* Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.   
   * Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu.    
   * Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.    
   * Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.    
   * Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya.    
   * Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada   musuhnya sendiri.    
   * Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan   hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.    
   * Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu   lawan & yang mana satu kawan.    
   * Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki,   menghadiri 
persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki   yang sebenar & 
menulis menjadikan anda lelaki sejati.    
   * Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada   dikesani oleh orang lain.    
   * Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak   mengejar nama.    
   * Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.    
   * Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap    
   * Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda   sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.    
   * Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang   terhadap kesilapan mereka.    
   * Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah   kapal yang besar.    
   * Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.    
   * Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau   
beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan   seumur 
hidupnya.    
   * Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.    
   * Imaginasi menguasai dunia.    
   * Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai   peluang untuk menjadi pandai.    
   * Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.    
   * Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak   menjadi pembaca terlebih dahulu.    
   * Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.    
   * Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah   suara yang paling merdu di dunia.    
   * Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada   orang kaya
 kerana makanan mereka adalah berkat kepada   kemiskinan mereka.    
   * Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara   yang anda suka.    
   * Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya   daripada beliau mencintai lelaki tersebut.    
   * Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang   ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.    
   * Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda   dan lupakan masa silam.   
   * Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.    
   * Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana    
   * Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan   sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain    
   * Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu   matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari    
   * Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa   yang anda dapat.   
   * Lelaki yang bijak dapat membaca buku & kehidupan sekaligus.    
   * Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang   dimiliki    
   * Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda   masih mempunyai masa depan.   
   * Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan   mengenal kemanisan.    
   * Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk   membina 
sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad   kini menggunakan 
jentera hanya untuk membina sebuah kedai    
   * Tidak pernah wujud 
orang malas. Orang yang dianggap malas   ialah orang yang tidak dapat 
mencari pekerjaan yang sesuai   dengan minatnya.   
   * Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat.   
   * Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah.   
   * Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.   
   * Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan.    
   * Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada   kemenangan terhadap orang lain.    
   * Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar   tetapi tidak melakukannya.   
   * Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya.   
   * Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama   daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya.   
   * Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.   
   * Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda   boleh 
memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu   memikirkan masa depan 
anda.   
   * Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting   bagaimana keadaan kita semasa hidup.   
   * Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.   
   * Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda   perlindungan dengan tidak memusnahkannya.   
   * Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi   alasan tidak
 cukup masa untuk melakukannya adalah   hinaan kepada Allah.   
   * Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.    
   * Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca    
   * Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah   bahawa masa depan masih ada.    
   * Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak   pada diri manusia    
   * Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita   belum kecapi kejayaan yang orang lain capai    
   * Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang   yang gagal terus gagal    
   * Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan   dirinya 
sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas   apa yang berlaku    
   * Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada   yang berlidah manusia    
   * Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk   kita rasai nikmatnya.    
   * Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan   kegagalan    
   * Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula   jatuh ke bumi    
   * Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak   membuktikannya melalui perlaksanaan.   
   * Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi   sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan.   
   * Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya   dirinya ditipu.    
   * Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan    
   * Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya.    
   * Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama    
   * Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas   kemusnahan dan kematian    
   * Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita   & kejayaan    
   * Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat    
   * Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya   kecacatan atau kekurangan    
   * Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya   terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri    
   * Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri   anda yang sebenar    
   * Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api   di dalamnya kita terbakar    
   * Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan   akan menamatkan manusia    
   * Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya    
   * Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya    
   * Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan    
   * Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah   daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri    
   * Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya   ganjaran 
yang kita terima juga setanding dengan apa yang   kita usahakan    
   * Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran   yang datang.   
   * Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan   beroleh apa yang kita hajati.   
   * Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit.    
   * Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa   kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.   
No comments:
Post a Comment