Petua Mencari Barang Yang Hilang
 
 Pernahkan anda terlupa di mana letaknya barang yang anda simpan di dalam rumah kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu
 hilang di kawasan halaman rumah ataupun di mana juga? Untuk mencarinya 
bukanlah perkara yang mudah dan mungkin sehingga berpeluh dibuatnya pun 
masih belum berhasil untuk menemuinya. Untuk membantu anda mudah untuk 
mencari sesuatu yang anda cari, amalkanlah petua ini:
 
 Petua 1
 
 Baca SELAWAT (berulang-ulang kali) ketika anda sedang mencari barang 
itu sambil fikiran anda ingatkan kembali bilakah waktu akhir anda Nampak
 atau pegang barang itu. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah 
anda, anda akan menemuinya semula.
 
 Petua 2
 
 Baca: 
 1. Al-Fatihah 7 kali
 2. Al Fath 1-3 7 kali
 3. Al Khafi Ayat 19 7 kali
 4. Surah Al-Ikhlas 7 kali
 5. Selawat 7 kali
 6. Ya Allah 3 kali.
 7. Kemudian wirid 'Ya Hafiz' 119 kali
 8. Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari 
ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang 
tersebut.
 
 Petua 3: Doa yang menjadi amalan para awliya’ dan 
solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang 
yang A’rifin / Ahlillah / Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam 
Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan
 Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah 
Awliya’. 
 
 Doanya:
 
 “ Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”
 
 Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang 
tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang 
itu.”
 
 Berkata Imam Nawawi: “ Sebenarnya doa ini telah saya cuba
 maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk 
mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. 
Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah
 mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika 
beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”

No comments:
Post a Comment