Tersebut kisah seorang datuk dan cucunya tinggal di 
tepi sungai. Mereka adalah beragamaIslam. Setiap pagi datuknya membaca 
al-Quran dengan suaranya yang merdu mengalunkan ayat-ayat indah Al-Quran
 dan menyuruhnya cucunya mengaji Al-Quran.
Didesak rasa ingin 
tahu,si cucu bertanya, “Mengapa Datuk selalu membaca Al-Quran? Menjadi 
rutin, setiap pagi?” Menurut si cucu, sukar untuk memahami kandungan 
ayat-ayat Al-Quran tersebut,walaupun setelah membaca terjemahannya. 
“Mengapa memaksakan diri membaca sesuatu yang tidak kita mengerti?”
Mendengar
 pertanyaan tersebut, si datuk terdiam. Dia tidak menjawab sebaliknya si
 datuk menyuruh cucunya mengambil air di sungai berdekatan rumah mereka 
menggunakan bakul bekas arang. Bakul tersebut hitam legam maklumlah 
bekas tempat arang.
Walaupun tidak faham dan tidak berpuas hati 
kerana datuknya tidak menjawab soalannya tadi, si cucu mengikut apa yang
 disuruh oleh datuknya iaitu mengambil air di sungai menggunakan bakul. 
Tetapi setiap kali air diceduk menggunakan bakul biasalah air akan 
keluar dari lubangbakul yang diperbuat dari rotan tersebut.
Si 
cucu memberitahukan hal tersebut kepada datuknya, mustahil untuk 
mengambil air menggunakan bakul rotan tersebut. Tetapi datuknya 
menyuruhnya mencuba lagi. Dengan patuh, sang cucu kembali ke sungai dan 
menceduk air dengan bakul tersebut. Dapat diceduk tetapi air dengan 
cepat keluar balik. Cucu tersebut berfikir,si cucu memutuskan untuk 
berlari sambil membawa bakul berisi air tersebut. Mungkin saja setibanya
 di rumah masih ada air yang tersisa di bakulnya.
Namun begitu 
bakul tersebut tinggal kosong ketika si cucu sampai rumahnya. Airnya 
sudah keluar sepanjang perjalanannya. Tidak menerima kegagalan, sang 
datuk tetap menyuruh si cucu untuk kembali ke sungai dan mengambil air 
dengan bakul rotan tersebut.
Berkali-kali cucunya berlari dari 
sungai menuju rumahnya sambil membawa bakul berisi air tersebut. Dia 
cuba berlari dengan lebih laju, namun hasilnya tetap sama: air sungai 
tersebut tak pernah sampai ke rumahnya, ke hadapan datuknya. 
Termengah-mengah,si cucu akhirnya berkata pada datuknya bahawa 
benar-benar mustahil mengambil air dengan bakul rotan tersebut.
Mendengar
 pernyataan cucunya, datuknya tersenyum. Ia mengajak cucunya duduk 
dekat. Lalu berkata,”Begitulah cucuku. Maaf membuatmu penat. Memang 
tidak ada air yang sampai kesini. Tapi lihatlah, adakah perubahan yang 
dapat kau lihat pada bakul tersebut?”
Si cucu memperhatikan bakul
 yang dibawanya tadi untuk pertama kali. Benarlah, ia memang tidak 
menyedari sebelumnya karena terlalu memikirkan cara bagaimana membawa 
air dengan bakul tersebut, tapi bakul yang tadinya hitam legam kerana 
arang tersebut sekarang sudah bersih, berwarna asli seperti rotan 
asalnya.
“Seperti itulah membaca Al-Quran,” ucap si datuk. 
“Mungkin masa ini kita belum faham ertinya, belum mengerti 
pengajarannya. Tapi tanpa kita sedari, ayat-ayat yang selalu kita 
lantunkan tersebut membuat hati kita bersih dari noda-noda kehidupan, 
dari buruknya sifat-sifat makhluk fana yang mungkin bersemayam dalam 
hati kita. Amalkanlah membaca Al-Quran cucuku, sebagai alat pembersih 
hati.”
Si cucu masih terduduk lelah dengan nafas sedikit 
termengah-mengah, namun ia mengangguk faham. Rasa ingin tahunya dapat 
jawapan yang memuaskan hatinya, ia mendapat sesuatu yang berharga hari 
itu.
Ya Allah bimbinglah hambaMU ini untuk selalu membaca 
Firman-firman-Mu setiap hari, timbulkanlah rasa rindu di hati ini untuk 
selalu mengkaji kitab-Mu. Aamiin.
No comments:
Post a Comment