
SESUNGGUHNYA KIAMAT ITU PASTI TERJADI, TIDAK ADA
KERAGUAN PADANYA DAN BAHAWA SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN BANGKITKAN
ORANG-ORANG YANG DI KUBUR. (MAKSUD SURAH AL-HAJJ - AYAT 7)
KATAKANLAH WAHAI MANUSIA BAHAWA SAYA ADALAH UTUSAN ALLAH KEPADA KAMU
SEMUA YANG MEMILIKI KERAJAAN LANGIT DAN BUMI, TIDAK ADA TUHAN SELAIN
DARIPADA DIA YANG MENGHIDUP DAN MEMATIKAN. KERANA ITU BERIMANLAH
DENGAN ALLAH DAN KITAB-KITABNYA DAN IKUTILAH DIA MUDAH-MUDAHAN KAMU
BEROLEH PETUNJUK. (MAKSUD SURAH AL A'RAAF - AYAT 158)
SEGALA AMALAN ADALAH DENGAN NIAT DAN UNTUK SESEORANG ITU APA YANG
DINIATKANNYA. SIAPA YANG BERHIJRAH KERANA ALLAH DAN RASULNYA. MAKA
HIJRAHNYA KEPADA ALLAH DAN RASULNYA SIAPA YANG HIJRAH UNTUK MENDAPAT
DUNIA ATAU MENGAHWINI PEREMPUAN, MAKA HIJRAHNYA JUGA SEMATA-MATA
KEPADA APA DIA BERHIJRAH. (MAKSUD HADITH)
SESUNGGUHNYA
ALLAH TELAH MEMBELI JIWA RAGA ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN HARTA
MEREKA DENGAN MEMBAYARNYA DENGAN SYURGA. MAKA BERSEDIALAH MEREKA ITU
MATI DI MEDAN PERANG KERANA MEMPERTAHANKAN HAK ATAU KEBENARAN ALLAH
SEBAGAIMANA YANG DIJANJI DI DALAM KITAB-KITAB TAURAT, INJIL DAN
AL-QURAN. SIAPAKAH YANG LEBIH MENEPATI JANJI DARIPADA ALLAH. SEBAB ITU
BERGEMBIRALAH DENGAN JUAL BELI YANG TELAH KAMU LAKUKAN ITU, DAN
ITULAH KEJAYAAN YANG BESAR. (MAKSUD SURAH AT TAUBAH - AYAT 111)
DAN BELANJANJAKANLAH (HARTA BENDAMU) PADA JALAN ALLAH, DAN JANGAN
JATUHKAN DIRIMU KE DALAM KEBINASAAN. DAN BERBUAT BAIKLAH KERANA
SESUNGGUHNYA ALLAH MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERBUAT BAIK. (MAKSUD
SURAH AL BAQARAH - AYAT 195)
DUA SUARA YANG DIKUTUK ALLAH DI
DUNIA DAN DI AKHIRAT, IAITU BERNYANYI-NYANYI KETIKA MENDAPAT NIKMAT
DAN MENJERIT-JERIT KETIKA MENDAPAT MAKSIAT. (MAKSUD HADITH)
BARANGSIAPA YANG KAFIR SESUDAH BERIMAN (TIDAK MENERIMA HUKUM-HUKUM
ISLAM) MAKA HAPUS AMALANNYA DAN DI AKHIRAT NANTI DIA TERMASUK
ORANG-ORANG YANG MERUGI. (MAKSUD SURAH AL MAA-IDAH - AYAT 5)
KAMI TELAH CIPTAKAN MANUSIA DAN KAMI TAHU APA YANG DIBISIKKAN
HATINYA. KAMI LEBIH HAMPIR KEPADANYA DARI URAT LEHERNYA. (MAKSUD
AYAT AL-QURAN)
DIMANA SAHAJA KAMU BERADA, KAMU TETAP AKAN
DIDATANGI KEMATIAN WALAUPUN KAMU BERADA DI DALAM BENTENG YANG TINGGI
LAGI KUKUH. (MAKSUD SURAH AN NISAA'AYAT 78)
BUDI PEKERTI YANG BAIK IALAH JIKA ENGKAU MEMAAFKAN ORANG YANG MENGANIAYAI ENGKAU. (MAKSUD HADITH)
HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, TAATILAH ALLAH DAN TAATILAH RASULNYA
DAN ULIL AMRI DIANTARA KAMU. KEMUDIAN JIKA KAMU BERLAINAN PENDAPAT
TENTANG SESUATU, MAKA KEMBALIKANLAH KEPADA ALLAH (AL-QURAN) DAN
RASULNYA (SUNNAHNYA), JIKA KAMU BENAR-BENAR BERIMAN KEPADA ALLAH DAN
HARI KEMUDIAN. YANG DEMIKIAN ITU LEBIH UTAMA (BAGIMU) DAN LEBIH BAIK
AKIBATNYA. (MAKSUD SURAH AN NISAA'AYAT 59)
ORANG YANG TIDAK MAHU KAHWIN KERANA TAKUT MISKIN, BUKANLAH DARI UMATKU. (MAKSUD HADITH)
YANG MEMBERI SYAFAAT PADA HARI KIAMAT ADALAH TIGA GULUNGAN IAITU:
PARA NABI, PARA ULAMA' DAN PARA SYUHADA' (MAKSUD HADITH)
TELAH DEKAT KEPADA MANUSIA HARI MENGHISAB SEGALA AMALAN MEREKA, SEDABG
MEREKA BERADA DALAM KELALAIAN LAGI BERPALING (DARIPADANYA). (MAKSUD
SURAH AL ANBIYAA' AYAT 1)
BERKATALAH MUHAMMAD (KEPADA
MEREKA): "TUHANKU MENGETAHUI SEMUA PERKATAAN DI LANGIT DAN DI BUMI
DAN DIALAH YANG MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI". (MAKSUD SURAH
AL ANBIYAA' AYAT 4)
DAN TIDAKLAH KAMI JADIKAN MEREKA
TUBUH-TUBUH YANG TIADA MEMAKAN MAKANAN, DAN TIDAK (PULA) MEREKA ITU
ORANG-ORANG YANG KEKAL. (MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 8)
SEBENARNYA KAMI MELONTARKAN YANG HAK KEPADA YANG BATIL LALU YANG HAK
ITU MENGHANCURKANYA, MAKA DENGAN SERTA MERTA YANG BATIL ITU LENYAP.
DAN KECELAKAANLAH BAGIMU DISEBABKAN KAMU MENSIFATI (ALLAH DENGAN
SIFAT-SIFAT YANG TIDAK LAYAK BAGINYA) (MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT
18)
DAN KEPUNYAANNYALAH SEGALA YANG DI LANGIT DAN DI BUMI.
DAN MALAIKAT-MALAIKAT YANG DI SISINYA, MEREKA TIADA MEMPUNYAI RASA
ANGKUH UNTUK MENYEMBAHNYA DAN TIADA (PULA) MERASA LETIH. (MAKSUD
SURAH AL ANBIYAA' AYAT 19)
MEREKA SELALU BERTASBIH MALAM DAN SIANG TIADA HENTI-HENTINYA. (MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 20)
DAN KAMI TIDAK MENGUTUS SEORANG RASUL PUN SEBELUM KAMU, MELAINKAN
KAMI WAHYUKAN KEPADANYA: "BAHAWASANYA TIDAK ADA TUHAN (YANG HAK)
MELAINKAN AKU. MAKA SEMBAHLAH OLEHMU SEKALIAN AKAN AKU". (MAKSUD
SURAH AL ANBIYAA' AYAT 27)
KATAKANLAH: "HAI MANUSIA
SESUNGGUHNYA AKU ADALAH UTUSAN ALLAH KEPADAMU SEMUA, IAITU ALLAH
YANG MEMPUNYAI KERAJAAN LANGIT DAN BUMI; TIDAK ADA TUHAN (YANG BERHAK
DISEMBAH) SELAIN DIA YANG MENGHIDUPKAN DAN MEMATIKAN, MAKA BERIMANLAH
KAMU KEPADA ALLAH DAN RASULNYA, NABI YANG UMMI YANG BERIMAN KEPADA
ALLAH DAN KEPADA KALIMAT- KALIMATNYA (KITAB-KITABNYA) DAN IKUTILAH
DIA, SUPAYA KAMU MENDAPAT PETUNJUK". (MAKSUD SURAH AL A'RAAF AYAT
158)
DAN BARANGSIAPA DI ANTARA MEREKA MENGATAKAN
"SESUNGGUHNYA AKU ADALAH TUHAN SELAIN DARIPADA ALLAH". MAKA ORANG ITU
KAMI BERI BALASAN DENGAN JAHANNAM, DEMIKIAN KAMI MEMBERIKAN PEMBALASAN
KEPADA ORANG-ORANG YANG ZALIM. (MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 29)
DAN APAKAH ORANG-ORANG YANG KAFIR TIDAK MENGETAHUI
BAHAWASANYA LANGIT DAN BUMI ITU KEDUANYA DAHULU ADALAH SUATU YANG PADU
KEMUDIAN KAMI PISAHKAN ANTARA KEDUANYA. DAN DARI AIR KAMI JADIKAN
SEGALA SESUATU YANG HIDUP. MAKA MENGAPAKAH MEREKA TIADA JUA BERIMAN?.
(MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 30)
DAN TELAH KAMI JADIKAN
DI BUMI INI GUNUNG- GANANG YANG KUKUH SUPAYA BUMI ITU (TIDAK)
GONCANG BERSAMA MEREKA, DAN TELAH KAMI JADIKAN (PULA) DI BUMI ITU
JALAN-JALAN YANG LUAS, AGAR MEREKA MENDAPAT PETUNJUK. (MAKSUD SURAH
AL ANBIYAA' AYAT 31)
DAN KAMI MENJADIKAN LANGIT ITU SEBAGAI
ATAP ATAP YANG TERPELIHARA, SEDANG MEREKA BERPALING DARI SEGALA
TANDA-TANDA (KEKUASAAN ALLAH) YANG TERDAPAT PADANYA. (MAKSUD SURAH
AL ANBIYAA' AYAT 32)
DAN DIALAH YANG TELAH MENCIPTAKAN MALAM
DAN SIANG, MATAHARI DAN BULAN. MASING-MASING DARI KEDUANYA ITU
BEREDAR DI DALAM GARIS EDARNYA. (MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 33)
KAMI TIDAK MENJADIKAN HIDUP ABADI BAGI SEORANG MANUSIA PUN SEBELUM
KAMU (MUHAMMAD), MAKA JIKALAU KAMU MATI, APAKAH MEREKA AKAN KEKAL.
(MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 34)
TIAP-TIAP YANG BERJIWA
AKAN MERASAKAN MATI. KAMI AKAN MENGUJI KAMU DENGAN KEBURUKAN DAN
KEBAIKAN SEBAGAI COBAAN (YANG SEBENAR-BENARNYA). DAN HANYA KEPADA
KAMILAH KAMU DIKEMBALIKAN. (MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' AYAT 35)
SUDAH DATANGKAH KEPADAMU BERITA (TENTANG) HARI PEMBALASAN? BANYAK
MUKA HARI ITU TUNDUK TERHINA. BEKERJA KERAS LAGI KEPAYAHAN. MEMASUKI
API YANG SANGAT PANAS (NERAKA). DIBERI MINUM (DENGAN AIR) DARI SUMBER
YANG SANGAT PANAS. MEREKA TIADA MEMPEROLEH MAKANAN SELAIN DARI POHON
YANG BERDURI YANG TIDAK MENGGEMUKKAN DAN TIDAK PULA MENGHILANG
LAPAR. (MAKSUD SURAH AL GHAASYIYAH AYAT 1 - 7 )
BANYAK
MUKA PADA HARI ITU BERSERI-SERI. MERASA SENANG KERANA USAHANYA. DALAM
SYURGA YANG TINGGI. TIDAK KAMU DENGAR DI DALAMNYA PERKATAAN YANG
TIDAK BERGUNA. DI DALAMNYA ADA TAKHTA-TAKHTA YANG DITINGGIKAN. DAN
GELAS-GELAS YANG TERLETAK (DI DEKATNYA). DAN BANTAL-BANTAL SANDARAN
YANG TERSUSUN. DAN PERMAIDANI-PERMAIDANI YANG TERHAMPAR. (MAKSUD
SURAH AL GHAASYIYAH AYAT 8 - 16 )
APABILA LANGIT TERBELAH.
DAN PATUH KEPADA TUHANNYA, DAN SUDAH SEMESTINYA LANGIT ITU PATUH. DAN
APABILA BUMI DIRATAKAN. DAN MEMUNTAHKAN APA YANG ADA DI DALAMNYA DAN
MENJADI KOSONG. DAN PATUH KEPADA TUHANNYA DAN SUDAH SEMESTINYA BUMI
ITU PATUH, (PADA WAKTU ITU MANUSIA AKAN MENGETAHUI AKIBAT
PERBUATANNYA). HAI MANUSIA, SESUNGGUHNYA KAMU TELAH BEKERJA DENGAN
SUNGUH-SUNGGUH MENUJU TUHANMU, MAKA PASTI KAMU AKAN MENEMUINYA. ADAPUN
ORANG YANG DIBERIKAN KITABNYA DARI SEBELAH KANANNYA. MAKA DIA AKAN
DIPERIKSA DENGAN PEMERIKSAAN YANG MUDAH. DAN DIA AKAN KEMBALI KEPADA
KAUMNYA (YANG SAMA- SAMA BERIMAN) DENGAN GEMBIRA. (MAKSUD SURAH AL
INSYIQAAQ AYAT 1 - 9 )
ADA PUN ORANG YANG DIBERIKAN KITABNYA
DARI BELAKANG, MAKA DIA AKAN BERTERIAK: "CELAKALAH AKU". DAN DIA
AKAN MASUK KE DALAM API YANG MENYALA-NYALA (NERAKA). SESUNGGUHNYA DIA
DAHULU (DI DUNIA) BERGEMBIRA DI KALANGAN KAUMNYA (YANG SAMA-SAMA
KAFIR). SESUNGGUHNYA DIA YAKIN BAHAWA DIA SEKALI-SEKALI TIDAK AKAN
KEMBALI (KEPADA TUHANNYA). (BUKAN DEMIKIAN), YANG BENAR, SESUNGGUHNYA
TUHANNYA SELALU MELIHATNYA. (MAKSUD SURAH AL INSYIQAAQ AYAT 10 - 15)
DEMI MALAM APABILA MENUTUPI CAHAYA (CAHAYA SIANG). DAN
SIANG APABILA TERANG BENDERANG. DAN PENCIPTAAN LELAKI DAN PEREMPUAN.
SESUNGGUHNYA USAHA KAMU MEMANG BERBEZA-BEZA. ADAPUN ORANG YANG
MEMBERIKAN (HARTANYA DI JALAN ALLAH) DAN BERTAKWA. DAN MEMBENARKAN
ADANYA PAHALA YANG TERBAIK (SYURGA). MAKA KAMI KELAK AKAN MENYIAPKAN
BAGINYA JALAN YANG MUDAH. (MAKSUD SURAH AL LAIL (MALAM) AYAT 1 - 7)
DAN ADA PUN ORANG-ORANG YANG BAKHIL DAN MERASA DIRINYA
CUKUP. SERTA MENDUSTAKAN PAHALA YANG TERBAIK. MAKA KELAK KAMI AKAN
MENYIAPKAN BAGINYA (JALAN) YANG SUKAR. DAN HARTANYA TIDAK BERMANAFAAT
BAGINYA APABILA IA TELAH BINASA. SESUNGGUHNYA KEWAJIBAN KAMILAH
MEMBERI PETUNJUK. DAN SESUNGGUHNYA KEPUNYAAN KAMILAH AKHIRAT DAN
DUNIA. (MAKSUD SURAH AL LAIL (MALAM) AYAT 8 - 13)
MAKA,
KAMILAH MEMPERINGATKAN KAMU DENGAN NERAKA YANG MENYALA-NYALA. TIDAK
ADA YANG MASUK KE DALAMNYA KECUALI ORANG YANG PALING CELAKA. YANG
MENDUSTAKAN (KEBENARAN) DAN BERPALING (DARI IMAN). DAN KELAK AKAN
DIJAUHKAN ORANG YANG PALING TAKWA DARI NERAKA ITU. YANG MENAFKAHKAN
HARTANYA (DI JALAN ALLAH) UNTUK MEMBERSIHKANNYA. PADA HAL TIDAK ADA
SEORANG PUN MEMBERIKAN SUATU NIKMAT KEPADANYA YANG HARUS DIBALASNYA.
TETAPI (DIA MEMBERIKAN ITU SEMATA-MATA) KERANA MENCARI KEREDHAAN
TUHANNYA YANG MAHA TINGGI. DAN KELAK DIA BENAR-BENAR MENDAPAT
KEPUASAN. (MAKSUD SURAH AL LAIL (MALAM) AYAT 14 - 21)
ORANG YANG BERAT DAN RINGAN TIMBANGAN PERBUATANNYA DI HARI KIAMAT.
HARI KIAMAT. APAKAH HARI KIAMAT ITU? TAHUKAH KAMU APAKAH HARI KIAMAT
ITU? PADA HARI ITU MANUSIA SEPERTI ANAI-ANAI YANG BERTEBARAN, DAN
GUNUNG- GUNUNG SEPERTI BULU YANG DIHAMBUR-HAMBURKAN, DAN ADAPUN
ORANG Y ANG BERAT TIMBANGAN (KEBAIKAN)NYA, MAKA DIA BERADA DALAM
KEHIDUPAN YANG MEMUASKAN. DAN ADAPUN ORANG-ORANG YANG RINGAN
TIMBANGAN (KEBAIKAN)NYA, MAKA TEMPAT KEMBALINYA ADALAH NERAKA HAWIYAH.
DAN TAHUKAH KAMU APAKAH NERAKA HAWIYAH ITU? (IAITU) API YANG SANGAT
PANAS. (MAKSUD SURAH AL QAARI'AH (HARI KIAMAT) AYAT 1 - 11)
(SURAH AT TAKAATSUUR)ANCAMAN ALLAH TERHADAP ORANG YANG LALAI DAN
BERMEGAH-MEGAH. KEINGINAN MANUSIA UNTUK BERMEGAH-MEGAHAN DALAM SOAL
DUNIAWI, SERING MELALALAIKAN MANUSIA DARI TUJUAN HIDUPNYA. DIA BARU
MENYEDARI KESALAHANNYA ITU SETELAH MAUT MENDATANGINYA; MANUSIA AKAN
DITANYA DI AKHIRAT TENTANG NIKMAT YANG DIBANGGA-BANGGAKAN ITU. SURAH
INI MENGEMUKAKAN CELAAN DAN ANCAMAN TERHADAP ORANG-ORANG YANG
BERMEGAH-MEGAHAN DENGAN APA YANG DIPEROLEHNYA DAN TIDAK
MEMBELANJAKANNYA DI JALAN ALLAH. MEREKA PASTI DIAZAB DAN PASTI AKAN
DITANYA TENTANG APA YANG DIMEGAH-MEGAHKANNYA ITU.
BERMEGAH-MEGAHAN TELAH MELALAIKAN KAMU (BERMEGAH- MEGAHAN DALAM SOAL
BANYAK ANAK, HARTA, PENGIKUT KEMULIAAN DAN SEUMPAMANYA TELAH
MELALAIKAN KAMU DARI KETAATAN). SAMPAI KAMU MASUK KE DALAM KUBUR.
JANGANLAH BEGITU, KELAK KAMU AKAN MENGETAHUI (AKIBAT PERBUATAN ITU).
DAN JANGANLAH BEGITU. KELAK KAMU AKAN MENGETAHUI, JANGANLAH BEGITU,
JIKA KAMU MENGETAHUI DENGAN PENGETAHUAN YANG YAKIN, NESCAYA KAMU
BENAR-BENAR AKAN MELIHAT NERAKA JAHIIM. DAN SESUNGGUHNYA KAMU
BENAR-BENAR AKAN MELIHATNYA DENGAN AINUL YAQIN (MELIHAT DENGAN MATA
KEPALA SENDIRI SEHINGGA MENIMBULKAN KEYAKINAN YANG KUAT. KEMUDIAN
KAMU PASTI AKAN DITANYAI PADA HARI ITU TENTANG KENIKMATAN (YANG KAMU
MEGAH-MEGAHKAN DI DUNIA ITU). (MAKSUD SURAH AT TAKAATSUR
(BERMEGAH-MEGAHAN) AYAT 1 - 8)
(SURAH AL `ASHR)AMAT RUGILAH MANUSIA YANG TIDAK MEMANFA'ATKAN WAKTUNYA UNTUK BERBAKTI.
DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BENAR-BENAR BERADA DALAM
KERUGIAN, KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLEH
DAN NASIHAT MENASIHATI SUPAYA MENTAATI KEBENARAN DAN
NASIHAT-MENASIHATI SUPAYA MENETAPI KESABARAN. (MAKSUD SURAH AL `ASHR
(MASA) AYAT 1 - 3)
SOLAT(SEMBAHYANG) DAN BERKORBAN TANDA BERSYUKUR KEPADA NIKMAT ALLAH.
SESUNNGUHNYA KAMI TELAH MEMBERIKAN KEPADAMU NIKMAT YANG BANYAK. MAKA
DIRIKANLAH SOLAT KERANA TUHANMU DAN BERKORBANLAH (MENYEMBELIH HAIWAN
KORBAN SEBAGAI IBADAH DAN MENSYUKURI NIKMAT ALLAH) SESUNGGUHNYA
ORANG-ORANG YANG MEMBENCI KAMU DIALAH ORANG-ORANG YANG TERPUTUS
(TERPUTUS DARI RAHMAT ALLAH). (MAKSUD SURAH AL KAUTSAR (NIKMAT YANG
BANYAK) AYAT 1 - 3)
TIDAK ADA TOLERANSI DALAM HAL KEIMANAN
DAN PERIBADATAN. (SURAH AL KAAFIRUUN MENGISYARATKAN TENTANG HABISNYA
SEMUA HARAPAN ORANG-ORANG KAFIR DALAM USAHA MEREKA AGAR NABI MUHAMMAD
S.A.W. MENINGGALKAN DAKWAHNYA).
KATAKANLAH: "HAI
ORANG-ORANG YANG KAFIR, AKU TIDAK AKAN MENYEMBAH APA YANG KAMU
SEMBAH. DAN KAMU BUKAN MENYEMBAH PENYEMBAH TUHAN YANG AKU SEMBAH. DAN
AKU TIDAK PERNAH MENJADI PENYEMBAH APA YANG KAMU SEMBAH. DAN KAMU
TIDAK PERNAH (PULA) MENJADI PENYEMBAH TUHAN YANG AKU SEMBAH.
UNTUKMULAH AGAMAMU, DAN UNTUKKULAH, AGAMAKU". (MAKSUD SURAH AL
KAAFIRUUN (ORANG-ORANG YANG KAFIR) AYAT 1 - 6)
(SURAH AN
NASHR) (PERTOLONGAN) PERTOLONGAN DAN KEMENANGAN ITU DATANGNYA DARI
ALLAH MAKA PUJILAH DIA. JANJI BAHAWA PERTOLONGAN ALLAH AKAN DATANG
DAN ISLAM AKAN MENDAPAT KEMENANGAN; PERINTAH DARI TUHAN AGAR BERTASBIH
MEMUJINYA DAN MINTA AMPUN KEPADANYA DI KALA TERJADI PERISTIWA YANG
MENGGEMBIRAKAN. SURAH INI MENGISYARATKAN BAHAWA TUGAS NABI MUHAMMAD
S.A.W. SEBAGAI RASUL TELAH MENDEKATI AKHIRNYA.
APABILA
TELAH DATANG PERTOLONGAN ALLAH DAN KEMENANGAN. DAN KAMU LIHAT MANUSIA
MASUK AGAMA ALLAH DENGAN BERBONDONG-BONDONG, MAKA BERTASBIHLAH
DENGAN MEMUJI TUHANMU DAN MOHONLAH AMPUN KEPADA-NYA. SESUNGGUHNYA DIA
ADALAH MAHA PENERIMA TAUBAT. (MAKSUD SURAH AN NASHR (PERTOLONGAN)
AYAT 1 - 3)
No comments:
Post a Comment