Tsauban r.a meriwayatkan: 
“Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah 
selesai solat akan mengucapkan أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ "astaghfirullah" 
tiga kali, kemudian mengucapkan "اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ 
السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ. "Allahumma antas 
salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”- (HR 
Muslim) 
Uqbah bin Amir meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku 
supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi
 rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) selepas setiap solat fardu.”
 (HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i) 
 Nabi bersabda, "Siapa yang membaca selepas habis solat, Subhanallah 33 
kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali, lalu untuk 
mencukupkan bilangan seratus dengan membaca "Laa ilaaha illallah wahdahu
 laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in
 qadir" maka akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih air 
laut." (HR Muslim) 
 Nabi bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi selepas setiap solat fardu, 
tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian.” (HR 
Thabrani no.7532)
No comments:
Post a Comment