SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
Bagi
menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau
keputusan dalam segala urusan kehidupan, maka umat Islam disuruh
mengerjakan solat sunat Istikharah. la boleh dikerjakan dua rakaat atau
sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam.
Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah
Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat
sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.
Terdapat
beberapa hadis Rasulullah s.a.w.. yang menggalakkan solat Istikharah.
Di antaranya ialah Rasulullah s.a.w. bersabda: yang bermaksud "Di antara
kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada
Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam
ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala
urusannya."
Lafaz dan niatnya adalah seperti berikut:
Sahaja aku solat Sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
Kaedah 1
Selepas
membaca Al-Fatihah pada rakaat yang pertama, baca ayat Al-Kursi (7
kali). Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang kedua, baca Surah
Al-Ikhlas (11 kali). Dalam sujud yang terakhir, baca tasbih/doa berikut
sebanyak 40 kali:
Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah S. W.T. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.
Doa Selepas Solat Sunat Istikharah:
Ya
Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu, dengan
ilmu-Mu, aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta
dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau
berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang
paling mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, jika Engkau
mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan
kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya
untukku dan permudahkannya kepadaku, jika kamu mengetahui bahawa perkara
ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku
buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan
diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku
berada sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu."
(HR At-Tirmizi dan Bukhari)
Kaedah 2 (yang lebih ringkas)
Selepas
membaca Al-Fatihah pada rakaat yang pertama, baca Surah Al-Kafiruun (1
kali). Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang kedua, baca 1 Surah
Al-Ikhlas (1 kali). Selepas selesai memberi salam, bacalah doa seperti
dalam Kaedah 1 di atas.
Jika
kita telah melaksanakan solat istikharah dengan betul dan
sungguh-sungguh, kemudian berdoa sebagaimana yang ditunjuk oleh
Rasulullah SAW, maka serahkanlah segalanya kepada Allah SWT. Jika lelaki
tersebut orang yang terbaik untuk anda, insya Allah pada suatu ketika
nanti, Allah akan mempertemukan jodoh anda.
Lafaz niatnya ialah "Sahaja aku menunaikan solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala". Solat
ini sudah memadai dilakukan sebanyak satu kali namun, jika saudari mahu
saudari boleh menunaikannya sebanyak dua, tiga kali. Seeloknya
lakukanlah pada malam jumaat kerana pada malam itu adalah malam yang
berkat dan mudah-mudahan Allah SWT menerima dan memustajabkan doa
saudari itu.
Namun
jika hubungan atau jalinan ataupun perasaan antara anda berdua ada yang
berubah, mungkin itu juga yang terbaik sehingga tidak terjadi hubugan
perkahwinan. Serahlah segalanya kepada Allah dengan kesabaran dan
yakinlah bahawa solat istikharah yang dibuat dengan benar itu akan
memberikan hasil yang baik seperti yang diharapkan, insya Allah.
Solat
ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam
keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang
diragukan.
Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat. Setelah selesai shalat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat. Setelah selesai shalat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
Allaahumma
inni astakhiiruka bi'ilmika , wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka
min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata'lamu wa laa
a'lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta'lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama'aasyii wa 'aaqibati amrii, 'aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta'lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma'aasyii wa 'aaqibatu amrii 'aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni 'anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka 'alaa kulli syai-in qadiir
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku mohon kepastian kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, Engakau Maha Tahu dan Maha Mengetahui segala yang gaib.
Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini baik bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka takdirkanlah dia bagiku dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berilah dia berkah bagiku.
Dan apabila Engkau mengetahui pekerjaan itu buruk bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka singkirkanlah dia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah hal-hal yang baik bagiku dimana kebajikan itu berada, kemudian berilah aku menyenanginya"
Tata Cara Shalat Istikharah
Tata
cara solat istikharah sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang
berlainan, yaitu berniat solat istikharah. Bila mungkin laksanakan
sesudah lewat tengah malam, setelah bangun tidur. Solat ini sangat
peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak
memakai azan atau iqamah .Allaahumma inkunta ta'lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama'aasyii wa 'aaqibati amrii, 'aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta'lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma'aasyii wa 'aaqibatu amrii 'aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni 'anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka 'alaa kulli syai-in qadiir
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku mohon kepastian kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, Engakau Maha Tahu dan Maha Mengetahui segala yang gaib.
Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini baik bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka takdirkanlah dia bagiku dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berilah dia berkah bagiku.
Dan apabila Engkau mengetahui pekerjaan itu buruk bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka singkirkanlah dia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah hal-hal yang baik bagiku dimana kebajikan itu berada, kemudian berilah aku menyenanginya"
Tata Cara Shalat Istikharah
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: "Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini... .(sebutkan namanya)"
No comments:
Post a Comment